Bila anak-anak saudara sudah
ramai, suka pula menyakat mereka dengan ajukan pelat dan ugutan-ugutan kecil
supaya boleh di dukung, di cium dan dibawa berjalan-jalan. Lagi cerdik, lagi
seronok disakat… bila sudah besar sedikit, mulalah mereka ditakut-takutkan;
aisyah, madiha, mawaddah dan nurul.... 7 years back |
Adik, ada momok dekat sana…
jangan pergi…
Abang, jangan nakal-nakal, nanti
polis datang tangkap
Jangan main kotor, nanti ada
cacing masuk dalam tangan, pergi dekat perut..
Jangan lari-lari, nanti jatuh
kaki patah masuk hospital…. (lari je pun….)
Tatkala masing-masing sudahpun
menginjak remaja, orang-orang tua kita berhenti dengan perbuatan ini kerana
mereka tidak mahu dihujani persoalan si bijak pandai yang tahu akan membebelkan
mereka semula dengan penipuan-penipuan berbaur ugutan nan tidak munasabah ini.
Tanpa disedari, setelah kita
menggantikan watak mereka dalam memantau anak-anak kecil, what goes around,
comes around. Semua momokan orang-orang tua dahulu, telah menjadi momokan kita
pula, pada generasi seterusnya. Unconscious action yang dibawa dek unconscious
mind. Namun bergitu, setelah kita mencapai ke fasa bergitu, suatu pengajaran
besar yang dapat kita pelajari, semua “taboo” yang dimomok-momok kan oleh orang
tua itu, adalah permainan mulut, supaya kita tidak membahayakan diri dengan
perkara-perkara yang tidak baik…. Tanda sayang sebenarnya~
Dan kita pula mendapat penyakit yang sama
tanpa disedari, kerana metod ini bergitu effektif sekali!!!
[^.^]
Entry merapu…. Tujuan penulisan
hanya untuk mengimbas memori dan muhasabah diri sendiri yang juga kena penyakit
yang sama….
Selingan:
Masa kecil, mak pernah
berpura-pura tidak bangun apabila saya memanggil-manggil. Saya gerakkan
tubuhnya berkali-kali… masih tidak bangun. Saya meletakkan jari di hidungnya,
tiada nafas! Saya mula panik beberapa ketika. Mak yang tidak tahan dengan
lakonannya dan lelah menahan nafasnya, bangun dan ketawa semahu-mahunya kerana
melihat kita terpedaya....merajuk sungguh hati ni…………………….. walaupun masih kecil, namun hati saya sangat
terusik dengan gurauan itu.
Tanda sayang juga!!!
Jazzak!!
No comments:
Post a Comment