Bismillah~
"Se-sungguhnya Kami telah memberikan kepadanya nikmat yang banyak, Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berqurbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus" Al-Kautsar ayat 1-3
Pejam celik, dah masuk hari raya Qurban, dan dah dekat nak tahun baru dah. Banyak masa, tenaga, dan wang telah kita korbankan dalam menempuh dunia Allah yang sementara ini. Ada yang jatuh, ada yang leka, ada yang sedar, dan ada juga yang menutup mata mereka dan tidak mahu membenarkan kebenaran untuk mengejar keduniaan. Maha suci Allah, dia memberi peringatan yang sangat mendalam kepada hamba2Nya, dalam setiap sambutan peristiwa dalam islam.
Syariat Allah terhadap ibadah Qurban ini mempunyai maksud yang tersendiri. Maksud qurban yang sebenar yang dikehendaki oleh Islam ialah "Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t", maka seharusnya kita insaf bahawa ianya suatu tuntutan untuk diri kita sendiri. Ianya merupakan suatu ukuran ketaqwaan terhadap hamba-hambaNya. Tidak boleh sesekali kita berqurban kerana atau untuk seseorang, atau sesuatu yang selain daripada Allah s.w.t, sebagaimana kita tidak dibenarkan mengerjakan solat untuk selain dariNya.
Didalam al-Quran Allah swt berfirman yang bermaksud:
'Maka bersolatlah kamu untuk Tuhanmu dan bersembelihlah (berqurban untuk Tuhanmu)'(Al-Kausar : 2 )
Jelas di sini, Allah s.w.t mensyariatkan ibadah qurban itu seiring dengan perintah solat, agar difahamai dalam ertikata yang sebenar. Jadi, tanggapan pada hari ini bahawa qurban itu bertujuan untuk memberi makanan pada orang miskin, adalah suatu konsep yang salah. Konsep ini menyebabkan hilangnya kesuburan dalam melaksanakan ibadat qurban khususnya dalam suasana masyarakat yang mewah kerana keperluan manusia untuk menerima daging qurban itu bukan sesuatu yang terdesak. Jika penghayatan qurban ini diselami dan diamalkan dengan betul, kita dapat melihat betapa pentingnya ibadah ini perlu dilaksanakan. Ianya lebih diperlukan kepada sipelaksana daripada sipenerima.
Moga Aidil Adha yang bakal menjelang ini, mendatangkan seribu kesedaran dan penghayatan untuk kita muhasabah diri terhadap segala kesilapan dan memperbaikinya.. InsyaAllah..
Jazzak~
No comments:
Post a Comment