Tuesday, June 6, 2017

Putting the fire off! "Betul bang, saya memang bodoh"



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


So nafisah kurang ceria pada suatu hari. Sebab dia hampir bergesel dengan motor yang amat laju melintasinya dari belakang ketika ingin mengundurkan kenderaan. Abang motor yang laju mengelak dengan pantas pabila boot Honda Accord muncul perlahan-lahan ke atas jalan raya. 

Disangkanya sudah tamat kisah kejutan abang motor dipagi hari kerana tiada kemalangan jiwa dan motor pun sudah menderum pergi, namun sangkaan Nafisah meleset. Abang motor berwajah merah padam kemarahan, patah balik dan mengejar lalu mengarahkannya berhenti.

Dimarahnya adik manis ni ini bertubi-tubi…. 

“Nafisah jawab apa pula dekat abang tu?” geram saya mendengarnya…

“Kita cakap kan….Betul bang, saya salah. Lepastu abang tu cakap kita bodoh kak!

Lah! Lepastu? 

Then kita pun jawab….

“Betul bang saya memang bodoh”  ….

“Dah tu?” teruja saya nak mendengar pengakhiran kisah nya

“Abang tu bengang kak, dan dia pun tak tau nak cakap apa dah…” gelak Fisah….

Life Lesson:
Sometime, we only need a few humble and silly words to put the fire off…..
Rather long speeches to win the conversation…


#ramadhan kareem

No comments:

Post a Comment