Firman Allah;
"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani." Yang demikian itu disebabkan karena di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) karena sesungguhnya mereka tidak menymbongkan diri." (Surah Al Maa-idah ayat 82)
Palaestin...palestine...palestin....
Bumi yang dibasahi darah para syuhada setiap hari....Allahuakbar...!!
Semalam, berkesempatan saya dan para akhwat seperjuangan, bertemu seorang wanita yang datang dari bumi para Palestin, berbicara tentang keadaan palestin hari ini. Tidak terlihat sedikitpun keluhan daripada wanita ini melainkan ucapan semangat dan memohon doa dan sumbangan daripada saudara2 kita daripada Malaysia. Wajah wanita yang penuh dengan kisah duka yang dibaluti dengan semangat jihad dan kesabaran. Wanita yang dikenali sebagai Ummu Muhammad (ibu kepada Muhammad) ini bercerita tentang keSyahidan suaminya di bumi barakah itu....
Sesuatu yang agak hairan didengari adalah, di sana, para isteri memohon sang suami mereka bertemu syahid. Sayangnya mereka dengan syurga Allah, jauh lebih besar dan lebih dalam daripada sayangnya mereka untuk mahu hidup dengan para suami mereka sehingga tua di dunia. "Para syuhada adalah mereka yang terpilih, dan suami saya orang yang telah terpilih. Saya tidak menitiskan walau setitis pun airmata, tatkala suami saya syahid kerana ianya bukan suatu kesedihan untuk diratap, akan tetapi, ianya suatu kegembiraan yang hakiki.." katanya dengan penuh bersemangat. Ibu kepada tiga orang anak ini kehilangan suaminya pada tahun 2004. Ummu Muhammad sentiasa mengingatkan anak-anaknya supaya tidak menitiskan air mata terhadap kesyahidan ayah mereka dan meyakinkan mereka yang ayah mereka sebenarnya senantiasa bersama mereka.
Ini mengingatkan kita tentang Firman Allah yang bermaksud;
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita" (Ali 'Imran ayat 169-170)
Sesuatu yang saya kira agak menyedihkan dan sangat diluar dugaan adalah, para mujahidin wanita, meletupkan diri mereka untuk jihad. Para wanita lebih mudah untuk tembus ke dalam kem2 zionist dan apabila mereka sampai di kawasan utama mereka akan meletupkan diri mereka...Allahuakbar!!
Kami juga diberitahu tentang penggunaan penggunaan nama "bani israel" adalah suatu yang mereka tidak amalkan, kerana (menurut anak perempuan Ummu Muhammad) mereka ini, menamakan diri mereka Bani Israel, untuk mendapatkan hak tanah di bumi palestin dan mereka tidak dipanggil sebagai Bani israel disana. Di sana, mereka digelar "Bani Sohyun" ataupun Zionist.
Anak2 Ummu Muhammad menyanyikan lagu perjuangan Palestin dengan penuh bersemangat pada akhir perbualan ini. Walaupun ianya dinyanyikan didalam bahasa ibunda mereka, akan tetapi, nyanyian anak2 kecil ini cukup bersemangat sehingga kami yang hadir dapat merasakan kebangkitan suatu semangat jihad yang berkobar-kobar. MasyaAllah~
Tidak walau sepatah keluhan pun yang keluar daripada bicara ibu muda ini sepanjang beliau mengisahkan keadaan di sana. Semangat jihad yang cukup tinggi dapat saya rasakan hanya dengan menatap wajahnya dan ketegasan suaranya (walaupun berbahasa arab). Ditatapnya mata setiap kami, umpama menyuntik serum semangat jihad yang lama hilang dek kerana kesenangn hidup dan kelalaian dengan kehidupan dan dunia. Beliau membuka mata para ikhwan dan akhwat yang hadir pada malam itu dengan semangat mujahid beliau sendiri....
Allah kurniakan kita kenikmatan dan keselesaan hidup yang melimpah ruah, akan tetapi, hanya berapa kerat sahaja yang bersyukur dan MENGINGATI saudara kita yang sedang bertarung untuk menegakkan Islam di seluruh dunia? Menegakkan syariat Allah di negara sendiri pun masih merasa ragu-ragu..... Mengapa masih ramai yang takut berjuang kerana Allah? Walhal masing2 tahu akan kebenaran Islam dan percaya kepada kewujudan yang Maha Satu, Allah swt...? Tepuk dada tanya Iman... kita adalah Abdullah (hamba Allah) jadi, jalankanlah tanggungjawab kita sebagai salah seorang hambaNya... InsyaAllah.. [reminding myself too]....
Jazzak...
No comments:
Post a Comment