Dah beberapa hari hujan turun berturut-turut... sekejap panas dan sekejap hujan, sampai ada yang demam-demam...hihi
Ujian.....Ujian.... bak kata Raihan dalam lagu "kehidupan"
"Ujian adalah tarbiyah dari Allah,
Apakah kita kan sabar, ataupun sebaliknya,
kesenangan yang datang , selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..."
Maha suci Allah, Ar-Rahman, Ar-Rahim..... memberikan hambanya nikmat dengan kasih sayangnya, dan memberikan ujian kerana rinduNya pada hamba2nya dan sebagai penghapus dosa2 mereka..
Makanan yang sedap, pakaian yang indah, tempat tinggal yang selesa, kedua orang tua, sahabat, kesihatan, dan panca indera, etc....
Nikmat mana lagi yang kan kita dustakan...... Apa alasan kita untuk menolak hukum dan tidak patuh pada Allah?
“ Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya “
(Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)
p/s: entry kali ni khas buat diri sendiri sebenarnya... saje2 nak brainwash otak sendiri. Andai ianya bermanfaat pada korang, Alhamdulillah.....hihihi
No comments:
Post a Comment