Friday, November 11, 2016

Pesan Keramat Mak lagi~



Bismillahi Alhamdulillah….

Bersyukur, masih punya mak tempat mengadu, menangis, ketawa, celoteh….. nikmat yang bukan semua orang , Allah izinkan rasa……. 
Setia mendengar, Cuma bukan semua benda lah nak cerita. Ada ketika, emosional lebih dari kita mak kita ni. Alangkan tonton berita kes pelajar dibuli pun membelel sendirian…
”Cuba rasa orang sepak terajang dia, baru dia tahu langit tinggi rendah!” ayat emosi mak kerana kasihankan pelajar yang masuk ICU akibat dibuli dalam berita.

So, biasalah luahan kisah bekerja, berkawan, berlawan…..semua cerita dengan mak…

Kadang-kadang kita nak luah;
rasa berdosa kerana kesalahan yang kita buat….
rasa gembira dengan hari yang kita lalui…
rasa gusar dengan ujian yang datang…
rasa putus harapan dengan tekanan hidup….

Pesan keramat mak (ulang berkali-kali);
“Hidup ni, semua kena tempuh…..suka, sedih, senang, susah….. semua kena hadap selagi hidup…”
 “Zaman mak kecik-kecik dulu, lagi lah susah……..bla….bla…bla…..(dah buka kitab purba zaman atuk)”

*terus sambung dengan selingan yang memanjangkan cerita berjam-jam…..

Dengar dah beratus kali kisah yang sama, tapi masih dengar lagi…..sampai boleh hafal skrip yang sama sebelum mak mula cerita….. hahaha…. Sampai mak Tanya…
“Mana kau tau mak nak cakap apa?” sambil sengih…… tak perasan dia dah ulang cerita sama dalam siri ke seratus~

Note to self:
Mak memang banyak bercerita, Cuma disamping bebelan kisah susah senang zaman atuk dan zaman anak-anak kecil dulu, terselit mutiara-mutiara hikmah yang sangat berharga. 

Jangan marah mak kita nak bercerita……… sebab suatu hari nanti…………………….

kita pun sama…..

Jazzak~

No comments:

Post a Comment