Alhamdulillah, rasa lega.......
Practical ends.... macam2 perasaan ada..
Suka ada, sedih ada, terharu ada....macam2 perasaan lagi lah...
Sekolah harini, masyaAllah....penuh dugaan dan cabaran tersendiri:
>Ibu bapa risaukan anak2....
>Pengetua risaukan prestasi sekolah...
>Guru2, risaukan pelajaran para pelajar.....
>Penolong hal ehwal pelajar dihujani kes2 penyangak skolah....
>Guru kaunseling hari2 menghadap pelajar bermasalah (dan pelajar yang sengaja nak ponteng...hishhh)...
>Cleaner risau melihatkan kawasan skolah yang bersepah tunggang-langgang...
>Pekebun sekolah geram dengan tangan2 gatal yang merosakkan bunga2 yg ditanam..
>Makcik kantin hari2 fikir nak masak ape......
>Pustakawan dok buzy dengan buku dan pusat sumber....
>Pak Guard, buzy mengawal keluar masuk di pintu gate sekolah
>Pengawas sibuk jaga gate, kantin, corridor, dan perhimpunan etc....
>Geng ponteng risau kalau cikgu disiplin nampak pintu cabut rahsia diorang.......cehh...
hahaha....macam2 lagi watak available dekat sekolah....
Lots of roles to play. Itulah dunia sekolah...hihi
Tiba2 terFLASHBACK zaman persekolahan mase dulu2....
Loyar buruk memang jadik amalan....Aduih....
Banyak perkataan baru yang terkeluar daripada mulut budak2ni....Ntah ape-apelah maksudnya. Nak ajuk pun dah tak tahu macam mana. Entah dari manalah perkataan2 tu datang. Tv ke? Majalah ke? Internet ke?
Silap-silap, 10 tahun akan datang, DBP kene tukar banyak maksud perkataan bahasa melayu dalam kamus...hehehe
Silapnya remaja zaman sekarang, kerana silapnya mereka memilih model hidup. Silap memilih ikon hidup.... Silap mereka sendirikah? silap guru kah? atau, silap ibubapa kah?
“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, diwaktu ia memberi pelajaran kepada anaknya : “Hai anakku.. janganlah kamu mempersekutukan ALLAH, sesungguhnya mempersekutukan ALLAH adalah benar-benar kedzaliman yang besar..” (QS. Luqman 13)
Ayuh kita lihat apa pesan Luqmanul Hakim seorang hamba Allah yang soleh (hingga tersebut tentang kisahnnya di dalam Al Quran) pada anaknya .....
Wahai anakku.. Sesungguhnya laut ini dalam, banyak sudah manusia yang tenggelam, maka jadikanlah taqwa sebagai bahteramu, iman sebagai kemudinya, dan tawakkal sebagai layarnya.. Semoga kamu selamat..
Wahai anakku.. jangan cemarkan wajahmu dengan meminta-minta, jangan lepaskan kemarahmu dengan keburukan yang mencoreng nama baikmu, dan ketahuilah batas kemampuanmu, niscaya hidupmu bermanfaat..
Wahai anakku.. orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dlm beribadah dan taat kepada Allah, maka dia itu orang yg thawadu'.. lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha mengindari maksiat..
Wahai anakku.. seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerena kesalahan yang kamu lakukan, maka kemarahan mereka itu bagaikan baja untuk tanaman yang menyuburkan dan membawa kebaikan..
Wahai anakku ketahuilah.. memindahkan batu besar dari tempatnya itu lebih mudah daripada mengajar orang yang tidak mahu menerima pelajaran..
Wahai anakku.. apabila engkau dihadapkan pada dua pilihan, antara menziarahi orang mati atau datang ke pesta pekawinan, maka pilihlah untuk menziarahi orang mati, karena ia akan mengingatkanmu pada akhirat, sedangkan datang ke tempat orang kawin hanya mengingatkanmu pada kesenangan duniawi..
Wahai anakku.. janganlah kamu telan saja kerena manisnya suatu makanan dan jangan kamu muntahkan karena rasa pahit.. manis belum tentu menjadikan sihat dan pahit belum tentu mendatangkan kesengsaraan..
Wahai anakku.. bukan suatu kebaikan namanya bila kamu selalu mencari ilmu tapi kamu tidak pernah mengamalkanya.. kerana ia sama seperti orang yang mencari kayu bakar, yang setelah banyak dia tak mampu memikulnya.. padahal dia masih mau menambahnya..
Wahai anakku.. bila kamu mau mencari kawan sejati, maka ujilah lebih dulu dengan pura-pura membuat dia marah. Dan bila pada saat dia marah itu, dia masih berusaha menginsafkanmu.. maka bolehlah engkau ambil dia sebagai kawan.. jika tidak demikian, maka berhati-hatilahlah..
Wahai anakku.. bila kamu berteman, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu darinya. Biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu..
Wahai anakku.. bergaulah dengan orang yang alim dan berilmu.. perhatikan kata-kata nasihatnya, karena sesungguhnya hati akan menjadi sejuk mendengar nasihatnya dan hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya, bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan..
Wahai anakku.. ambillah harta dunia seperlunya saja.. dan nafkahkan selebihnya untuk bekalan akhiratmu.. jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang sampah semuanya, kerana engkau nanti akan menjadi pengemis yang membebani orang lain. Sebaliknya.. janganlah engkau peluk dunia ini dan meneguk habis airnya karena sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu hanyalah tanah belaka..
Wahai anakku.. aku mewasiatkan kepadamu tentang lapan perkara.. Jagalah hatimu dalam solat, jagalah pandanganmu ketika berada di rumah orang, lidahmu dalam majlis, jagalah perutmu dari keserakahan. Juga ingat dua hal dan lupakan dua hal.. Ingatlah Allah dan kematian, serta lupakanlah kebaikanmu pada orang lain dan kesalahan mereka kepadamu..
MasyaAllah.......
Moga pesan Luqman ini bukan hanya kita sampaikan setelah menjadi ibu atau ayah sahaja, bahkan sampaikanlah pada sesiapa sahaja di sekeliling kita... sahabat, pelajar, sesiapa pun......
Jazzak......
No comments:
Post a Comment