Friday, April 16, 2010

Tazkirah semalam.....

Bismillah...

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman, "jika hambaku berniat melakukan keburukan, jangan kalian (para malaikat)catat kesalahannya sehingga mereka melakukannya, tuliskanlah dengan semisalnya. Jika ia meninggalkannya keana Ku, tuliskan nya satu kebaikan. Jika mereka berniat melakukan kebaikan tetapi belum melakukannya, tulislah untuknya satu kebaikan. jika telah melakukannya, tulislah untuk nya (ganjaran) sepuluh kali ganda hingga 700 kaliganda".



"Hmmm...dengar ni" sapa saya ketika sedang menyelak2 solusi isu 17, dan membacakan Hadith Kudsi yang terpampang di halaman pertama majalah islamik yang sedang kian mendapat nama itu. "Apa agak2 Yati dengan Shida rasa perkara yang nak disampaikan dalam hadis ni?"... "Selalulah membuat baik!" pantas Yati melantunkan idea, dan masing2 tersenyum....

Kalau diteliti hadis ni, terasa sayu sebab Allah menunjukkan bertapa sayang nya Dia kepada hamba2nya. Suatu perbuatan yang tidak baik itu hanya tercatat setelah ianya dilakukan, manakala perbuatan yang baik pula, mula dicatat bermula dari terbitnya niat sehingga ianya di lakukan. Subahanallah... Di beri nya kita bernafas free, Akal yang sihat, rezeki yang melimpah ruah, dan sebagainya. Tapi, bila Dia jentik sikit dengan Ujian, hamba Nya dah mengelabah menyalahkan takdir dan mula berputus asa meneruskan kehidupan...padahal, masa dekat dunia ni, sekejap je, tapi dek kerana putus asa tu, terus disia2kan pulak usianya. Bukankah pntu taubat dan pengampunan Alah tu sentiasa terbuka buat mereka yang BERTAUBAT!!!



Bergitulah sayangnya Allah s.w.t pada kita. Itu baru sikit kasih sayang yang Allah bagi...

Teringat saya tentang sebuah cerita yang dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahwa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di adapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, “Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut zarrah cintaku kepada-Nya.” Berkata Nabi Isa a.s, Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat zarrah itu.”

Berkata pemuda itu lagi, “Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu zarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat zarrah.” Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, “Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat zarrah cintanya Kepada-Mu.” Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahwa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu.” Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, “Aku ini Isa a.s.”Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, “Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya.”



Hebat betul cinta Allah yang hanya sebesar setengah zarah tu. Namaun harini, kerap kita dengari dan meniti di bibir2 remaja, lagu2 yang meletakkan perumpamaan cinta yang melampau2 kepada manusia. INGAT! hakikatnya, ianya hanya pada kata2 dan bukan realitinya..... tertipu kita dengan nafsu yang membodohkan akal..... Siapa yang tertipu?? Hmmm~~

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.

2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.

3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima" :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.”

Moga kita senantiasa besyukur dengan segala nikmat dan kasih sayang yang Allah beri, bersabar dengan ujian yang mendatang, bertaubat pabila tersedar daripada membuat dosa, membawa sahabat2 kita kembali ke jalan Allah bersama2, dan sentiasa berpegang kepada Kitabullah (Al-Quran) serta sunnah Rasulullah s.a.w supaya kita tidak diperbodohkan oleh nafsu dan syaitan yang menipu, selama kita hidup di bumi Allah yang fana ini...Insya Allah...

Jazzak.....[^_^]

No comments:

Post a Comment