Bismillahirrahmalirrahim….
Minggu lepas, aktiviti firedrill took place. Biasalah,
dimana-mana tempat kerja, harus ada aktiviti ini untuk memantau
kebolehlaksanaan laluan kecemasan dan loceng kecemasan. Tak cuba, tak tahu. Oleh
kerana aktiviti ini adalah aktiviti sekolah, anak-anak kecil, masing-masing
lompat kegembiraan bila seluruh warga sekolah keluar beramai-ramai.
Masing-masing melopong mulut bila kenderaan bomba datang dengan siren.
Amin daripada preschool menjerit dengan keterujaan yang
tidak terbendung lagi… “ye yea.. api…api… yea yea…” menari berpusing-pusing. Sukar
untuk berbaris.
Akhirnya, semua jalan lenggang kangkung macam ke pasar tanpa barisan…
Latihan Asrama
Dahulu
Zaman di asrama dahulu, fire drill activity ini memang akan
dilakukan pada lewat tengah malam, kerana menurut data jabatan bomba,
kebanyakan kebakaran memang berlaku pada waktu-waktu bergini.
Loceng kecemasan di asrama sangat kuat dan di pasang pada
tiang seri setiap dorm.
Ajaibnya, kami tetap keluar lambat dan ada yang ‘hilang’
apabila kiraan kepala dilakukan di assembly point.
Pelik!
Rondaan ke dua dilakukan ke setiap dorm. Kali ini pencarian
lebih terperinci sehingga ‘mangsa’ yang dianggap ‘rentung’ ditemui dibawah
katil, berusaha meneruskan jihad tidurnya. Dari kejauhan mereka keluar dari
pagar asrama dengan mata separuh terbuka dan terhuyung-hayang.
“Rentung! Rentung!”
Masing-masing mengejek dan tertawa memecah kesejukan malam.
Alhamdulillah, masing-masing masih menutup aurat rapi. Malahan
ada yang menutup aurat dengan ‘lebih lagi’.
Ada yang bertuala atas kepala, ada juga yang sempat
bertudung dengan rapi sekali dan yang terbaik, selimut seluruh badan! Yang penting,
tutup.
Aurat
Banyak perkara yang perlu dipraktiskan demi menjaga
keselamatan dari pelbagai aspek dalam kehidupan ini. Namun bergitu, usah juga
kita lupakan prakti-praktis islam yang juga menjaga keselamatan diri kita
diakhirat kelak.
Ramai yang lebih takut dengan kerusakan dunia, apabila lensa
kehidupan tidak diluaskan kepada keluasan akhirat.
Ramai juga yang kurang prihatin bahawa, kesusahan dunia yang
cuba dielakkan sedaya upaya, itu adalah sementara. Kesenangan dunia yang
menyusahkan kita diakhirat, kita teruskan pula, walaupun kita tahu akhirat
itulah dunia yang kekal abadi….
Dan pandang pelik kepada manusia yang pilih kesusahan dunia
untuk akhirat……
#GHURABA
No comments:
Post a Comment