Showing posts with label ~Life today ~. Show all posts
Showing posts with label ~Life today ~. Show all posts

Saturday, March 14, 2026

May Allah Guide......

 There's a constant longing for a peaceful and breathable space in life lately.

Generations of my age are now in the phase of desiring more 'zen' than agitation..

High influxes in big cities... crowded by people with dreams and hopes to live life better, 

and I thought of turning away from this crowded space for the same intention..


to live in a small town, 

after retired.. 

or until retired?


Still thinking...

May Allah guide...


p/s: I would usually unwind myself in small towns where my sister and late father once lived in....  

If family members come over to my place to take their mind off of things.... just sounds so much better, doesn't it... but I'm not there yet~


-random thought-

Thursday, April 10, 2025

The Amazing LiDAR scanner Alive...

 Ketua dan penolong yang dilantik dalam majlis Watikah Perlantikan Kepimpinan Muda, perlu hadir ke sekolah dengan pakaian seragam, 

Nak dijadikan cerita, Qayyum yang dilantik, tiba dengan baju sukan. Oleh kerana malu, dia pun pakai sweater, 

which doesn't change anything.. kan? 

Zafirah came to assist..."saya carikan baju dalam bilik PIBG ya"

In my panic mode I said "Nak bawa Qayyum untuk sizing?"

She said, "Tak pe kak" and after 5 minutes, came back with a white shirt FITS Qayyum's size!

I was so amazed by this. It was a perfect fit!!

"Muat kan?" she said... 

"Perfect!!" I said...

She admitted to have a very strong photo memory. I am awed!! 

p/s: mata LiDAR scanner pertama manusia, I've ever encountered. Top 3 geniuses I've met in life... My bestie Sikin, My Mount Safa Colleague kak Shafiza and Zafira of SKBU2!!


Tahniah Tahniah Tahniah


Thursday, February 27, 2025

Mehnah lidah...

 Mengapa bertanya jawapan taqdir yang tidak diketahui?

Teruskan berjalan dengan usaha dan redha dengan tetrtib aturan tuhan..

Mulut yang mencaci dan merendah itu lumrah dunia,

Usah menjadi mangsa kiblat dunia, demi membahagiakan mulut-mulut yang tidak menghantar kita ke syurga..



Rancang dengan apa yang ada di tangan

Bukan yang kita angan-angankan

Kita membina cita dan harapan

Bukan mimpi dan igauan


__________________________________

Bacaan pilihan:


Thursday, January 9, 2025

The Apex of Embarrassment

Bismillah~

What are the things we’re embarrassed about the most?


Our past and young naive self, trying to fit in whatever world we were once, in…

My older self now, finds my past-self to be quite Embarrassing...


Going through my very own old blog entries, makes me laugh at my own stupidity..

Yet it held great memories that I have almost forgotten…


stupid, but precious

we’re not born clever…

our failure makes us clever,

to not repeat the same mistakes again..

Thank you, my stupid young self… for everything





_________________________








Mendakap Kesedihan Dengan Al-Quran by Imran Zaki

Monday, January 15, 2024

2024


Susah nak berlari bila dah lama sangat berehat..

Susah nak tulis, bila lama sangat dah tak menulis…

Ayat positif sikit

Lari sekarang dan biasakan..

Tulis sekarang dan hilangkan karatnya



-your 2030 self-







Friday, August 20, 2021

Still Rocking Blogs... I know...

 I was trying to get into young minds...

They are fast in almost everything... especially with their virtual lives.

These centennials....

 Games and social media ..

They were driven by trending posts and deeply influenced by borderless, unruly, virtual free speech culture.

I'm still Rocking Blogs... I know... I'm old...

..............................................................................

From a different angle...

How can we infiltrate within these mediums to snap a few things out,

to pave better alternatives and ways back for these young and bright souls...


Mom and  dad, blogger or not... Please help these poor young and naive souls..

Or they might ended up as Google certified doctors, sheikhs, philosophers etc, at a very young age..

or worst, being a Flat Earthers or worshipping Annunaki

WHITHOUT YOU REALISING IT!


Na'uzubillah....

Please Allah, guide and protect us ...



#My Quarantine Writing Therapy


Saturday, May 22, 2021

THE unseen STRUGGLE

 Lama dah bertarung dengan keyakinan diri...

I was unlike this 5 years ago...

with friends, family, community...

It was different 5 years ago...

Tak sedar pun semua tu mula hilang

sedikit demi sedikit

mula tak percaya diri sendiri


the only thing I trusted the most was

not being good enough... 

I waited.... to challenge myself 

and self-blaming 

and waited

and another year of still self-blaming

and waited with beliefs that I will get better and things will be better

and was somehow pushed to the edge

and was very sure that I will be digging my own grave 

if I did not opt-out

and somehow realized that

whatever the situation I was or will be

I was seen as the all-time failure 

incapable, and unworthy 

in any way...  there...


slowly it took a toll on my mental health

and I was unaware of it

for five years 

yes...

still unaware of what has happened and what's coming


Started to think of myself as 

a poor sailor, both on and off the deck

not being able to cope with overwhelming workloads nor  being a part of any social movement anymore

no more....


So I left~


Dear friends.....


Maintaining course and being patient is very important.... 

in establishing anything in life....

But, at times, you have to resort to other solutions... 


Not to run away

but to find better ways...

........................................................................

Thinking 

and zooming out...

To make better judgment and see life better


Sincerely,

Me





Monday, May 4, 2020

PKP atau Perintah Keras Paksaan....

Movement Control Order, atau Perintah Kawalan Pergerakan,

banyak mengubah rutin harian kita diluar dan cara kita bertindak balas dalam pelbagai keadaan. 

Tiada salam-salaman lagi
Tiada peluk-pelukan lagi
Tiada sembang panjang lagi
Tiada 'hangout' di mana-mana lagi

Keluar untuk yang penting sahaja

A REAL LIFE-DETOX

A bit frustrating, to reconstruct years of practiced habit, but for the sake of 'breaking the virus chain', it is a social responsibility that we all have to uphold.

Ramadhan tiba...... satu lagi 'school of soul' hadir, sebagai SOUL-DETOX.....

Satu demi satu ujian PEMBERSIHAN HADIR... menyental daki-daki dosa.... 
Entah kenapa, INTIHAN ini, memaksa kepada SEGENAP KEBAIKAN yang sukar kita praktiskan sebelum ini...

Memaksa kepada kebersihan...
Memaksa kepada duduk dirumah jika tiada keperluan diluar...
Memaksa pengusaha industri kecil dan sederhana untuk MEMERANGI ketakutan untuk BERBISNES ATAS TALIAN... kena buat juga

Pelbagai PAKSAAN lain yang TERPAKSA dihadapi.....


Tahun ini, banyak manusia dihantar ke sekolah PAKSA....
PAKSA yang membaiki kita menjadi manusia yang lebih baik...

Allah Maha Penyayang kan?


P/s: Sejak-sejak pakai mask keluar rumah ni, terbayang perasaan muslimah-muslimah yang berniqab keluar rumah. Niat dan tujuan keluar rumah terpandu, lebih fokus. Istighfar dan zikir dibelakang tabir juga nyaman (takdalah mata-mata yang pelik memandang mulut terkumat-kamit macam menjampi)..... rethinking about putting on niqab for good?

satu lagi sekolah PAKSA yang mendidik kita...


Wednesday, November 9, 2016

Bidalan GPS



Bismillah~

So ada job dekat Kluang last time masa bulan Julai. Bad experience of trusting GPS. Biasanya tepat sampai ke depan pintu route-nya tapi kali ni salah alamat yang teramat jauh menyimpang. Turun dari kenderaan dan mula bertanya orang awam. Kalut, orang awam tak dapat beri tempat yang tepat. Terbit lah bidalan baru dalam kamus hidupku yang berbunyi…

Percayakan manusia macam GPS…. Percayanya tak salah cuma jangan sepenuh hati, kelak nanti memakan diri…

Siapa kata semua ciptaan manusia tu sempurna…. Manusia pun tak sempurna….

Note to self: kalau tak sesat, tak belajar. The wisdom of khusnuzzon….


Jazzak~

Wednesday, March 21, 2012

Universiti Teknologi Malaysia.....

Bismillah.....

Ya Allah.... dah lama tak post 'story' dalam blog ni.... Nak cakap tak cukup masa, macam banyak songeh la pulak..... [^.^]

Masa tu, ada sebenarnya, tapi kurang cekap menguruskannya. Tu masalah yang "sebenar-benarnya"....

Sibuk macamana pun sebenarnya, kita sentiasa ADA kesempatan untuk sesuatu...dengan syarat....BERSUNGGUH !!

Orang tua-tua bilang, masa tu emas... dalam betul maksud pepatah mereka tu sebenarnya... [dah tua bangka macam ni baru faham....aiseh~~~]

Buat Firdaus Hj Habibollah..... Tahniah dengan keputusan SPM yang baru amek tadi [result rahsia..haha] Semoga lebih berjaya di masa akan datang.... InsyaAllah...

Kata orang bijak pandai;
"Kita merancang.... tapi Allah juga punya rencana buat kita"
Apa pun yang mendatang, terima dengan tangan yang terbuka dan hati yang lapang.........

Dalam sibuk-sibuk ni, jangan lupa study dengan jawapan bagi soalan-soalan ni jugak;
[soalan yang hanya boleh dijawab dengan rasa "Amanah" dengan kehidupan semasa didunia... ]


p/s: Apalah nilai dunia, bila akhirat ditinggalkan....

Jazzak....

Tuesday, May 4, 2010

Sistem "Koc wanita" (gerabak khas untuk wanita sahaja)

Bismillah....

“Barangsiapa yang mengerjakan amalan soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan kami beri balasan pula kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (An Nahl: 97)


Pendekatan yang sangat baik untuk kehidupan yang InsyaAllah lebih selesa. Baru-baru ni, KTM bertindak sangat bijak dengan mengadakan gerabak khas untuk penumpang wanita, memandangkan 60% daripada pengguna KTM adalah wanita, setiap hari. Koc wanita yang pertama di Negara ini yang memulakan operasi untuk laluan Sentul - Pelabuhan Klang buat pertama kalinya pada 27 April 2010.

Gerabak yang bertemakan "Wanita Sahaja Sepanjang Masa" boleh dikenal pasti menerusi pelekat berwarna merah jambu yang lekat pada tingkap dan pintu komuter.



Penumpang boleh juga menggunakan dua gerabak yang lain (campur)akan tetapi, gerabak khas ini, hanya boleh dinaiki penumpang wanita sahaja.

Menggunakan tema ‘Wanita Sahaja Sepanjang Masa, Ladies Only At All Times’ koc wanita ini berada di gerabak yang tengah dan dibezakan dengan pelekat khas koc wanita yang berwarna merah jambu (pink)



Pengenalan Koc Wanita ini adalah bertujuan untuk memberi lebih keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. Walau bagaimanapun, kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama pengiring/saudara wanita mereka dibenarkan menaiki koc ini.


I've experienced travels with this women's coach. Memang best dan selesa, except, when a few men went in, and filled the seats (while many other female passenger are standing) and laugh with their other male friends. Hish, takkan la tak nampak the pink stickers, the pink banners, and takkan diorang tak sedar yang the coach are filled with WOMENs! More over, semua pintu ada sticker "Women's Coaches" siap warna pink dan di tulis dengan 4 bahasa! Hm, nasib baik ada polis KTM di beberapa perhentian, masuk ke gerabak dan check. Lagi satu perkara yang sangat mengusik hati, masa inilah, yang sang hawa yang berpakaian menyerupai lelaki (tomboy) mengaku perempuan bila sama2 bersaing naik ke koc wanita...hihihi. Terkejut jugak saya melihatkan gelagat budak lelaki yang berasak-asak ke koc wanita (rupanya budak perempuan).

Idea koc wanita ni memang bernas dan sangat banyak kelebihannya. Tapi kalau dari dulu lagi, pihak yang berwajib ni, mementingkan dan menitik beratkan batas syar'e antara lelaki dan perempuan, mesti women's caoches ni dah lama di wujudkan...hihihi...

Ha, lagi satu, KTM Komuter mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan mengenai Koc Wanita ini. Cadangan dan pandangan boleh dihantar ke komuter4u@ktmb.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTM Berhad di 1300-88-5862.

Jom sama2 suggest untuk perkhidmatan yang lebih baik okeh?
Jazzak~~