Wednesday, November 25, 2009

Aidil Adha Kembali lagi........

Bismillah~

"Se-sungguhnya Kami telah memberikan kepadanya nikmat yang banyak, Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berqurbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus" Al-Kautsar ayat 1-3



Pejam celik, dah masuk hari raya Qurban, dan dah dekat nak tahun baru dah. Banyak masa, tenaga, dan wang telah kita korbankan dalam menempuh dunia Allah yang sementara ini. Ada yang jatuh, ada yang leka, ada yang sedar, dan ada juga yang menutup mata mereka dan tidak mahu membenarkan kebenaran untuk mengejar keduniaan. Maha suci Allah, dia memberi peringatan yang sangat mendalam kepada hamba2Nya, dalam setiap sambutan peristiwa dalam islam.

Syariat Allah terhadap ibadah Qurban ini mempunyai maksud yang tersendiri. Maksud qurban yang sebenar yang dikehendaki oleh Islam ialah "Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t", maka seharusnya kita insaf bahawa ianya suatu tuntutan untuk diri kita sendiri. Ianya merupakan suatu ukuran ketaqwaan terhadap hamba-hambaNya. Tidak boleh sesekali kita berqurban kerana atau untuk seseorang, atau sesuatu yang selain daripada Allah s.w.t, sebagaimana kita tidak dibenarkan mengerjakan solat untuk selain dariNya.
Didalam al-Quran Allah swt berfirman yang bermaksud:
'Maka bersolatlah kamu untuk Tuhanmu dan bersembelihlah (berqurban untuk Tuhanmu)'(Al-Kausar : 2 )
Jelas di sini, Allah s.w.t mensyariatkan ibadah qurban itu seiring dengan perintah solat, agar difahamai dalam ertikata yang sebenar. Jadi, tanggapan pada hari ini bahawa qurban itu bertujuan untuk memberi makanan pada orang miskin, adalah suatu konsep yang salah. Konsep ini menyebabkan hilangnya kesuburan dalam melaksanakan ibadat qurban khususnya dalam suasana masyarakat yang mewah kerana keperluan manusia untuk menerima daging qurban itu bukan sesuatu yang terdesak. Jika penghayatan qurban ini diselami dan diamalkan dengan betul, kita dapat melihat betapa pentingnya ibadah ini perlu dilaksanakan. Ianya lebih diperlukan kepada sipelaksana daripada sipenerima.

Moga Aidil Adha yang bakal menjelang ini, mendatangkan seribu kesedaran dan penghayatan untuk kita muhasabah diri terhadap segala kesilapan dan memperbaikinya.. InsyaAllah..
Jazzak~

Cinta Gunung Uhud....

Bismillah~

Bicara 'Aidh Abdullah Al Qarni....
Di dalam bukunya "Assalamualaikum...selamat datang kebahagiaan"

"Hari ini aku mengunjungi Gunung Uhud, dan aku teringat akan sabda Rasulullah s.a.w, "Uhud adalah gunung yang mencintai kita dan kita cintai.." Aku kemudian berdiri dengan segenap fikiranku di hadapan gunung yang penuh wibawa ini sedangkan ia, dalam keadaan diam, namun seakan-akan ingin berbicara. jika ia dapat berbicara, tentu ia akan berkata kepada kita, "Dari sinilah, Nabi Muhammad s.a.w berjalan dan disinilah baginda berhenti. Disinilah meletus perang Uhud pada hari malaikat turun, pintu langit terbuka, kemenangan datang, ruh para syuhada naik, kekufuran hancur dan cahaya mulai memancar ke seluruh penjuru Alam. Disinilah terjadi peperangan penentuan. Disini para pengikut Allah dapat menjadi lebih istimewa daripada pengikut syaitan. Di sinilah tempat mengalirnya darah pejuang2 agama Allah.
Terima kasih wahai gunung Uhud, semoga dapat bertemu kelak di syurga, sabda Baginda Rasulullah; "Uhud adalah salah satu gunung yang beada di syurga"



(nampak tak gunung tu condong, seakan2 menoleh)

Seperti yang kita tahu, sejumlah mujahidin Islam telah syahid dalam perjuangan ini. Antara yang terkorban ialah pakcik Rasulullah SAW iaitu Saidina Hamzah r.a.
Sewaktu para syahid Islam ingin dikebumikan jauh sedikit dari Gunung Uhud, baginda Rasulullah SAW ternampak Gunung Uhud bergerak untuk mengikut mengiringi jenazahakan tetapi baginda Rasulullah SAW melarang Gunung Uhud dari berubah tempatnya. Baginda berkata kepada Gunung Uhud supaya umat Islam dapat melihat tempat perang bersejarah itu berlaku. Oleh sebab itu, gunung ini sedikit condong.
Setiap kali Rasulullah SAW lalu bersebelahan Gunung Uhud, baginda akan berkata kepada para sahabat, "Lihatlah Gunung Uhud ini, dia mencintai aku dan aku mencintai dia"..

Kalau murah rezeki kita, sama2 lah kita melawat gunung yang Rasulullah cintai ni, dan mengambil iktibar yang sangat besar terhadap peristiwa brsejarah yang telah berlaku disini. Mungkin ianya hanaya sebuah gunung pada merka yang tidak mengetahui, akan tetapi, ianya sangat simbolik dan sangat bermakna kepada kita sebagai seorang Muslim, dan pejuang agama Allah....
Allahuakbar~~

Sunday, November 15, 2009

"ChanGe of Plan.."

Bismillah~
Hmm, berita tergempar... Plan is change. Mak tak saing ke Jeddah sekali dengan Kakdi. But she still in the 'wajib pergi' list...kui..kui..kui. InsyaAllah fly 2weeks after raya haji. Even though lepas raya haji ni ada 2 minggu lagi mak kat sini, still, Im not going to accompany her in Johor, sebab dah naik sem. Harap2 tiada ara melintang, dan Allah panjangkan usia aku, dapat hantar mak ke airport InsyaAllah. Semua pertemuan, pasti akan bertemu perpisahan kan? Even adik beradik pun, kelak pasti akan membawa diri dengan halatuju masing2, dengan sahabat apatah lagi... kawan, masa sekolah tadika, tak sama dengan masa sekolah rendah, and so does highschool, and then university.
Tapi, ada juga teman yang
..sama2 berjuang + sama sekolah + sama deret rumah(jiran) + sama kelas + sama2ponteng kelas(hik33)+ sehati + sejiwa = membesar sama2...

Mesti takkan boleh lupa sampai tua.. ^_^
Ukhwah mampu terjalin dimana2 sahaja, hanya persoalan mampu untuk memeliharanya atau tidak sahaja yang menentukan ianya berkekalan atau tidak... Semoga ukhuwah yang terjalin dengan sesiapa pun dalam kehidupan kita, disinari dengan perasaan kasih dan sayang (ehem...yg mahram je ekk...hehehe) dan terpelihara keutuhan hubungn itu dengan keimanan... InsyaAllah

Thursday, November 12, 2009

Buzy La JuGak~

Bismillahrrahmanirrahim~


Dah 13 November dah. Rumah belum selesai kemas habis lagi. Kakdi dah mula packing sikit2, mak pula dah mula selongkar beg2 lama yang sesuai nak dibawa nanti(untuk ke Jeddah). 27 November pun dah kian hampir. Tiket mak pulak still belum confirm. Harap2 mak dapat pergi saing dengan Kak Di. Senang sikit hati ni nak balik Shah Alam. Rndu betul dengan budak2 kat sana, cikdah, daus n apit. Dah lama x bertekak macam selalu...hehehe
Harap2 hidup diorang kelak menjadi sematang kehidupan Ibnu Batutah, seorang pengembara yang hebat. Rajin mencatat kehidupan dan keindahan penciptaan Allah, dan sekali gus, bertambah rasa cinta pada illahi.. Untung betul budak2 ni, dapat travel dengan ummi dan abah diorang. Merasa hidup merantau, dan melihat dunia lain. Bukan semua orang dapat peluang mcm ni kn kn kn...^_^

One year, Im going 2 be apart from them. huhuhu~ Musti windu bangat~
Moga pertemuan seterusnya, diizinkan Allah...InsyaAllah~

"The image of ibnu battuta above, comes from an illuminated manuscript of the Maqamat by Al-Hariri (1054-1122), painted in Iraq in the style of the Baghdad School by Yahya ibn Mahmud al-Wasiti"

"SaYang SaudaRa, SaYang RaSulullaH"

Bismillah~

Nabi s.a.w bersabda: “Malaikat sentiasa berdoa untuk seseorang kamu selama ia berada di tempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas, iaitu mereka memohon dengan berkata: “Ya Tuhan kami! Ampunilah dosanya, ya Tuhan kami! Berilah rahmat kepadanya.” (Abu Huraiarah r.a)

Bercucuran airmata bila tekenangkan dosa dan mati. Aku banyak kecewa dengan dunia dan manusia, akan tetapi, bukan dengan Mu. Kerap aku alpa dengan pujuk rayu manusia dan dunia, sehingga terlupa akan kata2 Baginda Rasulullah, iaitu Kekasih Mu.Ya Allah, aku msih belum bersedia untuk bertemu dengan kematian, akan tetapi, aku redha pabila masanya telah tiba... Dosa ku yang bergunung2 itu masih belum ku tebus dan diri ku masih hina dan amalan2 ku masih sedikit. Izinkan aku Ya Allah, mengumpulkan lagi amalan ku, supaya aku terselamat dari neraka mu yang sangat menakutkan itu, walaupun aku sedar Syurga Mu Terlalu Gah, untuk hamba mu yang hina ini. Selamatkan aku dan saudara2 ku Ya Allah. Cinta aku pada mereka, sehingga aku tidak sanggup melihat mereka membelakangkan mu Ya Rabbul Izzati. Bila mereka memarahi ku tatkala aku mengingatkan tentang azab Mu, kau ampunkanlah mereka, dan bila mereka melupakan Mu, kau sirnakan lah Hidayahmu dan bila aku pula terlupa, kau datang kan lah sahabat2 ku dari kiri atau kananku, hadapan atau belakang ku, memujuk aku kembali kepadaMu. Aku cuma insan biasa, yang lemah, dan sering terjatuh dalam menempuhi ranjau kehidupan ini. Aku tidak se-hebat kekasih Mu Ya Allah, akan tetapi, aku sangat mencintai perjuangannya, dan akan ku teruskannya semampu ku, hinga Izrail datang menjemput ku kelak. Tidak akan pernah aku lupakan kisah tentang saat kematian Baginda sampai bila2. Di kala ajal datang merenggut nya, dia masih bertanyakan ummatnya, dan sanggup meminta kesakitan sakaratul maut umat2nya, ditimpakan keatas diri Baginda.. Kasih nya Baginda pada kita tidak berbelah bahagi.
Adakah kita sayang Rasulullah, seperimana dia Kasih kan kita?


Semoga Allah selamatkan kita semua dari kesesatan dunia, supaya di Mahsyar kelak, kita dapat bertemu dengan Sang kekasih Allah, Baginda Rasulullah saw... Ameeennnnn...^_^

"Indahnya Hidup Bersyariat"

Bismillah~



Finish reading the book, and do read it over and over again. This book contains guidance untuk diri sendiri, dan panduan sekeluarga tentang kehidupan dalam syariat Islam, fardhu ain, dan fardhu kifayah. Ianya merangkumi syariat dari ketika mulanya kelahiran, sehingga pendidikan remaja, muamalat (jual-beli, nikah-kahwin, hingga mati, bersumberkan Al Quran dan sunnah. Buku ni sangat simple, dan sangat berguna sebagai sebuah encyclopedia dalam menjalani kehidupan yang diredhai InsyaAllah... Buku ni pun, boleh dijadikan modul fadhu ain sekolah, dan keluarga or individual. Semua doa dan zikir, boleh dihafal dengan mudah, dan langkah2 amalan yang ditunjukkan jelas, dengan gambar step by step.. Moleklah gunakan buku ini untuk perbaiki kehidupan kita dengan panduan2 yang telah digariskan oleh Allah dan hadith yang diriwayatkan olah Rasulullah (yang telah di susunkarang di dalam buku ni)... "Hidup Bertakwa Bermula daripada Lahirnya Insan ke Dunia.." InsyaAllah...
Jazzak~

Tuesday, November 10, 2009

Book Of The DaY: JIN, Hakikat Dan Pengubatan..

Bismillah~



Buku ni dikarang oleh Dato Dr Ismail Kamus. Banyak aktiviti dalam masyarakat kita yang berkait dengan jin contohnya, macam dukun, rasuk, ancak, dan banyak lagi adat2 yang masih diamalkan hingga kini, dengan kerjasama jin, iblis n syaitan. Banyak juga fakta yang kita boleh dapat dalam buku ini, tentang APA ITU JIN, menurut Al-Quran, dan seperti yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. Tidak ketinggalan fakta2 yang baru yang tak pernah pun kita terfikir, diterangkan dalam buku ni, tentang iblis, syaitan, jin dan qarin.... Rupa2 nya, diorang ni macam manusia juga, beza nya cuma mereka ghaib. Salah satu fakta yang saya rasa ramai orang mungkin tidak tahu tentang jin, dan kaum kerabat nya, adalah, diorang sendiri tidak tahu semua tentang alam ghaib walaupun mereka ghaib.. Nak tau lagi? Bacalah sendiri.. ;-p
This book is enjoyable, even if you people read it in the middle of the night (insyaAllah, akan merasa seram sejuk, walaupun ia bukannya cerita hantu...hehehe) ..hehe
It is a MUST HAVE BOOK for me. Buku ni juga membekalkan kaedah2 merawat kerasukan and certain ayat yang teramat ditakuti oleh kaum jin ni dan boleh diamalkan (mesti jin jeles kalau kita dapat hafal ayat2 yang dia takut... kan kan kan...hehehe...) I recommend u people to read this book.... best! best! best!
Jazzak~

Sunday, November 8, 2009

"ThE TeN ThiNGs We WaSte"

Based on the lesson of Ibn Qayyim Al-Jawziyyah;

1. Knowledge : wasted by not taking action with it...

2. Our Actions : wasted by committing them without sincerity

3. Our Wealth : wasted it on things which have no benefits in this life or heareafter

4. Our Heart : wasted because they are empty from the love of Allah and the feeling of lging to go to him, and the feeling of peace and contentment. In It's place, our heart are filled with something or someone else...

5. Our Body : wasted because we don't use it in ibadah, and service to Allah...

6. Our Love : our emotional love are misdirected, not towards Allah, but towards something and someone else.

7. Our Time : by not using it properly to compensate for that which has passed, by doing righteous, to make up for past deeds.

8. Our Intellect : wasted on things which are not beneficial, that are detrimental to society, and the individual, not in contemplation, or reflection.

9. Our service : wasted in service of someone who will not bring us closer to Allah or benefits in this world..

10. Our Dhikr : wasted, because it does not affect us or our hearts

"Nasib HidUp daN PiliHan, LaiN UnTuK SeTiap InsaN"

Bismillah~

Allah Berfirman,

"Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika ditimpa malapertaka, mereka berputus asa dan hilang harapannya" (Fussilat 41:49)

Fitrah manusia itu, dijadikan sering terlupa, dan setiap ujian yang Allah turunkan itu, bertujuan untuk mengingatkan kita yang lalai sangat ni, lebih2 lagi pada zaman serba kebaratan sekarang. Cinta Illahi, menjadi semakin sukar untuk di pelihara, kerana semakin banyak manusia, berlumba2 mengejarkan nama, harta, atau lebih simple 'dunia'... Maha Suci Allah, yang sentiasa menerima taubat hambanya.
Payah nak memelihara hati kalau tidak benar2 sedar akan ke-fana-an dunia dan kehebatan alam Akhirat yang kekal abadi tu nanti.



"Ketahuilah, sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal darah. Apabila baik segumpal darah itu maka baik pula seluruh jasad. Sebaliknya apabila rusak maka rusak pula seluruh jasad. Ketahuilah segumpal darah itu adalah hati”. (Hadits riwayat Bukhari)

Menurut Imam Ghazali,hati mempunyai empat sifat iatu sifat buas, binatang, syaitan dan tuhan. Apabila hati dikuasai oleh perasaan marah ia melahirkn sifat buas seumpama binatang buas. Pada suatu itu,lahir sifat suka bermusuhan, bersengketa, menyerang dan memaki. Lihat tindakkan kaum nabi ibrahim selepas baliau menyampaikan risalah Allah kpepada mereka.

Dalam surah al-anbiya ayat 68 Allah berfirman yg bermaksud, "Mereka(kaum nabi ibrahim)berkata,'bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu jika kamu benar-benar hendak bertindak"

Pada masa itu ,kaum Nabi Ibrahim bersikap buas tanpa dapat dikawal.

Apabila hati manusia dikusai nafsu syawat pula, lahirlah sifat binatang. Pada masa itu, terserlah kerakusan, ketamakkan, keangkuhan dan sifat mementingkan diri. Sifat-sifat ini yg menguasai Qarun sebelum ini seperti mana yg dinyatakan Allah dalam surah Al-Qasas ayat 78 yg bermaksud,
Qarun berkata, "Sesunguhnya aku diberikan harta kerana ilmu yg aku miliki'. Apakah dia mengetahui bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya sedangkan mereka lebih kuat dan lebih banyak menghimpun harta daripadanya."
Manusia seumpama ini berkedudukan seperti binatang yg sesat. Nafsu syawat di dalam diri mereka menutup pemikiran serta hati sehingga menjadi buta daripada kebenaran.

Dalam surah Al-A'raf ayt 179 allah berfirman yg bermaksud,"Sesugguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam kebenyakkannya daripada jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak menggunakannya untuk memahami(ayat-ayat allah),dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakannya untuk melihat(tanda-tanda kekuasan Allah),dan mereka mempunyai telinga tidak digunakannya untuk mendengar(ayat-ayat Allah). Mereka seperti binatang ternakkan bahkan mereka lebih sesat daripada itu. Mereka adalah golongan yg lalai". Itu ialah sifat syaitan.

Apabila hati manusia dikusai oleh sifat-sifat ketuhanan,ia mencari kemulian, kekuasaan, kemerdekaan, keilmuan serta kehebatan. Semua ini digunakan bagi membina kecermelengan dan keunggulan.

Bak kata seorang commenter;

Alangkah susahnya mendidik hati,
sedangkan ia menjadi pandangan Tuhan,
menjadi wadah rebutan malaikat dan syaitan.

alangkah sukarnya mendidik hati,
bila dipuji sombong menghiasi diri,
bila diuji, pencaci dibenci
sehingga berdendam sampai mati..

didiklah hati menuju kebenaran,
demi mencari redha ilahi..=)

Agak2 dekat kategori mana hati kita?

Agak2, hidup ke mati hati kita sekarang ni....



Akan tetapi wahai sahabat2, ingat lah firman Allah ni;

Friday, November 6, 2009

"Kata Pak Hamka....."

Bismillah~

Pak Hamka suatu ketika pernah ditanya "Mengapa ya pak,ada orang yang pada rupanya elok, berkupiah bertudung, solat lima waktu namun kadang-kadangnya cukup buruk akhlaknya, tiada santunan dan kesat bahasanya.Tetapi, ada pula orangnya yang tidaklah baik baju pakainya, solat pun terkadang lalai mengerjakannya, namun baik akhlak dan budi pekerti, elok bahasa dan santunannya"

Mungkin pada kita atau orang yang bertanya,baik kita jadi seperti orang yang tidak terlalu menjaga dari rupa luarnya, tidak menutup aurat, tak solat dan sebagainya namun baik dari segi akhlak dan pergaulan berbanding orang yang sebaliknya. Namun apa jawab Pak Hamka?

"Nasib baik orang yang tidak solat itu penyantun, kalau tidak ada apa-apa kebaikan lagi pada dirinya dan nasib baik orang yang tidak penyantun itu solat, jika tidak cukup teruklah dirinya di sisi Allah dan pada pandangan manusia..."

Dan bergitu lah jawapan orang yang sangat berilmu.....

Sekadar noktah renungan untuk sama-sama kita terus memperbetulkan diri, dan menjadi orang yang sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah dengan menjaga segala perintah dan suruhannya namun dalam masa yang sama, jagalah hubungan kita sesama manusia, kerana itu juga modal untuk perlukan untuk menuju ke syurga...
Wallahu'alam~

Thursday, November 5, 2009

"PeSaNan SeOrAnG KakAk...."



Kisah "Bidadari Berwajah Manusia"

Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia...
"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."
Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia; "wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata."
Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi...
"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."
Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci.Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh."
Adik masih x puas ati.

"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"
Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghuni jannah ini!

"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."
Adik garu2 kepala.
"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???" Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri.
"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu juga dilihat pd hatinya... pd akhlaknya...

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu bermaksud menjaga.

Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini... Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan...

Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.
Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2 kilauan pasir.
Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa
memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tp mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak."

Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??

Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku... sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2 adalah penghuni2 syurga!
Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga?

********

Wednesday, November 4, 2009

"Teguh PeNdiRian...."

Bismillah~

Rasulullah SAW bersabda:
"Janganlah seseorang diantaramu menjadi orang yang tidak berpendirian, yang berkata; 'aku ini terserah kepada orang banyak. Kalau orang berbuat baik, aku berbuat baik pula dan kalau orang berbuat jahat, aku berbuat jahat pula'. Akan tetapi, teguhkanlah pendirianmu. Kalau orang berbuat baik, hendaklah kamu berbuat baik, dan kalau mereka berbuat jahat, hindarkanlah dirimu dari kejahatan mereka." (HR Tarmizi)

Sejauh mana kuatnya pendirian kita? Selalu sangat kita berfikir tentang orang ramai, tapi, tidakkah kita berfikir tentang diri kita di mata Allah? Di manalah kita pada mata Nya? Ya Allah, menggunung tinggi dosa ku pada mu, akan tetapi, masih lagi kau beri rezki kepadaku, dan mengizinkan aku bernafas dengan udaramu....
Sangat patut kita malu dengan dosa2 kita.....................

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya” al-Israa’ (17:72)

Semoga kita tidak tersesat dan sentiasa mendapat hidayah Nya...
Dan jangan lupa doakan sahabat-sahabat dan keluarga kita.. serta seluruh umat islam.

Ya Tuhan kami, janganlah kau palingkan hati kami setelah Engkau tunjuki dan berilah kami dari hadhirat-Mu rahmat karena Engkau adalah Yang Maha Pemberi....
ameeeennn~~

"Potong Kuku..Jangan Bela Panjang-Panjang"


Bismillah~

Ramai orang yang gemar memelihara kuku yang panjang zaman sekarang ni. 'Trendy' katanya. Kalau kita semua perasan, orang lelaki pun bela kuku juga, cuma pada jari tertentu sahaja, macam jari kelingking dan ibu jari.. 'Rock' katanya. Disebalik fesyen dan trend yang sibuk di ikuti dan dibanggai tu, tahukah mereka yang kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia (gelinyeeee...), iaitu E-Coli.Kuman ini tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Tambahan lagi, as a malay people, kita makan, memasak, menguli kuih, dan macam-macam lagi dengan tangan termasuk beristinjak kan kan kan. kalau dah buat kuih tu, bukan sorang je yang makan, satu family yang makan...MasyaAllah... (makan kuman beramai-ramai la pulak...)

"Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Bersabda Rasulullah saw perkara dari tuntutan agama iaitu bersunat, mencukur bulu ari-ari, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai"
(Sahih Muslim)

Hmm.... Rasulullah SAW, pun dah sebut. Kebersihan tu memang sangat dituntut dalam islam, dan potong kuku pun sangat diberatkan. Memotong kuku termasuk di dalam perkara-perkara yang dituntut oleh agama membersihkannya (sunat-sunat fitrah. Tak rugi pun, kalau tak bela kuku. Bela kucing lagi bagus kot...hehehe

Haa..... Potong kuku pun ada adab juga, daripada jari tangan, hingga ke kaki...
Mengikut sunnah Rasulullah SAW;


Bila badan bersih, hilang lah was was, more confident, rasa happy dan semua kebaikan datang.... [^_^]...
Tapi, jangan la tengok kuku je, tapi, tak suka mandi, lebih-lebih lagi masa semester break ni...[hehehe...mengingatkan diri sndiri sbnrnye ni... ]

Jom sama2 pelihara kebersihan owkeh.. [>..<]
Sambut semester baru dengan diri yang bersih, hati yang bersih, kasut yang bersih (x penah cuci pun...hihihih), minda yang bersih, azam yang bersih, motor yang bersih dan semuanya bersih. InsyaAllah~
Bersih..! Bersih..! Bersih..!
['_']
Jazzak~

Tuesday, November 3, 2009

"cuti+cuti+cuti.."

Bismillah~
Cuti berbaki 2 minggu je lagi. Tak sabar2 dah nak naik sem. Tapi, bila dah dekat nak naik semester, macam nak tambah lagi cuti la pulak. Ish ish ish.... Dah tinggal 2 minggu lagi ni, kene berusaha memanfaatkan baki cuti ni dengan lebih giat (insyaAllah... godaan nak melelapkan mata ni, memang sangat kuat n memang dah banyak kali kecundang... tup tup, dah tido... hehehe) for those yang bercuti juga, manfaatkan cuti anda dengan sebaik2 pengisian, so that the new semester started with a breath of fresh air...[^_^].. (pesanan yg lbeh untuk dr sndiri jgk nih. I Know u guys are doing great..)

Demi masa....


Masa cuti ni, baru terperasan yang......
"saya lurus + dah kurus + makan kuat + tidak bersenam + suka tidur + kurang sabar + selalu di buli = Cikgu Shikin...ameeeeen ^_^"

haha.... Pray for me and all of our friends who know us an whom we know, and not forgetting, our parents and relatives, the best in life an hereafter... coz i always does it for all muslims.. InsyaAllah~~~
Jazzak~

"When the little girl talks.....tatatata"


[in the picture, akmal and baby madiha a.k.a ashopom or papodom...hehehehe)

Bismillah~

Pejam celik, Madiha dah masuk 5 bulan da. Dulu baring je, pastu pandai meniarap, pastu, dah mula kenal orang, then pandai senyum, gelak and sekarang...bercakap pule (baby language la tapi.....hehe x faham pun). Comel betul baby berbahasa bayi "tatata bababa aaaa nya nya nya..... " ntah ape lah yang dia nak beritahu agaknya.. Minggu lepas baru je kena suntik (3 berangkai) demam terus. Bila dah pulih, terus je pandai menceceh...hohohoho [*o*]
Maksu doakan supaya Madiha jadi anak yang solehah.....[^_^]... besa cepat2 tawww (hahaha...mcm boleh je)...
Mesti rindu sangat bila berjauhan nanti...huhuhu
Macam tu la adat dunia... yang bertemu, tentu berpisah.... Harap2 pertemuan semula kelak di izinkan Allah~
Ameen.....

Monday, November 2, 2009

Nur Kasih Fever.....


Nur Kasih memang fever, ramai yang tonton (owner of this blog is included)... Fever sampai ke facebook an many other popular network... seyes =.='
Seriously, memang agak touching jalan ceritanya. Pengorbanan yang bermula pada diri kita berlaku tanpa kita sedari dan sebelum kita tahu maksud pengorbanan lagi. Drama ni banyak menetengahkan erti pengorbanan abang, kakak dan adik, suami dan isteri, anak dan orang tua,sahabat, saudara dan banyak lagi. Erti kesetiaan, Keimanan, and every aspect in real life. Banyak value. Romantik pun, iye jugak..hehehe
Drama ni, di arahkan oleh Khabir Bahtia (cinematografi memang cantikk...best tonton) dan penulis skrip Mira Mustaffa (dipercayai isteri kepada tuan direktor... good job)
Ada orang kata, kisah ni di adaptasi daripada sebuah novel bertajuk "Kemelut Kasih"... tapi, tak sure...

Pape pun, this drama series ni memang best dan sedang hangat diperkatakan, sampai termasuk dalam blog ni...hehhe
tak sabar nak tunggu kesudahan cerita ni.... [^_^]

"Kesian Hati Kita"


Destinasi cinta

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati

Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi....

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rindang kasih-Mu..Ilaahi Robbii..

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku… Ya Allah…

Besar makna lagu ni...
Personally, lagu ni memang sangat mendidik hati...
Harap2 aku tak buat kesilapan yang sama pada hati aku lagi...
Kuat betul impak yang aku hadapi terhadap ujian yang Allah beri dulu...
Ujian hati.... MasyaAllah~
Baru aku sedar bertapa lembiknya hati aku, dan sedar bertapa lurusnya bendul nya aku dengan manusia dan dunia...hehehe....memang bendul~~ (=.=')

Memang betul ungkapan puitis tu tentang syaitan.."Durjana syaitan kan cuba menodai,
Segumpal darah bernama hati"... kadang2 kita x perasan yang kita dah terikut kan bisikan si tanduk yg hina tu...

Harap-harap lepas ni aku dan semua kengkawan jadi lebih matang dan teguh peribadi dan berprinsip menghadapi ujianNya. Perbuatan menganiaya hati ni, bukannya boleh dilihat, but we have to Trust Allah...no need for revenge, sebab Allah Maha Adil dan orang yang bersabar tak pernah rugi (walaupun aku ni bukannya penyabar orang nye, hehe tapi jangan give up blajar bersabar sama2 ye [^_^] )...
InsyaAllah... [^_^]

firman Allah tentang sabar;

"Selamat sejahteralah kamu disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amalmu." Ar-Ra’d [24]

"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang yang berjaya." Al-Mukminun [111]

motivating firman2 Allah ni... Jom blaja bersabar sekarang... 1,2,3....mula...!!! haha ^_^



Sunday, November 1, 2009

Kehebatan air minuman kegemaran ramai rakyat Malaysia...

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga.



rakyat amerika pon ban minuman ni sejak dulu lagi.... but us? our money keep them alive and rich, up until now.... and some of the profits are given to the Israeli for war in Palestine... drinking it, was like killing yourself softly, and killing the Palestinian brutally.. Nauzubillah~

f.y.i, they become so rich that they insult some religions in the world and ISLAM is included...

check it out ur self, on the net...
u pay for the drink and buy yourself a poison.....

Syukur kita dilahirkan di dalam negara yang sebab aman ni.
Banyak lagi air yang sedap lagi halal yang ada di bumi bertuah kita ni...

So, what is your excuse?

lestari

Bismillahirrahmanirrahim....
Cuti hari ni.... actually, dah sebulan..
Dah mula terasa bosan ngan cuti ni.
Today, my finger started running on the keyboard and typing in my new blog..^_^.. yes! yes! yes!

Broadband dah di'terminate' sebab semua dah nak migrate ke Jeddah.
2 Syawal lepas, my brother in law an three of my nephew and niece dah fly. Up coming raya haji ni, my sis and my 3 other nephew and niece pula, and the following 2 weeks, mak pula.... huhuhu....

Ya Allah.... kau berikan lah aku kekuatan untuk survive dalam masa setahun ni tanpa mak... Harap2 mak sihat and happy2 kat sana nanti (but she still here now..hehhe). I pray them a safe journey through the clouds, to Riyadh nanti... Hope every thing went smoothly InsyaAllah~~

Si kecil sebelah ni, niece terbaru.. Flawless..hik333... kalah mak saudara dia.

Im gonna miss her so much....huhuhu