Bicara 'Aidh Abdullah Al Qarni....
Di dalam bukunya "Assalamualaikum...selamat datang kebahagiaan"
"Hari ini aku mengunjungi Gunung Uhud, dan aku teringat akan sabda Rasulullah s.a.w, "Uhud adalah gunung yang mencintai kita dan kita cintai.." Aku kemudian berdiri dengan segenap fikiranku di hadapan gunung yang penuh wibawa ini sedangkan ia, dalam keadaan diam, namun seakan-akan ingin berbicara. jika ia dapat berbicara, tentu ia akan berkata kepada kita, "Dari sinilah, Nabi Muhammad s.a.w berjalan dan disinilah baginda berhenti. Disinilah meletus perang Uhud pada hari malaikat turun, pintu langit terbuka, kemenangan datang, ruh para syuhada naik, kekufuran hancur dan cahaya mulai memancar ke seluruh penjuru Alam. Disinilah terjadi peperangan penentuan. Disini para pengikut Allah dapat menjadi lebih istimewa daripada pengikut syaitan. Di sinilah tempat mengalirnya darah pejuang2 agama Allah.
Terima kasih wahai gunung Uhud, semoga dapat bertemu kelak di syurga, sabda Baginda Rasulullah; "Uhud adalah salah satu gunung yang beada di syurga"
(nampak tak gunung tu condong, seakan2 menoleh)
Seperti yang kita tahu, sejumlah mujahidin Islam telah syahid dalam perjuangan ini. Antara yang terkorban ialah pakcik Rasulullah SAW iaitu Saidina Hamzah r.a.
Sewaktu para syahid Islam ingin dikebumikan jauh sedikit dari Gunung Uhud, baginda Rasulullah SAW ternampak Gunung Uhud bergerak untuk mengikut mengiringi jenazahakan tetapi baginda Rasulullah SAW melarang Gunung Uhud dari berubah tempatnya. Baginda berkata kepada Gunung Uhud supaya umat Islam dapat melihat tempat perang bersejarah itu berlaku. Oleh sebab itu, gunung ini sedikit condong.
Setiap kali Rasulullah SAW lalu bersebelahan Gunung Uhud, baginda akan berkata kepada para sahabat, "Lihatlah Gunung Uhud ini, dia mencintai aku dan aku mencintai dia"..
Kalau murah rezeki kita, sama2 lah kita melawat gunung yang Rasulullah cintai ni, dan mengambil iktibar yang sangat besar terhadap peristiwa brsejarah yang telah berlaku disini. Mungkin ianya hanaya sebuah gunung pada merka yang tidak mengetahui, akan tetapi, ianya sangat simbolik dan sangat bermakna kepada kita sebagai seorang Muslim, dan pejuang agama Allah....
Allahuakbar~~
No comments:
Post a Comment