Aku mahu berjalan tanpa henti.....[kecuali kalau nak sembahyang la....hihi]
Terkesan bila membaca kisah Senad Hadric, seorang hamba Allah dari Bosnia yang merentas hundreds of districts termasuklah kawasan peperangan dan bergolak, untuk menunaikan rukun islam ke 5 [haji]....
Melihat dunia dengan kacamatanya sendiri.... MasyaAllah, indahnya...... moga dia tiba dengan selamat...Andai ditakdirkan Allah, dia bertemu izrail di tengah jalan, pasti dia akan pergi bertemu Alah dengan title "Syuhada"..... InsyaAllah =)
Mak cerita;
There were thousands of people walk from their country to the holy city of Mecca to perform hajj every year... [tapi mak cakap melayu la....dengan slang orang Melaka yang ala-ala kasar sikit]
One point to highlight.... THEY WERE WALKING....
Subahanallah.... what a big heart they have....
Mendengar tentangnya sahaja, sudah cukup meniupkan semangat untuk mengekspresikan lagi rasa Cinta pada Allah dengan berani. Benar, akan ada pelbagai pandangan dari segenap manusia [dah memang Allah jadikan manusia itu, pelbagai ragamnya]....
"Ah.... what an idiot people".... mungin terungkap di bibir mereka yang jahil tentang Islam [tak kira la orang islam atau bukan]
"Dah takde keje lain la tu"..... mungkin terungkap dari mulut mereka yang sibuk dengan dunia dan hanya memandang harta benda...
Banyak lagi ragam manusia yang kita tak mampu nak singkap semuanya. Yang pasti, setiap manusia punya pemikiran yang berbeza.... Tetapi, titik persamaan itu akan hanya bercantum pada hati hamba-hamba yang berkongsi rasa cinta ynag sama pada Sang Pencipta......
Siapa kita untuk menutup mulut segenap manusia yang mahu mencerca.......? Barangkali itulah ujian kita....
Pesanan bagi yang berjihad [daripada hamba Allah yang juga sedang berusaha mengenal erti perjuangan dalam konteks yang lebih meluas ]..... usah gusar pada yang menentang kepercayaan dan prinsipmu...
"La Tahzan...Innallahama'ana" [Jangan bersedih, Allah sentiasa bersama kita]
بَدَءَ الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بدء فطوبى للغرباء
Telah bermula Islam dalam keadaan asing , kelak ia akan kembali menjadi asing sebagaimana ia bermula. Maka berbahagialah mereka yang asing [tetap bersama Islam].
Jazzak....
No comments:
Post a Comment