I said to him yesterday... "bang nak madu straw!"
Sunday, September 27, 2026
Rezeki Doa...
I said to him yesterday... "bang nak madu straw!"
Monday, February 9, 2026
A Humbled Heart~
Bismillah~
As I aged, there's even more
running and chasing and meeting-people, and distancing some people in life...
took place
Anyways.....
Alhamdulillah selesai urusan mengecat kelas akhirya..
Tidak ramai yang hadir, but surprisingly, lancar sungguh urusannya.
Ada yang dari rumah, singgah pejabat, ambil anak, datang awal untuk bantu dan balik kampung setelahnya... macam-macam rancangan hujung minggu...
tapi, datang juga...
Apapun susnan kita, Allah lebih tahu cara utuk mengganjarinya....
Semoga panjang manfaatnya...
Subconcious lesson buat anak-anak yang datang. Lihat gelagat ibu ayah bermasyarakat...
Friday, June 6, 2025
Acik food poisonong.....
Tak pernah dalam sejarah, masuk ward seumur hidup,
Allah bagi hadiah rehat dalam ward tahun lepas, due to food poisoning. There's nothing left in my system anymore. Semua yang dimakan was ejected out instantly. Not enough energy to even stand, let alone work. Same goes to my bowel. Nothing stays!
Warded!
Berapa hari di layan nurse di ward. they kept on calling me acik agin and again and again...
So, this is how it felt like..... being old... (talked to 'lembik' self at that time)
So I played along...
"Ambilkan acik, tu.... Tolong acik ni... Tolong acik itu...."
Memang dah tua, tapi, saja nak ajar diri merasa lebih tua....
Kinda fun actually~
p/s: me being my own mom for three straight days... hidup acik!
Read:
Friday, May 30, 2025
Ayam! Epal!
Lama tidak berkunjung ke Sarawak bumi Kenyalang...
Kali terakhir ziarah besfriend di sana,
Sahabat yang berkongsi nama yang sama seumur hidup....
Sikin..
Kisah sepuluh tahun lepas.... masih ingat disebabkan keunikannya..
Dalam beberapa hari bermalam, dapatlah berkenalan dengan dorm mate Sikin yang amat unik!
Terdengar rakan dorm Sikin sedang marah-marah, tak tahu pada siapa dan asbabnya
Ayam! betul... Dasar Epal!!
Allahu... terdetik dalam hati dan terus berfikir-fikir...
Apa yang ayam? Apa yang Epal?
"Kin! Apesal tu? Kawan tu? Marah-marah Ayam dan Epal?"
Kata Sikin;
"Oh, mak ayah dia ajar untuk jangan mencarut, jadi kena ubah perkataan yang kasar dan keras tu jadi Ayam, atau Epal, atau apa-apa yang tak berbunyi kasar".....
Pom kitorang ketawa 😂😂😂
Ayam betul!
p/s: meluah kenangan, sebab rindu Kin. Kau dah jauh diculik Farid ke Shah Ale🤣
Thursday, May 8, 2025
COPY-CATTER
A friend once told me she has this one colleague who would
buy the things she bought,
wears the same brands she's wearing,
acts the way she acted
and to some extent, talks the way she talks too..
P/s: Are there such people?
..................................................
Friday, May 2, 2025
pesan tawassul
Kelibat jiran rapat, hadir memberi salam dan menghulurkan nasi lemak.
"Terima Kasih cik Kamariah"
Tak pernah berhenti memberi, jiran yang disayangi macam keluarga ni.
Dah lama tidak bertemu, mula bersembang bertanya khabar, keluarga.
"Jangan lupa untuk rajin-rajin bertawassul, Shikin. Makcik duduk dengar ceramah tentang tawassul daripada seorang ustaz di UTM, dan amalkan "....
"Cik doakan Hakim lulus peperiksaan di German, dalam keadaan bertawassul atas amalan-amalan kecil dengan niat kerana Allah...... yang mampu acik buat... Kata Hakim, soalannya terlalu susah...." bersungguh cerita Cik Kamariah dengan nada yang agak sayu...
Kata beliau, tidak lama kemudian, terima perkhabaran daripada anak di seberang lautan, mengucap syukur kerana terasa doa ibunya dari seberang..
"Doakan mak Shikin tu ya, semoga atas sekelumit amalan kebaikan atau sedekah kita, Allah ringankan kesakitan mak.. inshaAllah"
Walaupun nasihatnya tenang, namun meresap jauh ke dalam saraf-saraf keimanan yang lemah dalam hati ini...
Cik Kamariah sangat rajin berkebun orangnya.. Setiap pagi menginfaq kan tenaga di tanah simpang sekangkang kera, depan rumah untuk menanam pelbagai tanaman... daripada cili, hingga ke pokok bunga..
Tidak kalah kebunnya, tetap menghijau dan segar dek kerajinannya setiap hari.
Daripada rutin dan amalan harian jiran yang sangat disayangi ini,
Mungkin ada halangan jalan yang di alih...
sumbatan longkang yang dibersih..
hasil tanaman yang dipetik jiran dan di mamah menjadi rezeki haiwan dan serangga...
semuanya kebaikan-kebaikan,
tidak kira kecil atau besar,
kerana kita tidak tahu yang mana Allah terima...
Note to self: menerima nasihat ni, rezeki dari Allah juga...🌹
Thursday, April 17, 2025
Gaun, tudung dan hidayah..
A simple, short and sweet conversation, a week before raya...
Cikgu, saya suka lihat orang pakai tudung,
Doakan saya pakai tudung ya, doakan saya dapat hidayah...
Saya ni suka pakai gaun dan skirt, belum dapat hidayah..
Me: Amin~
Note to self: Bila dah mula terasa dalam hati, itulah hidayahnya..
Note to heart: Ilmu yang sedikit, diamal dulu..
Note to life: Secubit riya' semua rosak..
![]() |
| Belajar acronym baru tahun ni: SHRMZB... |
Thursday, February 20, 2025
Raudatus Sakinah dan Nowseeheart
One random but significant thing about songs is that, they flip memories...
And this one particular Nowseeheart song stroked out a sad one.
Raudatus sakinah bukanlah suatu institusi yang pencapaiannya ditunggu-tunggu perkembangannya. Unlike business, rumah ini bukanlah tempat yang menginginkan penambahan penghuni apatahlagi penambahan rumah ke dua atau ke tiga.
Menghabiskan lebih kurang setahun, menjalankan aktiviti berkala dengan adik-adik ini, seronok dan sedih dalam masa yang sama. Mereka mencari jalan pulang. jalan pulang kepada Allah. Ada yang ber ibu dan ayah dan ada juga yatim, ada yang kaya, susah, lembut, kasar... berwarna warni karakternya...
Ada yang berjaya bertemu jalan pualng, dan ada juga yang mungkin kembali atas ujian yang sama..
Melihat wajah-wajah bersih adik-adik ini dan ujian mereka menjadi ibu pada usia yang amat muda, mendatangkan sebak. Ujian kita mungkin tidak serupa, tapi kita tetap diuji...
Dan ujian mereka besar... dan kejayaan mereka juga amat besar sekiranya, mereka berjaya KEMBALI kepada Allah dengan sebenar-benar kembali...
![]() |
| -seorang gadis- |
Thursday, February 6, 2025
Telling your age, without telling your age...
![]() |
| This was NINE freaking years ago with Kak Aina back in Shah Alam.... gosh.. I am that OLD!! |
Teruntuk Langit Yang Bercanda by JIWA
Thursday, January 30, 2025
Bertemu bahu dengan perempuan tua...
Masih segar wajah seorang wanita tua.. bersolat bersebelahan pada tahun yang lalu.
Bersalaman, tangannya wangi, bila senyum dia juga membalas,
'Kamu duduk mana?' sapanya
Manis senyum simpulnya. Sebelah kirinya tersusun keperluan asasnya. Sebotol minyak angin, kain putih dan botol air.
Perempuan-Perempuan Berbudi Dalam Al-Quran by Syaari Ab Rahman & Nurul Suhadah Shuib
Thursday, January 23, 2025
Jagar
Bismillah~
Tugasan menjadi pengawal keselamatan adalah antara tugasan asas penting yang perlu ada dalam setiap bangunan yang besar, macam sekolah. Oleh kerana mereka ni berada di barisan hadapan, watak mereka adalah imej pertama pelawat dan staff yang bekerja di bangunan yang dijaganya.
Macam-macam watak-watak yang susah nak di sorokkan.
Pakcik Adnan, rajin mengopi...
Pakcik Bahar, berjenaka tapi tak ketawa..
Abang Khai, rajin mengusung kunci di pinggang kesana sini..
Pakcik Nuar, rajin melambai..
Kak Ani, rajin main kutu..
My own sister, back in melaka, suka mukbang video call, waktu rehat makan..
Tapi,
Semuanya baik...
Mungkin jawatannya tidak besar, tugasnya tak dilihat, wajahnya jarang di pandang....
Itu tidak mengurangkan nilainya, pada sesiapa pun..
p/s: orang paling miskin dalam dunia ni, pun masih ada haq untuk masuk syurga..
hanya amalan kita sahaja mengubah darjat kita di mata pencipta...
_________________
Thursday, January 9, 2025
SIAPA RAFEAH?
Alkisah....
Suatu hari, sedang mencari murid, terjumpa penyapu patah di pagar pra skolah. Dalam perjalanan nak membuang batang penyapu, nampak pula pakcik petugas pembersihan sekolah.
"Pakcik, penyapu ni saya jumpa belakang pagar sana, kepalanya patah" mengadu bersungguh ni..
”Tu Rafeah kan aje… cikgu kenal kan Rafeah?”
”Tak pakcik, saya tak kenal… Nama penuh makcik Yah ke tu?” memikir nama makcik-makcik pembersih sekolah pulak ni… cikyah, cik ani, cik mah…. Takda pula bunyi Rafeah
“La tak kan lah cikgu tak kenal RAFEAH?”… pakcik ketawa.. ketawa dan ketawa..
pendekkan cerita, dia nak suruh
BUANG
Note: malas nak habiskan kisah sebab malu tak kenal Rafeah.. kan dah kena bahan🚮
memikir, bila nak membahan semula pakcik ni🙃
Bye
__________________________________
Iman Shoppe:
Saturday, March 31, 2018
Vague Objectives....
Afiqah kata, dia berjaya lengkapkan warna satu sisi sahaja.... dah taknak buat dah...
Amyra cakap dia boleh siapkan cepat... cabut semua dan pasang ikut warna....
............. masing-masing punya objektif berbeza...... dan pasti skill nya juga berbeza....
Jika zakwan berjaya, dia dapat skill yang amat baik dalam problem solving dan technique... walaupun lambat, effort dia akan jadi module yang boleh diguna pakai... berbaloi....
Afiqah give up di tengah jalan. Umpama mendaki sampai checkpoint pertama, dan turun balik... tak sempat nikmati cabaran seterusnya...
Amyra tak dapat skill bermain terus....
Tapi, jika matlamat bermain cube ini, hanya untuk menyusun warna pada tempatnya sahaja...... amyra sangat bijak.
Haha.
So, apa objektif hidup kita?
Kalau tak faham, silalah risau sekarang!
Kerana bahaya yang datang mungkin lebih menyeramkan daripada Kaiju....
Soalan KBAT:
Tidak mahu makan Mc Donald Malaysia sebab fast food itu tidak berkhasiat, atau untuk boikot sahaja.....
Jika Mc D sudah isytihar berdiri sendiri dan berkecuali dalam menyumbang kepada zionist?
Macamana.....?
............................................................................
Buka poket iman, simpan prinsip baik-baik, jangan sampai poket kotor...
Jzzk~













