Friday, March 18, 2011

Musibah....Bila Allah menegur hambaNya.....

Bismillah......


Maha suci dan Agung Allah yang menciptakan alam dan segala isinya, bintang, bulan dan seluruh galaksi.. He is Al Khaliq, the creator. Akhir-akhir ni, banyak sangat kta dengar khabaran tentang bencana yang amat membimbangkan dan teramat banyak bilangan nyawa yang hilang. Recent news, tentang bencana alam, adalah Tsunami di Jepun . Banjir yang menelan cukup banyak nyawa, dan kemusnahan besar-besaran. Innalillah...Dan KepadaNya jualah kita kembali... Bila terlalu banyak bencana dan malapertaka, nampaknya Allah sedang berbicara dengan kita.....

Ada yang menyalahkan pencemaran, pembangunan, dan tidak kurang juga yang menghighlightkan 'akhlak' dan akidah yang rosak sebagai puncanya diturunkan musibah.
So, siapa yang salah? Tanyalah diri sendiri ('Tanyalah Ustaz' pun molek juga....hihihi)

As a muslim, kita terdidik dengan 'mengaitkan musibah yang berlaku dengan kekhilafan dan perbuatan mungkar yang berleluasa bukan?
Tiba-tiba teringat kepada sebuah buku yang dikarang dan dikaji oleh Harun Yahya satu ketika dahulu.."kaum-kaum yang pupus"... Majoriti kaum-kaum yang musnah binasa terdiri daripada mereka yang sudah rosak akhlaknya...[Bukan rosak lagi, dah tak berakhlak dah]



Sungguh, Al Quran dipenuhi dengan pelbagai kisah2 kaum2 yang mungkar dan bukti-bukti yang nyata.... Ramai yang mengakuinya, tetapi, ironisnya, masih ramai yang membelakangkan yang hak, dan mengutamakan kebatilan selama mana ia mendatangkan keuntungan dunia kan? Semakin jauh kita dengan Allah sebenarnya membuatkan kita semakin jahil dalam menilai dunia.... kita lupa bahawa Akhirat adalah sebaik-baik tempat kembali...

Firman Allah;
''Tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main, dan sesungguhnya Akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan.
(Al-Ankabut [29]: 64)

As a conclusion, memelihara kesucian agama bermakna, memelihara kesucian diri, sekaligus masyarakat dan negara....

Yuk muhasabah diri, keluarga dan kawan-kawan... Adakah kita memainkan peranan sebagai khalifah di mukabumi Allah ini dengan baik dan cara yang betul? sama ada sebagai hamba, anak, adik/abang, sahabat, pekerja atau siapa pun diri kita......?

Bak kata ustaz Pahrol
"Jika Islam digelapkan oleh umat Islam sendiri, maka untuk menyerlahkan kembali cahaya Islam itu, umat Islamlah yang perlu diproses dan dibangunkan terlebih dahulu."

Renung-renungkan....dan renung lama-lama....hihihi

Jazzak...

No comments:

Post a Comment