Bismillahirrahmanirrahim….
Segala puji bagi Allah yang
mengizinkan semuanya berlaku. Tiada apapun yang berlaku tanpa pengetahuannya,
hatta gugurnya sehelai daun pun!
Syukur tak terhingga diberi
nikmat berkasih sayang dan diizin hati menyimpan rindu dan menyemai kasih
berbekalkan kenangan sahabat-sahabat lama yang tinggal sebumbung, makan
sepinggan, tidur sebantal, gaduh sekandang, baik lepas sembahyang….
Mabrook buat adik tersayang Hanan
setelah mendirikan rumah tangga. Moga di murahkan rezeki, dipanjangkan umur,
dapat “harta” yang soleh dan solehah….
Nikmat manakah lagi yang ingin
didustakan?
Moga nikmat persahabatan ini
tinggi nilainya dimata Pencipta….
Note to self: Rasulullah adalah sahabat yang
terbaik kepada sahabat-sahabatnya, moga dapat amalan sunnah dari ukhuwwah yang
dipelihara ini..
p/s: Rindu zaman-zaman kanak-kanak, dimana definisi stress hanya menjelma pabila tidak dapat bermain hujan, bertemu kawan-kawan untuk panjat pokok jambu, berbasikal ke kampung sebelah, dan tidak lupa jerih-perih merantau bersama sahabat handai ke negeri orang (walaupun dalam Negara sendiri)…..
Moga kasih sayang kerana Allah ini, mendatangkan redha Allah dan diganjarkan naungan di Akhirat kelak.
Ada diantara kita yang agak prejudis dengan persahabatan
kerana tidak suka kepada mereka yang menyakiti. Namun, keindahan nikmat
menyayangi dan disayangi itu jauh lebih besar nikmatnya!!
Mark my word!
Jazzak~
No comments:
Post a Comment