Saturday, May 15, 2010

"Ceritera Cinta"

Bismillah~

Allah berfirman yang bermaksud;
"Dengan mengingati Allah, Hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra'd:28)


"Ila, tunggu!" jerit Soleha. "Ila tak nak dengar apa2. Apa silap Ila? Ila setia dengan dia. Kenapa? kenapa? kenapa dia tak boleh terima Ila seadanya?" tangis Ila pasrah dan kecewa.

"Ila, Leha ni siapa? Ila ingat Leha tak sayang kan Ila? We're friends, best friends!" tegas Soleha sambil mencengkam lengan sahabat yang sangat disayanginya, sambil cuba menenangkan keadaannya yang bercelaru dan separuh waras itu.

"Ila terlalu sayangkan Asyraf...." tangisnya. Soleha tersangat kesal mendengarkan rintihan sahabatnya. "Ya Allah, Sesungguhnya kau lebih rapat dengan kami, lebih rapat daripada urat nadi kami" monolog Soleha dalam hatinya...

"Ila tak sempurna, sebab tu Asyraf tinggalkan Ila kan? Dia mahukan yang lebih baik, lebih solehah" tangis Ila.

"Ya Allah Ila, bukan kah Leha ada! sahabat lain pun ada, dan yang paling utama Allah ada dan sentiasa bersama hamba2Nya?! "Soleha cuba menenangkan sahabatnya, dan dalam nada yang amat tegas.

"Manusia yang bertuankan nafsu memang takkan pernah puas memburu yang sempurna, walaupun mereka sedar diri mereka pun tidak sempurna." Soleha semakin tenang nadanya.
Ingat janji Allah dalam surah An Nur, ayat 26; "Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula."

"Itu Kata-kata Allah tu, Ila tak percaya ke?" ulas Soleha panjang lebar.
Tangisan Ila semakin reda dan renungannya beralih ke wajah tenang Soleha. Terdetik satu per satu penyesalan di hatinya kerana tidak pernah menghiraukan teguran sahabatnya itu suatu masa dahulu ketika dia membuat keputusan untuk menerima hubungan istimewa daripada seorang lelaki dalam hidupnya. Nafsu dan keinginannya mendominasi keimanannya ketika itu, dan Soleha padanya, hanyalah pengganggu kebahagiaannya ketika itu.

"Leha, Ila ingat Leha cakap pasal cinta yang mendatangkan ketenangan, yang membahagiakan dan yang suci...." kata Ila yang seperti terawang-awang mengingat butir nasihat yang pernah dihadiahkan oleh Soleha suatu ketika dahulu.

"Ila dah lost... Ila dah menghinakan martabat cinta yang sepatutnya Ila letakkan tinggi dalam hidup Ila.. Ila sengsara harini, sebab Ila menghinakan Cinta yang sepatutnya Ila abdikan untuk Allah. Ila lalai dan melahirkan kebahagiaan di dalam kemurkaan Allah. Ya Allah, Leha, Ila dah berdosa besar! Memang layak Ila terima semua kesakitan ni. AllahuAkbarr, ampunkan aku!" airmatanya sudah tidak terseka lagi. Soleha masih lagi menggengam erat tangan saudara yang sangat dikasihinya itu...

"Apa Ila nak buat sekarang Leha... Ila lost!" sedu Ila.

Firman Allah; "Dan tidaklah kami ciptakan Jin dan Manusia itu, melainkan hanya untuk beribadah (kepada kami)" (Az-Zariyat :56)

"Kita jalankan tanggungjawab kita Ila, Tanggungjawab sebagai seorang hamba di mukabumi Allah ni" Soleha mengulas tenang.

"Hati Ila tak tenang Leha.....Langsung tak tenang...." keluhnya disusuli sendu yang masih berbaki dari tangisannya yang teresak-esak tadi.

"Hati kita milik Allah Ila. Hanya Dia memegang hati hamba2Nya. Mohonlah kepada sang Pencipta yang memegang hati kita supaya terpelihara daripada lalai kepada dunia..." terdetik di minda Soleha untuk berkongsi akan suatu kisah yang pernah dibacanya dahulu.



"Pernah suatu ketika dahulu, seorang lelaki bertemu dengan sahabat Rasulullah SAW bernama Abdllah bin Mas'ud. Lelaki itu bertanya mengenai cara-cara untuk menghindarkan kegelisahan.

Abdullah bin Mas'ud berkata:
Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama ke tempat orang membaca Al Quran tidak kira samada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain. Kedua, kamu menghadiri majlis ilmu yang mengingatkan kamu kepada Allah. Ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya pada waktu malam dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepadanya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati. Jika selepas melakukan semua itu,jiwamu masih tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar diganti hatimu dengan hati yang lain kerana sesungguhnya hati yang kamu miliki sekarang, bukan hatimu." Soleha menamatkan kisah itu.

"MasyaAllah, sehingga memohon menukarkan hati. Ianya menunjukkan bertapa kegekisahan itu perkara yang cukup tidak disenangi dan ketenangan sebagai suatu nikmat yang patut kita hargai dan kekalkan Ila...." sambung Soleha lagi. Ditatap wajah Ila bagaikan itu amanat terakhirnya buat sahabatnya, sebelum izrail menjemputnya...

"Kenapa perasaan cinta tu menyakitkan Soleha?" terpacul kecurigaan Ila satelah lama dia merenungkan kesilapannya.

"Hakikat cinta itu sebenarnya cinta itu buta, pekak dan bisu. Butanya ia kerana kita tidak akan pernah tahu siapa dia yang akan memperoleh cinta kita. Pekaknya kerana cinta yang suci tidak mendengar bicara manusia yang rapu. Bisunya ia kerana cinta itu tidak akan pernah terluah oleh kata-kata yang sia-sia. Hanya orang yang bercinta merasakannya dan hanya orang yang benar bercinta dan ikhlas bercinta akan merasakannya. Ayat-ayat cinta yang selalu terluah di bibir manusia hakikatnya kebanyakannya adalah bertunjangkan nafsu semata kerana cinta sebenar adalah buta, pekak dan bisu" terang Soleha, semakin tenang menatap wajah sahabatnya yang telah terluka parah di medan perjuangan cinta dunia yang sangat menyiksakan dirinya..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Cinta itu suci dan kehadirannya bukan melalaikan kita, malah menjadikan kita tenang dan bersyukur serta lebih peka dengan keadaan keliling kita...

Marilah kita kenali Cinta yg takkan pernah mendatangkan derita dalam hidup kita iaitu Cinta kepada yg Maha Kekal.......

Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (ikutilah Muhammad saw.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. (Ali Imran: 31)

Jazzak~

2 comments:

  1. bile nk smbung lg ni??
    :-?

    ReplyDelete
  2. writing ni untuk tester...
    hehe....
    ending dgn hadith je...sbb busy sikit...sowi~
    Insya Allah, kalau x busy, buat buku trusss...
    hihihi
    Aminnn.... =p

    ReplyDelete