Jumpa gambar dalam folder lama…. Alkisah lama…
Tau pun senyap..... |
Jadi si kecik ni tak mahu duduk diam. Bising, waktu ujian.
Ramai yang terganggu. Bukan itu sahaja, tambah rencah melawan cakap cikgu
pulak. Memang nak kena masak kari budak sorang ni, hari ni.
Nah, cikgu parking kan awak sebelah abang sado.
Masing-masing bertentang mata sesaat dua, terus diam seribu bahasa.
Cara kita didik dengan bahasa kehidupan….
Ketegaq sangat…
…………………………………..
Pelajaran buat yang tua…
Jadi, kita ni, ada yang tak suka nak solat, kurang gemar
dengan majlis ilmu, siap ada yang memperlekeh agamawan atas nama liberalisasi.
Satu hari, Allah letak kita sebelah singa, sesombong mana pun lagak kita, akan terus
menadah tangan memohon doa…
Cara Allah nak didik kita, dengan Keagungannya…… sebab,
Kita pun degil juga…
Faham ke idok?
No comments:
Post a Comment