Friday, June 2, 2017

B.A.H.A.G.I.A.N



 
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Muhasabah sikit bab takdir, jodoh dan maut harini. Terkenang zaman belajar dulu, alkisah yang masih terkesan pada hati ni, tatkala terdengar berita kematian.

Dulu pernah seorang sahabat datang bercerita tentang apa yang dia saksikan seketika pulang daripada sebuah masjid. Katanya ada beberapa kumpulan wanita yang mengurus jenazah dengan amat culas dan kasar. Diurusnya jenazah dengan kasar dan wajah yang masam mencuka kerana kepentan. Lagaknya seperti tidak mengenal adab menguruskan jenazah dan bergitu bengis. Nak kata berseorangan kerana tidak cukup tenaga, ada yang lain juga membantu dan mencukupi bilangannya untuk menguruskan seorang jenazah wanita. Barang-barang jatuh bertaburan dan cara kerja kalut!

Diadukannya hal ini kepada buyanya (ayahnya) yang kebetulan merupakan seorang ustaz. Dengan penuh hikmah, ayahndanya berkongsi jawapan yang amat menyentuh hati saya…

Menurut beliau, setiap orang akan ada bahagian masing-masing yang Allah akan beri dan apa yang Hanan lihat itu adalah ‘bahagian’ si mati tadi. Walaupun setelah kita mati…sehingga jenazah kita tiba ke liang lahad. Setelah selesai pengebumian, baru habis bahagian dunia kita dan bersedialah untuk permulaan alam barzakh pula. Semuanya telah disusun Allah dan tiada siapa pun yang dapat menghalangnya. Moga kita diizinkan Allah, diurus akhir kehidupan dengan baik, dan oleh orang baik-baik.


I bet we all remembered about the death of Uwais Al Qarni. Si miskin yang dikenali oleh kerajaan langit. Benar hidupnya tiada nilai di mata manusia, namun lihat sahaja bagaimana kematiannya dirai manusia ramai dan para malaikat.

May Allah always remind us of taqwa in every step we take in life. Ameen. 



 p/s: mohon keampunan di bulan barakah, moga dapat membersihkan dosa yang telah lalu.... sending this message to myself too!!!


No comments:

Post a Comment