Sunday, January 7, 2018

Ajarkan Aku Setia

***
Saat hatiku mula rapuh
Saat tangisku mula luruh
Ku rayu agar Kau takkan pernah menjauh

Kadang cinta teguh di jiwa
Kadang hilang entah ke mana
 
Ajarkanlah aku untuk kekal setia...



Saturday, January 6, 2018

Confessions: Kacamata Hati

Perkongsian usrahmate

"Saya pernah usrah dulu, kak. Saya trauma. Rakan yang ajak saya berusrah, pulaukan saya kerana saya tidak dapat selalu bersama kerana urusan belajar dan assignment. Mula-mula kami baik kak, tetapi bila dia pulaukan saya, saya nampak perangai sebenar dia. Hipokrit. Saya jadi takut melihat 'sisi lain' dia"

"Saya pun pernah usrah dulu kak, lepas tu, saya kecil hati sebab ada yang tidak suka pakaian saya. Saya tahu saya jahil"

"Saya tak percaya lelaki berkopiah macam budak baik ni kak. Saya pernah ada pengalaman yang tak baik dengan lelaki jenis ini. Tu yang saya macam kurang gemar orang berpenampilan islamik ini"
Rancak sembang malam tu. 'Sembang kencang' atau 'sembang pacak' kata orang sekarang. Ingatkan ramai yang mahu hadir ke bulatan ilmu kecil ini kerana Allah, rupa-rupanya, ramai juga yang meninggalkannya, kerana manusia pula.


"Apa pendapat akak?"
Tanya seorang adik, sambil menguis riba saya. Wajah penuh pengharapan inginkan respon kerana merasakan usrah kali ini mungkin akan ada kesan yang sama.
"Jangan nilai Islam, melalui muslim. Kerana manusia itu tidak sempurna, dan  tanya semula hati, tentang niat. Keputusan mencari ilmu dalam berusrah itu, kerana Allah, atau kerana manusia semata-mata?"
Spontan ilham Allah sampai, sebagai jawaban. Allahuakbar. Allah yang memberikan pengetahuan dan jawaban itu sebenar-benarnya tanpa saya duga. Saya juga terkedu jauh disudut hati. Melihat wajah-wajah yang baik, peramah dan becok juga bercerita malam itu.

Menetapkan matlamat

Menetapkan niat adalah habit, atau amalan yang bagus dilakukan secara kerap. Ianya bersifat spesifik atau satu-satu perbuatan. Solat, wudhu, puasa.... adalah ibadah yang niatnya spesifik.

Tahukah kita bahawa semua amalan-amalan harian kita juga adalah ibadah dan perlu juga disertai dengan niat?

Ha, rare kan?

Tanpa kita sedari, kita sentiasa baharukan syahadah kita setiap kali bersolat, cuma kita lakukannya secara tidak sedar dan tanpa penghayatan kesyukuran bahawa kita masih bernafas disaat itu dalam keadaan kita masih lagi memegang islam. 

Niat dan amalan harian

Fitrah manusia suka berbuat kebaikan dan merasa nikmat bila dapat membantu orang lain, hatta beri makan haiwan juga sudah menggembirakan hati dan rohani. Ketika itu kita mngucap syukur dan mendoakan semuanya yang baik-baik. Rasa seperti ingin berbuat baik setiap hari tanpa ada halangan.

Tunggu. 

Tidaklah beriman manusia sebelum mereka di uji..... 
Allah cabar niat baik kita dengan ujian.... 
Cuba lihat, sejauh mana kita bertahan dengan keimanan...


Amalan jadi celaan


"Penat aku buat baik dengan kau. Dasar tak berterima kasih! Selama hari ini aku tolong kau, hari ini kau tinggalkan aku kesusahan!"

Checkmate amalan!

"Sebab kau lah aku tidak mahu berusrah, dan menjauhkan diri dari mengenakan pakaian islamik. Aku fobia dengan manusia bergini. Bukan aku tidak mahu kembali kepada Allah dan sayang agama, aku cuma tidak mahu kepada imej terlalu islamik kerana apa yang engkau buat pada aku dahulu..."

Dua kali Checkmate kerana menghalang diri dari pakaian taqwa yang Allah suka, juga kerana manusia!

Dimana niat kerana Allah yang kita laung-laungkan. Hanya sekadar di mulut? Sampai ke hati atau tidak? Selama ini kebaikan yang kita lakukan, apakah kita serah kepada Allah, atau masih tersisa pengharapan untuk 'dibalas' oleh manusia?

Ayuh muhasabah semuanya....

Petua bahagia Luqman

Luqman the wise, adalah manusia hebat yang Allah abdikan kisahnya di dalam kitab suci Al Quran.

Salah satu daripada banyak pesanan hikmahnya untuk perbincangan kita ini adalah tentang dua perkara yang harus dilupakan manusia, dan dua perkara yang harus diingati untuk kekal bahagia dalam rahmat Allah di dunia ini.

Perkara yang harus dilupakan:
1. dosa orang lain
2. kebaikan diri sendiri

Perkara yang harus diingat:
1. Dosa diri sendiri
2. kebaikan orang lain