Tuesday, May 31, 2011

~WalimatulUrus~

Bismillah...

Dari Anas bin Malik r.a menyebut Rasulullah s.a.w melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya:

"Kesan apakah ini?" Abdul Rahman menjawab: "Wahai Rasulullah aku sudah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas". Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman bin Auf dan berkata: "Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing". (Muttafaqun alaih)


Sejak-sejak habis praktikal ni, ramai betul kawan-kawan yang mengakhiri zaman bujang (berkahwin). Tau la korang dah abeh belajar kan, ekonomi dah mantopp...hihihi..

Pada yang berjaya mencapai hajat berumah tangga tahun ni, "Selamat Mengakhiri Zaman Bujang"....
Pada yang dah ade calon tapi masih tertunda, "Selamat mempercepatkan Perkara Baik Ni".... mudah mudahan Allah memberkati....
Pada yang bujang lagi....... "mase ni la nak kumpul duit dan prepare rohani"..... hahaha.....

Pada kak Asrimah Bakri yang telah mengakhiri zaman bujang pada tanggal 28 Mei 2011, Ikin(dan semua sahabat2 yang mengenali) ucapkan....."Selamat Pengantin Baru" moga sentiasa bahagia di samping suami terchenta dan kelak mndapat anak2 yang soleh dan solehah InsyaAllah.......Ameen~~

sedikit lagu sinonim kenduri....buat dendangan pembace entry kali ni...hihi [nyanyi le kome sorang2 mase membace iye.....hihihihi]

Kompang dipalu, pengantin baru
duduk bersanding tersipu malu,
Kompang di palu, pengantin malu
Moga bahgia ke anak cucu......




Sampai juga hajat mendirikan rumah tangga. Indahnya cinta yang diberkati... Alhamdulillah... korang yang membace ni, bile lagi nih..[^..^]

Sedikit dedikasi puisi buat mempelai baru [sori kak As, Ikin tak pandai buat puisi, tapi pandai bace orang lain punye....hihihihi]
For you guys/girls yang suka novel cinta, mesti familiar dengan bait-bait puisi ni..
[novelist: Habiburrahman El Shirazy- Ketika cinta bertasbih]

"Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cita kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri...

meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..

kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.."


p/s: rezeki, jodoh, dan maut itu rahsia Allah.... berdoalah agar kita, sahabat2 kita dan semua yang kita kenali mendapat yang terbaik daripada Allah s.w.t.

Jazzak~

2 comments:

  1. cantikla padanan gmbr n kata2 tu..sy mohon share kat blog sy erk...

    http://nikmatsyukur.blogspot.com/2011/06/mencukupkan-entry-ke-200-hari-ni.html

    n sy follow awk! nice blog

    ReplyDelete