Bismillah....
Rintih seorang hamba Allah yang sangat kecewa dengan hidupnya :
"Susah la.. Aku nak dekat dengan Allah, tp kadang2 aku rase Dia tak Adil pd aku.. Aku dah cuba nak jadi baik, tapi Allah asyik uji aku aje....aku da letih...kdg2 aku give up sbb Allah tak makbulkn doa aku..........."
Puas juga nak nasihatkan kawan sorang ni tentang prasangka buruk dia pada Allah ni. Bermesyuarat juga saya dengan teman sebilik untuk memberi sebaik2 jawapan pada persoalan yang membuku di benak hamba Allah yang sorang nih....
"Kesian lah kawan akak ni" cuit ku pada kakak sebilik yang sedang berhempas pulas menjawab persolalan sang sahabat yang merintih tu. "Tu la pasal. Pening akak nak menjawab neh... adoiyai..."... kusut kakak sorang ni nak menjawab.. "Allah uji kita, sebab nak mematangkan kita, dan menambahkuatkan keimanan kita.. tapi dia tak faham lah...." sambung nya lagi. "Iye kak..." pantas saya mengangguk setuju....
kotak y.m berdetip-detip lagi...
"Kalau Dia bg aku ckit bahagia pon ckp...aku tanak kaye..cume bahagia....
aku jeles ngan org yg hidup dia senang dan tak banyak halangan..." terpacul text daripada sang hawa yang musykil dan suka mengeluh2 tu....
"Kak meh ikin take over kejap..." pantas saya menaip...."Sabar...sabar....sebab kita x sabar... kita selalu buat dosa..." panjang lebar kami menaip dan mencari jawapan yang sesuai untuk sahabat yang seekor ni malam tuh... Panjang lebar kami berdua berbual tentang hamba Allah yang bagi statement kontroversi tentang Allah tu, lepas offline daripada y.m chatbox tu.
Setiap insan pasti akan diuji Allah cuma cara dan situasi yang berbeza. Cara penerimaan pun berbeza. Allah tahu takat kemampuan kita, bahkan lebih tahu tentang diri kita, daripada kita mengenali diri sendiri. Dalam kes ni, mungkin rasa bersyukur tu tak dipraktikkan dalam kehidupan seharian dia. So, when she face such circumstances, dia rasa Allah abaikan dia dan tak adil. To be honest, as muslims, memang tak patut perkataan macam tu keluar daripada mulut kita. BANYAKKKKK SANGATTT NIKMAT yang Allah bagi dan ramai yang lupa bersyukur. Tapi bila Allah jentik sikit dengan ujian, melenting pula sambil meng"highlight"kan ketidak adilan tuhan... Ish Ish Ish... I am speechless [~.~]
Kita memang selalu lupa untuk bersyukur (jangan biasakan diri untuk lupa bersyukur), and the best way to remind ourselves is by looking at the world outside us, and observe those whom live in an unfortunate life..
listen to this song sang by Ahmed Bukhatir (forgive me...)
I've translated the song;
"Forgive me when I whine"
(Maafkan aku bila aku mengeluh)
Hari ini aku menaiki bas,
Aku terlihat akan seorang kanak2 perempuan,
rambut nya bewarna ke-emasan,
Dan berharap aku secantik nya,
Tiba2 dia bangun untuk turun,
Aku melihat dia berjalan tempang di laluan itu,
Dia hanya punya satu kaki dan memakai tongkat.
Apabila dia melintasiku, dia tersenyum.
Ya Tuhanku, maafkan aku bila aku mengeluh.
Aku punya dua kaki dan dunia ini milikku...
Aku berhenti untuk membeli manisan.
remaja lelaki yang menjualnya, indah parasnya,
Aku bercakap dengan nya, dan dia merasa gembira.
Jika aku terlewat, tidak mengapa.
Dan ketika aku meninggalkannya, dia berkata kepadaku,
"Terima kasih kerana berlaku baik pada ku.
"Seperti yang awak lihat" katanya "saya ini buta..."
Ya Tuhanku, maafkan aku bila aku mengeluh.
Aku punya dua mata yang celik dan dunia ini milikku...
Aku terlihat seorang anak kecil bermata biru,
Hanya berdiri melihat yang lain bermain2,
Dia tidak tahu harus berbuat apa.
Aku berhenti dan bertanya,
"Sayang, mengapa kamu tidak bermain dengan yang lain?"
Dia mendongakkan kepalanya tanpa berkata apa2.
Kemudian aku sedar yang dia pekak.
Ya Tuhanku, maafkan aku bila aku mengeluh.
Aku punya dua telinga yang mendengar dan dunia ini milikku...
Dengan kaki membawa ku kemana-mana,
Dengan mata aku melihat matahari menyinar,
Dengan telinga aku mendengar apa yang aku tahu,
Ya Tuhanku, maafkan aku bila aku mengeluh....bila aku mengeluh...
Aku telah diberi rahmat, dan dunia milikku....
Semoga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur dan rajin2 kan diri meng'explore' hikmah yang Allah titipkan dalam tiap2 ujian yang kita tempuhi dalam hidup ni.... InsyaAllah... Jazzak..
No comments:
Post a Comment