Terlihat naskah Dibawah Lindungan Ka’abah, coretan Pak Hamka
…. Mafhum sudah saya, akan isi kitab ini suatu ketika dahulu..
Benar, kita anak muda kini punya cara berfikir yang lurus.
Luah rindu buat bunda sahaja bergitu lurus tanpa ada gambaran, personafikasi
apatahlagi emosi. Semua hanya digayakan ‘emoticon’ tanpa perkataan. Walau tidak
kaya kosa katanya, namun tidak fakir jua rasa cintanya, bukan?

Namun, di hamparkan jua fitrah hati
jiwa manusia yang memang suka menikmati perasaan cinta. Dan diperlihatkan jua
peperangan manusia dengan fitrah kecintaan
mereka sendiri dalam pentas kehidupan yang telah tertaqwimnya pelbagai badai
ujian menurut ketentuan Sang Pencipta.
Rasa rendah diri yang dinukil dengan analogi halus
"emas tak setara dengan loyang, sutra tak sebangsa dengan benang "
Indah....
Benar, terkadang kita menyimpulkan bahawa cinta itu mainan
jiwa, melalaikan dan menyakitkan. Fitrah yang dibenci oleh sesetengah golongan
asbab tidak mampu menanggung perih pahit kekecewaan kerananya. Nah, “Dibawah
Lindungan Ka’abah ini” kisahnya pendek, namun mampu menjatuhkan air dari
kelopak mata di akhir perjalanan kisah Hamid dan Zainab.
Kesimpulannya…
Cinta yang menjadikan kita lemah sekaligus menjadi ‘hamba
cinta’ yang lupakan Tuhan? Itu hamba nafsu!
Cinta yang menghadirkan rasa fakir dan lemah dihadapan
tuhan…… nah, itu hamba Tuhan, bukan hamba cinta….
note to self: Love fiksyen ni lagha sikit, so jangan indulge too much into it.... sekian~
#ramadhan kareem~
No comments:
Post a Comment