Sunday, November 8, 2009

"Nasib HidUp daN PiliHan, LaiN UnTuK SeTiap InsaN"

Bismillah~

Allah Berfirman,

"Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika ditimpa malapertaka, mereka berputus asa dan hilang harapannya" (Fussilat 41:49)

Fitrah manusia itu, dijadikan sering terlupa, dan setiap ujian yang Allah turunkan itu, bertujuan untuk mengingatkan kita yang lalai sangat ni, lebih2 lagi pada zaman serba kebaratan sekarang. Cinta Illahi, menjadi semakin sukar untuk di pelihara, kerana semakin banyak manusia, berlumba2 mengejarkan nama, harta, atau lebih simple 'dunia'... Maha Suci Allah, yang sentiasa menerima taubat hambanya.
Payah nak memelihara hati kalau tidak benar2 sedar akan ke-fana-an dunia dan kehebatan alam Akhirat yang kekal abadi tu nanti.



"Ketahuilah, sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal darah. Apabila baik segumpal darah itu maka baik pula seluruh jasad. Sebaliknya apabila rusak maka rusak pula seluruh jasad. Ketahuilah segumpal darah itu adalah hati”. (Hadits riwayat Bukhari)

Menurut Imam Ghazali,hati mempunyai empat sifat iatu sifat buas, binatang, syaitan dan tuhan. Apabila hati dikuasai oleh perasaan marah ia melahirkn sifat buas seumpama binatang buas. Pada suatu itu,lahir sifat suka bermusuhan, bersengketa, menyerang dan memaki. Lihat tindakkan kaum nabi ibrahim selepas baliau menyampaikan risalah Allah kpepada mereka.

Dalam surah al-anbiya ayat 68 Allah berfirman yg bermaksud, "Mereka(kaum nabi ibrahim)berkata,'bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu jika kamu benar-benar hendak bertindak"

Pada masa itu ,kaum Nabi Ibrahim bersikap buas tanpa dapat dikawal.

Apabila hati manusia dikusai nafsu syawat pula, lahirlah sifat binatang. Pada masa itu, terserlah kerakusan, ketamakkan, keangkuhan dan sifat mementingkan diri. Sifat-sifat ini yg menguasai Qarun sebelum ini seperti mana yg dinyatakan Allah dalam surah Al-Qasas ayat 78 yg bermaksud,
Qarun berkata, "Sesunguhnya aku diberikan harta kerana ilmu yg aku miliki'. Apakah dia mengetahui bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya sedangkan mereka lebih kuat dan lebih banyak menghimpun harta daripadanya."
Manusia seumpama ini berkedudukan seperti binatang yg sesat. Nafsu syawat di dalam diri mereka menutup pemikiran serta hati sehingga menjadi buta daripada kebenaran.

Dalam surah Al-A'raf ayt 179 allah berfirman yg bermaksud,"Sesugguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam kebenyakkannya daripada jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak menggunakannya untuk memahami(ayat-ayat allah),dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakannya untuk melihat(tanda-tanda kekuasan Allah),dan mereka mempunyai telinga tidak digunakannya untuk mendengar(ayat-ayat Allah). Mereka seperti binatang ternakkan bahkan mereka lebih sesat daripada itu. Mereka adalah golongan yg lalai". Itu ialah sifat syaitan.

Apabila hati manusia dikusai oleh sifat-sifat ketuhanan,ia mencari kemulian, kekuasaan, kemerdekaan, keilmuan serta kehebatan. Semua ini digunakan bagi membina kecermelengan dan keunggulan.

Bak kata seorang commenter;

Alangkah susahnya mendidik hati,
sedangkan ia menjadi pandangan Tuhan,
menjadi wadah rebutan malaikat dan syaitan.

alangkah sukarnya mendidik hati,
bila dipuji sombong menghiasi diri,
bila diuji, pencaci dibenci
sehingga berdendam sampai mati..

didiklah hati menuju kebenaran,
demi mencari redha ilahi..=)

Agak2 dekat kategori mana hati kita?

Agak2, hidup ke mati hati kita sekarang ni....



Akan tetapi wahai sahabat2, ingat lah firman Allah ni;

No comments:

Post a Comment