Tuesday, May 4, 2010

Sistem "Koc wanita" (gerabak khas untuk wanita sahaja)

Bismillah....

“Barangsiapa yang mengerjakan amalan soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan kami beri balasan pula kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (An Nahl: 97)


Pendekatan yang sangat baik untuk kehidupan yang InsyaAllah lebih selesa. Baru-baru ni, KTM bertindak sangat bijak dengan mengadakan gerabak khas untuk penumpang wanita, memandangkan 60% daripada pengguna KTM adalah wanita, setiap hari. Koc wanita yang pertama di Negara ini yang memulakan operasi untuk laluan Sentul - Pelabuhan Klang buat pertama kalinya pada 27 April 2010.

Gerabak yang bertemakan "Wanita Sahaja Sepanjang Masa" boleh dikenal pasti menerusi pelekat berwarna merah jambu yang lekat pada tingkap dan pintu komuter.



Penumpang boleh juga menggunakan dua gerabak yang lain (campur)akan tetapi, gerabak khas ini, hanya boleh dinaiki penumpang wanita sahaja.

Menggunakan tema ‘Wanita Sahaja Sepanjang Masa, Ladies Only At All Times’ koc wanita ini berada di gerabak yang tengah dan dibezakan dengan pelekat khas koc wanita yang berwarna merah jambu (pink)



Pengenalan Koc Wanita ini adalah bertujuan untuk memberi lebih keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. Walau bagaimanapun, kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama pengiring/saudara wanita mereka dibenarkan menaiki koc ini.


I've experienced travels with this women's coach. Memang best dan selesa, except, when a few men went in, and filled the seats (while many other female passenger are standing) and laugh with their other male friends. Hish, takkan la tak nampak the pink stickers, the pink banners, and takkan diorang tak sedar yang the coach are filled with WOMENs! More over, semua pintu ada sticker "Women's Coaches" siap warna pink dan di tulis dengan 4 bahasa! Hm, nasib baik ada polis KTM di beberapa perhentian, masuk ke gerabak dan check. Lagi satu perkara yang sangat mengusik hati, masa inilah, yang sang hawa yang berpakaian menyerupai lelaki (tomboy) mengaku perempuan bila sama2 bersaing naik ke koc wanita...hihihi. Terkejut jugak saya melihatkan gelagat budak lelaki yang berasak-asak ke koc wanita (rupanya budak perempuan).

Idea koc wanita ni memang bernas dan sangat banyak kelebihannya. Tapi kalau dari dulu lagi, pihak yang berwajib ni, mementingkan dan menitik beratkan batas syar'e antara lelaki dan perempuan, mesti women's caoches ni dah lama di wujudkan...hihihi...

Ha, lagi satu, KTM Komuter mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan mengenai Koc Wanita ini. Cadangan dan pandangan boleh dihantar ke komuter4u@ktmb.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTM Berhad di 1300-88-5862.

Jom sama2 suggest untuk perkhidmatan yang lebih baik okeh?
Jazzak~~

No comments:

Post a Comment