Friday, November 18, 2016

Tak Terbayangkan kan?



Bismillah~

Suatu petang angin sepoi-sepoi bahasa. Mak bancuh teh dan kami minum-minum sepetang bersama bonda bonding~

*tiba-tiba*

“Dik, mak macam tak dapat bayang macam mana ngko mengajo dik…” mak dan ayat oghang lamanya mula berborak

“Eh, kenapa mak tiba-tiba?”

“Entah. Mak tengok muka ngko ni macam pelik pulak kalau mengajo. Macam klako pun ada. Macam manalah ngko mengajo dik?”

“Macamana? Macam tu lah…. Hahaha” speechless but funny…… tak tau nak explain macamana, pasal mak buat muka kerut gitu… Takkan kita nak borak ngan mak stail cekgu cekgi pulak kat rumah kan?

*****************************************************************

To be honest, 

Saya juga tak pernah dapat bayangkan bagaimana mak besarkan kami (dua anak terakhir yang masih bersekolah, dari lima anak-anaknya) berseorangan tanpa ayah.

Mencari nafkah halal
Sumber Ehsan: Blog seni rupa
sendiri dengan perniagaan runcit yang dijaga berseorangan, hantar kami ke sekolah, uruskan makan pakai kami, menjaga keselamatan kami….

Belum campur kisah sebelum berniaga runcit lagi….

Mengusahakan dua kedai makan dengan naik turun bas dari Bandar ke Bandar. Tidur di kedai setiap hari. Menjaga kewangan dalam keadaan yang tidak tahu membaca dan menulis. Banyak lagi kisah-kisah yang sangat mecabar diceritakan ketika zaman mudanya…

Allahuakbar~

Banyak lagi al-kisah sejarah kitab zaman purba mak, yang hakikatnya payah untuk dicerna dek akal akan kehebatan ujian mak ni…. Melihatkan tubuh tuanya kini…….. tak dapat bayangkan kehidupan usia mudanya~

Terdapat gambar-gambar mudanya yang masih kini menjadi kenangan dan simpanan….
Sebagai bukti dulu mak gojes, cun melecun dan ada geng gadis kampung tersendiri…………….. hahaha~


note to self:
Sayangilah kanak-kanak kerana mereka  adalah masa silam kita,
Hormatilah orang tua kerana mereka adalah masa hadapan kita


Motivasi kehidupan daripada Al-Quran yang mampu menceriakan kita:

“Dan orang yang bersabar kerana mencari keredhaan Tuhan mereka, dan mendirikan sembahyang, serta menafkahkan dari apa yang Kami berikan mereka, secara bersembunyi atau terang-terangan; dan mereka menolak kejahatan dengan cara baik mereka itulah disediakan bagi mereka balasan yang baik”
(Surah Ar-Ra’d 13:22)

Jazzak~

No comments:

Post a Comment