Sunday, June 4, 2017

Jumaat, Kain Gombang dan Undang-Undang Jalan....

Bertemunya Jumaat lepas,
Penghulu segala hari,
Dalam bulan Ramadhan,
Penghulu segala bulan,

Hebat, hari tu.... It was the day that I learnt a new obnoxious culture of 'Friday prayers' jamaah'  ..... okay, not obnoxious laa..., but slightly awkward...

Macam biasa, masing-masing double park kenderaan di jalan masjid UTM yang 'luas' sangat tu. Faham, semua nak solat. Cuma, bad timing la nak menyusup masuk bila masa tu semua jemaah baru sahaja habis urusan ibadah jumaat.... 

Lambakkan umat berkain gombang keluar daripada masjid menuju ke kenderaan masing-masing. Gigih juga memandu kereta kecik ni nak menyelinap naik ke perkarangan Perpustakaan Sultanah Zanariah yang berada side by side dengan Masjid besar ni.

Tiga laluan utama naik? semua clogged..... congested! 
 (Faham je dan boleh toleransi sebab tau, orang solat Jumaat)

Cubaan pertama belok ke jalan sehala, gagal kerana semua geng kain gombang bermotor somehow 'disembark' beramai-ramai melawan arah 'jalan sehala' tu... so, batal niat.. 

Tembus satu lagi laluan naik jalan dua hala, tapi kena jeling dengan abang berkopiah putih, sambil menggeleng-geleng kepala.... nampak gayanya jalan dua hala tu dah jadi sehala.... and i didn't know 'the new-temporary-rules'.... 

pusing stereng, patah balik kereta asbab ditegur dengan jelingan. 

On the way patah balik pula, ternampak chinese male student yang obviously nampak keruh, macam dapat teguran jelingan yang sama (dari riak wajahnya), juga pusing stereng untuk U-turn... It felt bad tau bila manusia menegur dengan jelingan. I know his feeling. Kita tidak salah, kerana itu memang jalan dua hala!

 senasib!

Last result, park la di pinggir simpang blok fakulti alam bina lama yang tak boleh masuk tu, dan terkedek-kedek naik ke library dan turun semula. Adui puasa... macam mudah je nak marah...

Alhamdulillah, ala kulli hal....

Moral: beribadah, bukan alasan untuk kita melanggar peraturan... darurat tidak mengapa, namun, memangsakan pengguna jalan yang lain dengan jelingan itu memburukkan agama pula.... lebih-lebih lagi dengan pelajar non muslim yang berkeliaran dan tidak faham keletah jemaah-jemaah jumaat ni.

Dakwah dengan akhlak memang mencabar, sebab amarah tu ada dalam semua hati manusia, regardless warna kulit dan kaum... 


Ingat tak kisah Camry putih horn depan masjid? 

pin pinnnn.... kesabaran nak laluuu

This is an awkward lesson... for me..

NO!

for us...

No comments:

Post a Comment