Showing posts with label Doa ku. Show all posts
Showing posts with label Doa ku. Show all posts

Friday, January 17, 2025

My Beloved Late Nephew...

 Kematian itu sentiada bersama dengan kita...

Bertahun-tahun Allah swt rezekikan kita kehidupan,

Puluhan manusia menjadi rezeki kita sebagai sebagai sahabat, keluarga, guru dan sebagainya...


Hari terakhir kita menghembuskan nafas terakhir, 

Kita dikembalikan pada Allah sekelip mata,

Hari yang sama kita dikebumikan tanpa menunggu sesiapa atau apa-apa pun


Yang diburu dalam kehidupan kita hakikatnya, hanyalah pengakhiran yang mulia..

Walau ratusan tahun pun kehidupan kita...

Itu sahaja hakikatnya yang kita mahu..


Tapi, usaha mendapatkannya, perlu ada...


Terpukul dengan pemergian insan yang disayangi pada tahun 2024..

Mengucup dahi buat kali terakhir anak saudara sulung yang amat disayangi..


Semoga Allah merahmatimu, Amirul Akmal bin Habibollah

Anak saudara sulung yang membesar seperti seorang adik kepada maksu,

Mewarisi semua beg-beg sekolah maksu,

Menemani sembang-sembang kosong maksu di meja makan,

Menjadi rujukan sirah maksu,

Menjaga nenek dengan penuh kasih sayang,

Menjadi suami yang baik buat isterinya yang dikasihi, ayah yang amat penyayang buat Fauzan, Aneem dan Afiya..

Dan anak yang soleh buat umi dan abah..


p/s: hingga ke saat ini, masih meniti di bibir keluarga dan sahabat handai, kebaikan mu~

Al Fatihah~



________________________






Redha: Memaknai Rasa Berserah Kepada Tuhan Tatkala Takdir Di Luar Kawalan by Irfhan Fitri

Monday, June 6, 2011

Menuggu sebuah Panggilan.....

Bismilah~
"Katakanlah sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya kepada siapa yang Dia kehendaki antara hamba-hambaNya. Dan apa sahaja yang kamu infaqkan, Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki terbaik.."
(surah Saba' 34:39)
Hantar resume sudah....
Tunggu sudah.......
Interview pun sudah.......
Tunggu lagi.........

Betullah pepatah orang bercinta "Penantian itu suatu penyiksaan"
Tapi tu orang bercinta... In my case, "Penantian itu suatu kerisauan" [risau sebab tak tau keputusan berjaya/tidak berjaya mendapatkan tempat dalam syarikat tu]
Mohon doa kalian dong, moga dipermudahin.....hihihi

Entry kali ni saje2 untuk curhat[curahan hati]....dan tiada kena mengena dengan sesiapa kecuali saya.... Boleh abaikan jika malas nak baca....hahaha....

p/s: pada sesiapa yang juga menunggu just like me.... you'll know how i feel right now.
Firman Allah SWT: “Barangkali kamu membenci membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-Baqarah (2) ayat 216.
No matter what could the result be, Allah always knows the best.....
[monolog: tu la shikin, gelabah betul la minah ni... [=.=']

Jazzak [^..^]


Wednesday, December 23, 2009

Talking about Friends....

Bismillah…..


Hmm.....Friendship… besar maknanya dalam kehidupan makhluk yang bernama manusia. Ada ke orang yang boleh hidup tanpa sahabat atau kawan ni? If you ask me, I would say NO! I can’t survive living in crowd of friends and not making or accept those who want to make friends with me. Times really teaches us to know them better each and every day. Ada yang membimbing, ada yang main-main, ada yang pemarah, ada yang membuli, ada yang ambil kesempatan, ada yang mengada-ngada, ada yang berkawan masa senang je, ada yang mendengki (masyaAllah, seriously dah pernah jumpe type macam ni) dan macam-macam lagi. Pada sahabat yang still stick with me, you guys are the most precious gift Allah had ever sent me. Lebih-lebih lagi yang banyak memberi semangat masa aku terjatuh, gedebuk, sampai tak berupaya nak bangun lagi suatu masa dulu (pun disebabkan kawan jugak…huhuhu).



Banyak risiko orang yang suka berkawan sebab takut terkawan dengan bad influencer atau orang yang tak ikhlas, but in the same time, rugi la pulak mereka yang tidak terbuka dan tidak mahu berkawan sebab tak berpeluang belajar tentang keletah manusia ni. Memang kadang-kadang boleh menangis dengan karenah kawan-kawan ni, tapi itulah hakikat pendidikan hidup. Tak kenal, maka tak tau kan… kan… kan…?

Something I learnt…. Ada juga mereka-mereka yang kita tak boleh nak buat kawan, bukan sebab memilih, tetapi disebabkan attitude yang kita tak boleh nak terima dan kepercayaan yang dikhianati.... Nak buat sahabat, jauh sekali. Fitrah manusia tu, Allah ciptakan dengan 1001 ragam dan semua orang tak sama. Kalau nak tau masalah berkawan tu berpunca daripada siapa, cuba check balik diri sendiri. Dalam ramai2 kawan kita, lebih ramai yang masih kekalkan ikatan dengan kita, atau lebih ramai yang tinggalkan kita (dalam kata lain, reject kita sebagai sahabat)…?? [hmm… ramai x yang reject aku ekk? Ape agak2 nye silap aku ek??......... hmmmm (~,~) ]
Until today, Allah dah temukan aku dengan sahabat2 yang sanggup bersusah dan senang dengan aku. May Allah bless them with peaceful and joyous life sampai bila-bila, sebab aku tak mampu nak balas segala kebaikan yang mereka dah beri pada aku sepanjang melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan onak dan taufan ni. Bila aku leka, mereka berusaha merantai nafsu aku supaya tersentap dan tersedar keimanan aku dengan segala nasihat yang tak pernah putus.

To each and every one of you, sayang sangat dengan korang [muslimah lebih2 la lagi…], kerana Allah..[^_^] nak jugak state nama sorang2, tapi, tak mampu sebab nanti takut ade yang terlupa nak state, kecik hati pulak…hehehe….

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Pada sang sahabat-sahabat yang telah hadir dan menceriakan hidup ni, daripada aku kecil, sampai lah dah besar tapi tak tinggi ni, tidak akan aku lupakan ukhuwah yang terjalin sesama kita. InsyaAllah sampai bila-bila, and hope you guys does the same. Semoga perjuangan kita kerana Allah didunia ini, menemukan kita semua semula di akhirat kelak…..InsyaAllah… Jazzak~

Wednesday, November 4, 2009

"Teguh PeNdiRian...."

Bismillah~

Rasulullah SAW bersabda:
"Janganlah seseorang diantaramu menjadi orang yang tidak berpendirian, yang berkata; 'aku ini terserah kepada orang banyak. Kalau orang berbuat baik, aku berbuat baik pula dan kalau orang berbuat jahat, aku berbuat jahat pula'. Akan tetapi, teguhkanlah pendirianmu. Kalau orang berbuat baik, hendaklah kamu berbuat baik, dan kalau mereka berbuat jahat, hindarkanlah dirimu dari kejahatan mereka." (HR Tarmizi)

Sejauh mana kuatnya pendirian kita? Selalu sangat kita berfikir tentang orang ramai, tapi, tidakkah kita berfikir tentang diri kita di mata Allah? Di manalah kita pada mata Nya? Ya Allah, menggunung tinggi dosa ku pada mu, akan tetapi, masih lagi kau beri rezki kepadaku, dan mengizinkan aku bernafas dengan udaramu....
Sangat patut kita malu dengan dosa2 kita.....................

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya” al-Israa’ (17:72)

Semoga kita tidak tersesat dan sentiasa mendapat hidayah Nya...
Dan jangan lupa doakan sahabat-sahabat dan keluarga kita.. serta seluruh umat islam.

Ya Tuhan kami, janganlah kau palingkan hati kami setelah Engkau tunjuki dan berilah kami dari hadhirat-Mu rahmat karena Engkau adalah Yang Maha Pemberi....
ameeeennn~~