Bismillah~
Nabi s.a.w bersabda: “Malaikat sentiasa berdoa untuk seseorang kamu selama ia berada di tempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas, iaitu mereka memohon dengan berkata: “Ya Tuhan kami! Ampunilah dosanya, ya Tuhan kami! Berilah rahmat kepadanya.” (Abu Huraiarah r.a)
Bercucuran airmata bila tekenangkan dosa dan mati. Aku banyak kecewa dengan dunia dan manusia, akan tetapi, bukan dengan Mu. Kerap aku alpa dengan pujuk rayu manusia dan dunia, sehingga terlupa akan kata2 Baginda Rasulullah, iaitu Kekasih Mu.Ya Allah, aku msih belum bersedia untuk bertemu dengan kematian, akan tetapi, aku redha pabila masanya telah tiba... Dosa ku yang bergunung2 itu masih belum ku tebus dan diri ku masih hina dan amalan2 ku masih sedikit. Izinkan aku Ya Allah, mengumpulkan lagi amalan ku, supaya aku terselamat dari neraka mu yang sangat menakutkan itu, walaupun aku sedar Syurga Mu Terlalu Gah, untuk hamba mu yang hina ini. Selamatkan aku dan saudara2 ku Ya Allah. Cinta aku pada mereka, sehingga aku tidak sanggup melihat mereka membelakangkan mu Ya Rabbul Izzati. Bila mereka memarahi ku tatkala aku mengingatkan tentang azab Mu, kau ampunkanlah mereka, dan bila mereka melupakan Mu, kau sirnakan lah Hidayahmu dan bila aku pula terlupa, kau datang kan lah sahabat2 ku dari kiri atau kananku, hadapan atau belakang ku, memujuk aku kembali kepadaMu. Aku cuma insan biasa, yang lemah, dan sering terjatuh dalam menempuhi ranjau kehidupan ini. Aku tidak se-hebat kekasih Mu Ya Allah, akan tetapi, aku sangat mencintai perjuangannya, dan akan ku teruskannya semampu ku, hinga Izrail datang menjemput ku kelak. Tidak akan pernah aku lupakan kisah tentang saat kematian Baginda sampai bila2. Di kala ajal datang merenggut nya, dia masih bertanyakan ummatnya, dan sanggup meminta kesakitan sakaratul maut umat2nya, ditimpakan keatas diri Baginda.. Kasih nya Baginda pada kita tidak berbelah bahagi.
Adakah kita sayang Rasulullah, seperimana dia Kasih kan kita?
Semoga Allah selamatkan kita semua dari kesesatan dunia, supaya di Mahsyar kelak, kita dapat bertemu dengan Sang kekasih Allah, Baginda Rasulullah saw... Ameeennnnn...^_^
No comments:
Post a Comment