Kelibat jiran rapat, hadir memberi salam dan menghulurkan nasi lemak.
"Terima Kasih cik Kamariah"
Tak pernah berhenti memberi, jiran yang disayangi macam keluarga ni.
Dah lama tidak bertemu, mula bersembang bertanya khabar, keluarga.
"Jangan lupa untuk rajin-rajin bertawassul, Shikin. Makcik duduk dengar ceramah tentang tawassul daripada seorang ustaz di UTM, dan amalkan "....
"Cik doakan Hakim lulus peperiksaan di German, dalam keadaan bertawassul atas amalan-amalan kecil dengan niat kerana Allah...... yang mampu acik buat... Kata Hakim, soalannya terlalu susah...." bersungguh cerita Cik Kamariah dengan nada yang agak sayu...
Kata beliau, tidak lama kemudian, terima perkhabaran daripada anak di seberang lautan, mengucap syukur kerana terasa doa ibunya dari seberang..
"Doakan mak Shikin tu ya, semoga atas sekelumit amalan kebaikan atau sedekah kita, Allah ringankan kesakitan mak.. inshaAllah"
Walaupun nasihatnya tenang, namun meresap jauh ke dalam saraf-saraf keimanan yang lemah dalam hati ini...
Cik Kamariah sangat rajin berkebun orangnya.. Setiap pagi menginfaq kan tenaga di tanah simpang sekangkang kera, depan rumah untuk menanam pelbagai tanaman... daripada cili, hingga ke pokok bunga..
Tidak kalah kebunnya, tetap menghijau dan segar dek kerajinannya setiap hari.
Daripada rutin dan amalan harian jiran yang sangat disayangi ini,
Mungkin ada halangan jalan yang di alih...
sumbatan longkang yang dibersih..
hasil tanaman yang dipetik jiran dan di mamah menjadi rezeki haiwan dan serangga...
semuanya kebaikan-kebaikan,
tidak kira kecil atau besar,
kerana kita tidak tahu yang mana Allah terima...
Note to self: menerima nasihat ni, rezeki dari Allah juga...🌹