“Gigi dah
berus Pit?” tegur abahnya sambil turun tangga. matanya melorot ke kemeja sekolah dibadan anaknya.
“Dah!” ringkas jawab si anak.
“Abah dah
cakap jangan pakai t-shirt warna lain selain dari putih kan? Tak elok nampaknya
bila pakai baju sekolah tu!” agak tegang bunyinya…
“Biarlah. Bukannya salah pun….” tegas nadanya
“Abah kata
pergi tukar sekarang. Tak semenggah rupanya…!” si ayah mula nampak bibit-bibit tegas juga
“Apa salahnya pun. Mana ada
nampak sangat. Malas laah…lecehhh..”
“Pergi tukar
sekarang. Abah tak suka. Abah kata tak suka, tak suka. Tak elok...”
Syafiq
berlari menukar kemeja-T dalam kemeja sekolahnya. Benar. Memang lebih kemas dan
lebih molek. Cuma wajahnya sahaja ketat, masih mahu mempertahan pakaian yang
mula-mula dipakainya tadi. Abahnya menarik nafas lega, nenek memuji kerana
cucunya tampak lebih segak dengan kemeja-t dalam berona putih yang sajak dengan
kemejanya, Umminya pula berbisik perlahan…
“Dengar
cakap Abah apa salahnya, bukan mudarat pun. Nak bertegang buat apa?”
Tegang
suasana suatu pagi dahulu. Hingga hari ini masih terpahat dalam memori kerana
semua yang berada di ruang dapur sahut menyahut dalam bisiskan tatkala si dua
beranak mula bernada tegas. Tidak biadap, Cuma bertegas. Yang ayah, tidak senang
melihat penampilan sekolah anak yang kurang segak, si ibu pula kurang selesa
bila si anak berkeras dengan kemahuannya, dan si nenek cuba meredakan
ketegangan dengan memuji jujur kebenaran kata si ayah bahawa cucunya nampak lebih
kemas dengan mendengar nasihat ayahnya….
Chain reaction……..
kan?
Selingan
Maksu:
“Apa salahnya
Apit dengar cakap Abah? Bukannya abah suruh benda pelik-pelik”
“Apa salahnya apit pakai baju
oren dalam kemeja sekolah? Takda isu lah!”
“Kalau tukar
pun tak salah kan? Hormat dekat abah. Tukar baju lain, bukan luka parah pun.
Memang nampak lebih kemas pun”
“Apit tak salah. Tu yang penting………………”
................*long silence*............
Betu Syafiq
tidak bersalah…… dia pakai baju oren di dalam pakaian sekolahnya
Betul Abah
pun tak salah……. dia hanya mahu memandang anak yang berpakaian kemas
Maksu, Nenek
dan Umi lagi lah tiada kaitan….. sibuk kat dapur~
Cuma jika
salah seorang berlembut sedikit, apa salahnya…… lebih-lebih lagi yang ,muda…… Tiada orang tua yang mahu mudarat datang kepada anaknya....
*hati ku
berkata*
Note: Kini
Syafiq dah besar. Lebih matang, lebih menyantuni, lebih toleransi dan banyak
mengalah dalam perkara yang remeh-remeh, lebih menghargai ummi, abah, maksu dan
neneknya.
No comments:
Post a Comment