بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengampun,
Yang mengizinkan kami berada di dalam ujian samada kecil mahupun besar. Kagum melihat orang yang susah, namun bahagia. Namun agak pelik juga melihat orang yang senang, tetapi memilih untuk hidup di dalam rumah yang kecil, berkenderaan sederhana dan keluar melihat masyarakat dalam keadaan berpakaian sama seperti mereka yang kurang berkemampuan. Ajibtu~
Memilih untuk tidur di lantai, tetapi mempunyai tilam....
Memilih untuk menjahit pakaian sendiri, tetapi punya isteri....
Memilih untuk bercampur-gaul dengan masyarakat, tetapi kurang masa dengan diri sendiri,
Memilih untuk berkongsi makan dengan golongan asnaf/ fakir, tetapi tidak punya banyak wang untuk makanan sendiri....
Memilih menghabiskan wang lebihan untuk berinfaq, padahal boleh berbelanja mewah....
Merasa berada dekat dengan Allah
Terkadang memilih hidup yang bersederhana itu yang memudahkan kita rapat dengan Allah. Wallahi, jauh lebih rapat.....
Pilih untuk makan nasi dicampur air, lebih menginsafkan diri terhadap kesusahan saudara yang ketiadaan makana...
Pilih untuk berpuasa walaupun mampu menghidang makan nan mewah, untuk menambah keimanan dan ketaqwaan...
Memilih untuk berusaha lebih dalam kehidupan, bukan untuk kemewahan dunia, tetapi mencari perhatian Allah.....
berusaha menundukkan hati pada akhirat,
berusaha meyakinkan diri bahawa dunia ini hanya tempat bersusah payah untuk bercucuk tanam sahaja....
mereka yang bergitu memahami sifir kehidupan......
Cinta perlu pengorbanan bukan?
Dan pengorbanan demi cinta itu pahit, akan tetapi buat sang pencinta ianya manis bukan?
Ya, manis..... Hanya pada yang menyerahkan cintanya pada yang Maha Sempurna~
Terjawab sudah rahsia pelik kebahagiaan mereka.... inilah asbab mereka gembira bukan?
Kayanya jiwa~
Knock Knock Heart~ Is Imaan There? |
Jazzak~
No comments:
Post a Comment