Wednesday, November 9, 2016

Didikan Ahmad



Bismillah….

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk bangun dan bertaubat lagi hari ini. Sebelum lelap mata semalam, macam terkenang-kenang kematian menghampiri dan kesediaan diri  yang masih kurang ni nak menghadapinya…. 

Allah, luruh jiwa….

Banyak-banyak mohon keampunan dan perlindungan Allah selagi bernyawa…

Dekat  sekolah harini dapat aduan buli. Tiada body contact, cuma……….. soft wordings yang tanpa disedari,  sangat menyakitkan mangsa buli secara psikology….

“Jejaka Kanada…. Oh jejaka Kanada” ejek rakan sekelas….
(Al-kisahnya, pelajar yang diejek, pernah memberitahu bahawa dia dilahirkan disana)

Tak lama kemudian….

“Mari belajar…mari belajar….”
(Alkisahnya pelajar sama yang di ejek memang agak genius dan baik dalam mata pelajaran Cuma kurang nakal seperti yang lain dan agak lurus)

…………bila dah mendidih, anak baik, yang suka belajar ni bingkas menyampaikan tumbukan padu lagi sado, dari hati ke hati pada pembuli tegar
……………….. jenuh  nak interrogate dan settle…..

See what I mean by no body contact?

***** 

Somehow terkenang pada sorang pelajar asing bernama Ahmad, masa jadi guru KGSK di Taman Desa Skudai 3 tahun lepas.

Ahmad….. unik anak ni …….

 ketika itu dia berada di tingkatan satu…. 

Seorang anak sudan yang berkulit dua kali ganda lebih gelap daripada kulit  saudara berbangsa india kita di bumi bertuah ini.

Cermin matanya patah sebelah, begnya putus sebelah……… cukup lasak…. Dan kalau dia hilang sabar, boleh bayangkan bagaimana kasarnya dia kan?

Hitam……. Adalah panggilan gangguan utama buatnya…. Biasa dia akan hilang sabar apablia panggilan ini tidak kunjung  tiba kesudahannya… Saya juga pernah mendengarnya sendiri ejekan ini….

Dia akan melompat dan amuk secara tiba-tiba, dan biasanya, rakan sekelasnya juga akan menyerangnya beramai-ramai……… melampau!

bila serangan balas mula berputik, sesuatu berlaku…
Ahmad akan melungkan ayat kursi dengan kuat dan berulang-ulang………. Pelik, semua yang ingin memukul jadi hilang mood dan beredar dengan jelingan tajamm…..

Beberapa kali dapat saya saksikan situasi ini sehingga timbul rasa ingin tahu asbabnya…

“Ahmad, kenapa baca kuat-kuat?”
     “Sebab Allah pasti lindung saya bila saya baca ayat Quran. Nanti diorang pukul saya pulak” fasih Ahmad berbahasa melayu.

Sedikit gambaran (credit to Al-Jazeera photos)


Benar dia berbeza, dan ini adalah ciri-ciri utama mangsa buli biasanya…. Cuma, cara Ahmad yakin dengan perlindungan Allah itu cukup menyentuh keimanan saya….. cukup yakin dia dengan kata-katanya… dan memang benar, ramai yang berhenti atau membatalkan niat untuk memukulnya tatkala dia mula melaungkan ayat-ayat yang dihafalnya…..

Bunyi nya agak naif…. Namun, melihat keyakinannya pada  Allah, membuat saya berpendapat….

KITA LAGI NAIF~

Kannnnn…..?

Wassalam~


No comments:

Post a Comment