Wednesday, April 28, 2010

Bertemu Isteri Seorang Mujahid.....

Bismillah....

Firman Allah;
"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani." Yang demikian itu disebabkan karena di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) karena sesungguhnya mereka tidak menymbongkan diri." (Surah Al Maa-idah ayat 82)


Palaestin...palestine...palestin....
Bumi yang dibasahi darah para syuhada setiap hari....Allahuakbar...!!



Semalam, berkesempatan saya dan para akhwat seperjuangan, bertemu seorang wanita yang datang dari bumi para Palestin, berbicara tentang keadaan palestin hari ini. Tidak terlihat sedikitpun keluhan daripada wanita ini melainkan ucapan semangat dan memohon doa dan sumbangan daripada saudara2 kita daripada Malaysia. Wajah wanita yang penuh dengan kisah duka yang dibaluti dengan semangat jihad dan kesabaran. Wanita yang dikenali sebagai Ummu Muhammad (ibu kepada Muhammad) ini bercerita tentang keSyahidan suaminya di bumi barakah itu....

Sesuatu yang agak hairan didengari adalah, di sana, para isteri memohon sang suami mereka bertemu syahid. Sayangnya mereka dengan syurga Allah, jauh lebih besar dan lebih dalam daripada sayangnya mereka untuk mahu hidup dengan para suami mereka sehingga tua di dunia. "Para syuhada adalah mereka yang terpilih, dan suami saya orang yang telah terpilih. Saya tidak menitiskan walau setitis pun airmata, tatkala suami saya syahid kerana ianya bukan suatu kesedihan untuk diratap, akan tetapi, ianya suatu kegembiraan yang hakiki.." katanya dengan penuh bersemangat. Ibu kepada tiga orang anak ini kehilangan suaminya pada tahun 2004. Ummu Muhammad sentiasa mengingatkan anak-anaknya supaya tidak menitiskan air mata terhadap kesyahidan ayah mereka dan meyakinkan mereka yang ayah mereka sebenarnya senantiasa bersama mereka.

Ini mengingatkan kita tentang Firman Allah yang bermaksud;
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita" (Ali 'Imran ayat 169-170)


Sesuatu yang saya kira agak menyedihkan dan sangat diluar dugaan adalah, para mujahidin wanita, meletupkan diri mereka untuk jihad. Para wanita lebih mudah untuk tembus ke dalam kem2 zionist dan apabila mereka sampai di kawasan utama mereka akan meletupkan diri mereka...Allahuakbar!!

Kami juga diberitahu tentang penggunaan penggunaan nama "bani israel" adalah suatu yang mereka tidak amalkan, kerana (menurut anak perempuan Ummu Muhammad) mereka ini, menamakan diri mereka Bani Israel, untuk mendapatkan hak tanah di bumi palestin dan mereka tidak dipanggil sebagai Bani israel disana. Di sana, mereka digelar "Bani Sohyun" ataupun Zionist.

Anak2 Ummu Muhammad menyanyikan lagu perjuangan Palestin dengan penuh bersemangat pada akhir perbualan ini. Walaupun ianya dinyanyikan didalam bahasa ibunda mereka, akan tetapi, nyanyian anak2 kecil ini cukup bersemangat sehingga kami yang hadir dapat merasakan kebangkitan suatu semangat jihad yang berkobar-kobar. MasyaAllah~

Tidak walau sepatah keluhan pun yang keluar daripada bicara ibu muda ini sepanjang beliau mengisahkan keadaan di sana. Semangat jihad yang cukup tinggi dapat saya rasakan hanya dengan menatap wajahnya dan ketegasan suaranya (walaupun berbahasa arab). Ditatapnya mata setiap kami, umpama menyuntik serum semangat jihad yang lama hilang dek kerana kesenangn hidup dan kelalaian dengan kehidupan dan dunia. Beliau membuka mata para ikhwan dan akhwat yang hadir pada malam itu dengan semangat mujahid beliau sendiri....



Allah kurniakan kita kenikmatan dan keselesaan hidup yang melimpah ruah, akan tetapi, hanya berapa kerat sahaja yang bersyukur dan MENGINGATI saudara kita yang sedang bertarung untuk menegakkan Islam di seluruh dunia? Menegakkan syariat Allah di negara sendiri pun masih merasa ragu-ragu..... Mengapa masih ramai yang takut berjuang kerana Allah? Walhal masing2 tahu akan kebenaran Islam dan percaya kepada kewujudan yang Maha Satu, Allah swt...? Tepuk dada tanya Iman... kita adalah Abdullah (hamba Allah) jadi, jalankanlah tanggungjawab kita sebagai salah seorang hambaNya... InsyaAllah.. [reminding myself too]....

Jazzak...

Sunday, April 25, 2010

Melihat Tanpa Bertemu

Bismillah~



Nak share suatu Al kisah dengan Antum semua....

Seorang pengembala kerbau, mencari-cari akan kerbaunya yang hilang. Puas dicarinya ke merata-rata tempat, tapi, masih belum di temui. Dia bertembung dengan seorang budak yang sedang memancing.
Pengembala itu pun bertanya "Ada kau nampak kerbau pakcik tak nak? Kerbau pakcik hilang." Pantas budak itu menjawab "Oh, kebau pakcik yang buta mata sebelah kirinya itu ya?" Tanya budak itu.
"Ya, ya, itulah kerbau pakcik.
"Rasanya kerbau itu sudah tua..." tambah budak itu lagi.
"Betul, betul, memang sudah tua. Kau ada jumpa dia?"
"Kerbau pakcik tempang di sebelah kaki kanannya yang sebelah hadapan bukan?" tambah nya...
"Betul..Betul.. tunjukkan kerbau pakcik di mana.." pantas pakcik tu menjawab.
"Maaf pakcik, saya tak jumpa kerbau pakcik..... kata budak itu.
"Kau jangan main-main. Memang itulah kerbau pakcik. Kerbau itu memang dah tua, tempang kakinya dan buta matanya. Jangan bergurau, pakcik nak cepat ni...."
"Betul, saya tak nampak pakcik" balas budak itu lagi.
"Kalau tak jumpa, macamana kau tahu sifat kerbau pakcik? musykil pakcik tua tu.
Budak itu pula tersenyum.."Macam ni.." kata budak itu lalu membawa pengembala itu ke belukar.
"Tengok rumput-rumput ni. Ia telah diragut oleh kerbau pakcik. Ini kesan ragutannya.." budak itu menunjukkan kesan ragutan kerbau yang di maksudkannya.
"Ya memang kesan ragutan kerbau, tapi macamana kau pasti ini ragutan kerbau pakcik dan bukan kesan ragutan kerbau lain?"
"Cuba pakcik lihat baik-baik. Semua rumput yang diragutnya adalah di sebelah kiri. Itu menunjukkan kerbau itu buta mata sebelah kanannya. Kesan ragutan pula tidak sekata. Ini menunjukkan giginya sudah jarang atau ada yang patah...ertinya kerbau ini telah tua. Dan tengok pula kesan tapak kakinya. Kesan tapak kaki hadapan sebelah kanan berbeza dengan tapak-tapak kaki yang lain. Ia kelihatan di seret, dan ada ketikanya tiada lansung.Ini menunjukkan dia tempang." terang budak itu dengan penuh teliti dan pengamatan. Penembala itu termenung jauh sendirian di tempat kerbaunya meragut rumput itu.........

Hmm daripada kisah diatas, boleh kita simpulkan bahawa tak semestinya kita harus dapat lihat sesuatu untuk mempercayainya. Kewujudan kesannya yang nyata sudah cukup mampu membuatkan akal kita ligat berfikir tentang kewujudannya. Bergitulah antara cara kita mengenali Allah swt. Hanya dengan melihat akan ciptaan nya sudah cukup membuatkan kita tahu Bertapa Agungnya Dia.... Bak kata Maher Zain pun "Open our eyes, our hearts, and minds, If we just look bright to see the sign, We can't keep hiding from the truth......

Cukup besar bumi ni pada pandangan mata kita kan? Tahu kah kita, planet bumi hanyalah sebesar pasir sahaja di dalam sistem solar [di angkasa lepas] dan bintang-bintang ciptaan Allah di luar sana berpuluh kaliganda besarnya daripada planet kita? Maha Agung dan Maha Besar Allah swt. Akan tetapi, masih ramai hambanya yang berjalan mendongak ke langit dengan angkuh, serta melawan hukum Nya... [berani betul mereka ni...sob...sob...sedih]



Firman Allah swt yang bermaksud;
"Aku[Allah swt] bersumpah dengan letak-letak[jarak-jarak] antara bintang-bintang. sesungguhnya itu adalah suatu sumpah yang besar andainya kau mengetahui" (Surah Al Waqia'ah, ayat 75-76)


"Sungguh kejadian langit dan bumi adalah lebih besar [lebih hebat] dari kejadian manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Surah Al Mukminin, Ayat7)


Jom hayati kebesaran Allah, dengan lagu Maher Zain yg best ni. Moga dengan menghayati kebesaranNya, kita merasa yang kita teramat sangat lah kerdil di muka bumi Allah ni, akan tetapi Dengan izinNya, di muliakan kita sebagai KhalifahNya atas bumi ni..... Subahanallah...

Open your eyes...by Maher Zain...

Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..



Ya Rabb we raised our hand...forever we Thank You....
jazzak....

Friday, April 16, 2010

Tazkirah semalam.....

Bismillah...

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman, "jika hambaku berniat melakukan keburukan, jangan kalian (para malaikat)catat kesalahannya sehingga mereka melakukannya, tuliskanlah dengan semisalnya. Jika ia meninggalkannya keana Ku, tuliskan nya satu kebaikan. Jika mereka berniat melakukan kebaikan tetapi belum melakukannya, tulislah untuknya satu kebaikan. jika telah melakukannya, tulislah untuk nya (ganjaran) sepuluh kali ganda hingga 700 kaliganda".



"Hmmm...dengar ni" sapa saya ketika sedang menyelak2 solusi isu 17, dan membacakan Hadith Kudsi yang terpampang di halaman pertama majalah islamik yang sedang kian mendapat nama itu. "Apa agak2 Yati dengan Shida rasa perkara yang nak disampaikan dalam hadis ni?"... "Selalulah membuat baik!" pantas Yati melantunkan idea, dan masing2 tersenyum....

Kalau diteliti hadis ni, terasa sayu sebab Allah menunjukkan bertapa sayang nya Dia kepada hamba2nya. Suatu perbuatan yang tidak baik itu hanya tercatat setelah ianya dilakukan, manakala perbuatan yang baik pula, mula dicatat bermula dari terbitnya niat sehingga ianya di lakukan. Subahanallah... Di beri nya kita bernafas free, Akal yang sihat, rezeki yang melimpah ruah, dan sebagainya. Tapi, bila Dia jentik sikit dengan Ujian, hamba Nya dah mengelabah menyalahkan takdir dan mula berputus asa meneruskan kehidupan...padahal, masa dekat dunia ni, sekejap je, tapi dek kerana putus asa tu, terus disia2kan pulak usianya. Bukankah pntu taubat dan pengampunan Alah tu sentiasa terbuka buat mereka yang BERTAUBAT!!!



Bergitulah sayangnya Allah s.w.t pada kita. Itu baru sikit kasih sayang yang Allah bagi...

Teringat saya tentang sebuah cerita yang dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahwa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di adapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, “Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut zarrah cintaku kepada-Nya.” Berkata Nabi Isa a.s, Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat zarrah itu.”

Berkata pemuda itu lagi, “Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu zarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat zarrah.” Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, “Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat zarrah cintanya Kepada-Mu.” Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahwa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu.” Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, “Aku ini Isa a.s.”Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, “Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya.”



Hebat betul cinta Allah yang hanya sebesar setengah zarah tu. Namaun harini, kerap kita dengari dan meniti di bibir2 remaja, lagu2 yang meletakkan perumpamaan cinta yang melampau2 kepada manusia. INGAT! hakikatnya, ianya hanya pada kata2 dan bukan realitinya..... tertipu kita dengan nafsu yang membodohkan akal..... Siapa yang tertipu?? Hmmm~~

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.

2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.

3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima" :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.”

Moga kita senantiasa besyukur dengan segala nikmat dan kasih sayang yang Allah beri, bersabar dengan ujian yang mendatang, bertaubat pabila tersedar daripada membuat dosa, membawa sahabat2 kita kembali ke jalan Allah bersama2, dan sentiasa berpegang kepada Kitabullah (Al-Quran) serta sunnah Rasulullah s.a.w supaya kita tidak diperbodohkan oleh nafsu dan syaitan yang menipu, selama kita hidup di bumi Allah yang fana ini...Insya Allah...

Jazzak.....[^_^]

Monday, April 5, 2010

"Muhasabah Diri"

Bismillah....

"Iman, kamu cuti hari ini..."

Iman: Assalamualaikum.

Diri: Wa'alaikumsalam. Oh, encik Iman! saya rasa, dah dua-tga minggu kamu tak datang ke pejabat. Kamu cuti ke?

Iman: Apa pula saya cuti, kan saya diberikan cuti...

Diri: Oh, ye. Lupa. Itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah selepas ambil En. Nafsu bekerja. Tapi kelam kabut pula. Lepas terdengar ceramah ustaz di televisyen haritu, sya teringat kan kamu pula.

Iman: Jadi, saya boleh kembali bekerja lah bos? Boleh lah saya mengambil semula jawatan saya daripada En. Nafsu?

Diri: Eh, ta boleh. Sayang lah saya nak pecat En. Nafsu. Walaupun saya terpaksa membayar gaji yang tinggi,tapi, dia berjaya menghiburkan hati saya.

Iman: Kalau macam tu, lebih baik saya berundur...

Diri: Eh, janganlah! Tolonglah saya. Saya tak boleh kehilangan kamu berdua.

Iman: Tapi bos, kami tak mungkin boleh bekerja bersama dalam satu syarikat. Perbezaan kami sangat besar dan saya lihat En. Nafsu tu anti benar dengan saya.

Diri: Serba salah pula saya...

Iman: Bos boleh pilih satu aje... bos perlu mujahadah untuk pecat En. Nafsu.

Diri: Saya tahu, jauh di dasar hati saya, saya sangat perlukan kamu. Iri hati saya lihat syarikat Ustaz kat sebelah. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat jugak En. Nafsu, tak kiralah apa yang berlaku pun. En Iman, saya mahu awak tubuhkan semula jabatan solat, puasa, zikir, al Quran dan apa-apa yang patut.

Iman: Alhamdulillah, nampaknya bos dah membuat satu keputusan yang bijak. Kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ini, saya yakin, bos akan dinaikkan pangkat CEO (oleh Allah) sebagai Al-Muttaqin..


Kita lah bos kepada diri sendiri. Kita yang menguruskan diri kita dan membuat pelbagai pilihan dalam kehidupan sementara yang Allah kurniakan ini. Dia Maha Adil, memberikan kita hak untuk memilih dan nikmat dalam kehidupan supaya kita bersyukur dan sentasa sedar bahawa kita hanya lah hamba yang sangat kerdil disisiNya. Berkorban keinginan demi kepentingan iman lebih manis daripada mengorban kan keimanan demi nafsu. Berusaha mendekati Allah serta mendalami dan memperjuangkan ajaranNya itu jauh lebih baik daripada mengikut nafsu dan mempercayai hasutan nista syaitan yang direjamm.... ~



Muhasabah diri itu penting dalam mengorak langkah ke alam yang lebih matang...
Berusaha lawan nafsu (jihad besar) bersama2 ok =)
InsyaAllah...