Monday, April 5, 2010

"Muhasabah Diri"

Bismillah....

"Iman, kamu cuti hari ini..."

Iman: Assalamualaikum.

Diri: Wa'alaikumsalam. Oh, encik Iman! saya rasa, dah dua-tga minggu kamu tak datang ke pejabat. Kamu cuti ke?

Iman: Apa pula saya cuti, kan saya diberikan cuti...

Diri: Oh, ye. Lupa. Itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah selepas ambil En. Nafsu bekerja. Tapi kelam kabut pula. Lepas terdengar ceramah ustaz di televisyen haritu, sya teringat kan kamu pula.

Iman: Jadi, saya boleh kembali bekerja lah bos? Boleh lah saya mengambil semula jawatan saya daripada En. Nafsu?

Diri: Eh, ta boleh. Sayang lah saya nak pecat En. Nafsu. Walaupun saya terpaksa membayar gaji yang tinggi,tapi, dia berjaya menghiburkan hati saya.

Iman: Kalau macam tu, lebih baik saya berundur...

Diri: Eh, janganlah! Tolonglah saya. Saya tak boleh kehilangan kamu berdua.

Iman: Tapi bos, kami tak mungkin boleh bekerja bersama dalam satu syarikat. Perbezaan kami sangat besar dan saya lihat En. Nafsu tu anti benar dengan saya.

Diri: Serba salah pula saya...

Iman: Bos boleh pilih satu aje... bos perlu mujahadah untuk pecat En. Nafsu.

Diri: Saya tahu, jauh di dasar hati saya, saya sangat perlukan kamu. Iri hati saya lihat syarikat Ustaz kat sebelah. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat jugak En. Nafsu, tak kiralah apa yang berlaku pun. En Iman, saya mahu awak tubuhkan semula jabatan solat, puasa, zikir, al Quran dan apa-apa yang patut.

Iman: Alhamdulillah, nampaknya bos dah membuat satu keputusan yang bijak. Kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ini, saya yakin, bos akan dinaikkan pangkat CEO (oleh Allah) sebagai Al-Muttaqin..


Kita lah bos kepada diri sendiri. Kita yang menguruskan diri kita dan membuat pelbagai pilihan dalam kehidupan sementara yang Allah kurniakan ini. Dia Maha Adil, memberikan kita hak untuk memilih dan nikmat dalam kehidupan supaya kita bersyukur dan sentasa sedar bahawa kita hanya lah hamba yang sangat kerdil disisiNya. Berkorban keinginan demi kepentingan iman lebih manis daripada mengorban kan keimanan demi nafsu. Berusaha mendekati Allah serta mendalami dan memperjuangkan ajaranNya itu jauh lebih baik daripada mengikut nafsu dan mempercayai hasutan nista syaitan yang direjamm.... ~



Muhasabah diri itu penting dalam mengorak langkah ke alam yang lebih matang...
Berusaha lawan nafsu (jihad besar) bersama2 ok =)
InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment