Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Ramai golongan hari ni especially golongan remaja yang kurang memuhasabah diri tentang 'cinta' yang sebenar-benar suci iaitu 'cinta' terhadap Zat yang memiliki segala-galanya, Allah swt ...
Benar, mereka tidak menafikan cinta yang Agung itu milik Allah, akan tetapi hanya berapa kerat sahaja yang benar-benar konsisten dengan matlamat seorang muslim dalam hidup ini iaitu berjihad menegakkan agama Allah. Semua tentang syariat Allah mereka tidak nafikan, akan tetapi, apa yang kita lihat pada hari ini, tidak seindah apa yang mereka benarkan.....[faham ke maksud saya ni? kalau tak faham, bace la 2-3 kali...hehe]
Duhai sahabat, kita semua punya masa yang jahil dan kemudian punya masa yang waras dan bijak serta sedar. Bila mana-mana sahabat kita kelihatan menapak ke jalan kejahilan, kita selamatkanlah mereka bersama-sama, dan pabila kita pula yang mula meniti kepada kemaksiatan, semoga mereka menyelamatkan kita semula...dan bergitulah seterusnya sehingga selamat perjalanan kita menuju ke jalan Illahi baik di dunia sehingga lah ke alam Akhirat yang kekal abadi..... InsyaAllah...
Semoga kita berusaha selagi termampu untuk mengecapi kebahagiaan CINTA darinya... InsyaAllah... (menasihatkan lebihhhh untuk diri sendiri hugak ni...hehe)
Berusaha memperbaiki diri dan iman setiap hari dan saling bantu-membantu dengan kawan2 dalam meningkatkan keimanan dan kesedaran hakikat penghidupan ok ;-)
InsyaAllah....
Jazzak
No comments:
Post a Comment