Tuesday, July 31, 2012

Ohhh Fesbuk.... Oh Blogg...

Assalamualaykum......

Marhaban ya Ramadhan....

Dah lama tak post.... berhabuk dah blog ni, sampai tebatuk-batuk bila log in...hahaha...
Macamana nak jadi penulis berkaliber ni haihh.... tak produktif sungguh...
Tak sangka bertemu Ramadhan lagi tahun ni... Hajatnya nak khatam lebih daripada tiga kali tahun ni, InsyaAllah, still in progress.... Rindu pulak dengan blog ni, setelah sekian lama melayan kesibukan fesbuk yang tak sudah. Sibuk duk bace komen dan post, sampai lupa nak berbicara dengan hati sendiri [muhasabah]....

Fesbuk [ejaan fb ini adalah secata tidak formal] sudah menjadi kehidupan anak muda remaja masa kini. Kira kalau takde fesbuk, memang kampungan, bahkan kampungan pun ada fesbuk.... kira macam orang utan la kalau takde fesbuk kan? Ianya menjadi medan untuk pelbagai kegilaan....

Gila shopping....
Gila comment...
Gila glamour....
Gila 'friends'......
Gila debat.... especially politik....[yang selalu berakhir dengan kata-kata kotor]...sedih haih~
Gila ilmu...[yang ni bagus la]
Gila share..... [ade je benda baru nak habaq mai kat kengkawan]
Gila gossip....

Buat renungan....dalam banyak2 gila yang kita nampak, nisbah "lagha" lebih banyak kan?

al-'Asr



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian 
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


insiden di pusat tusyen;

year 5 students: cikgu-cikgu-cikgu... cikgu tade fesbuk ke?
Cikgu: kenapa tanya?
year 5 student: nak add...
Cikgu : awak kan bawah umur, mana boleh ada account kan?
year 5 student: ala cikgu, semua ada cikgu, diorang tipu umur....
Cikgu: sampai macam tu sekali ke.....?  [=..='] 

[p/s: tekanan teknologi betul budak2 ni.... tanpa mereka sedari...]




No comments:

Post a Comment