Thursday, October 12, 2017

Unconditional love

Bismillah....

Waktu solat semalam, indah. Meaningful words came out from kawan-kawan yang sedang sarat mengandung...

Usai solat jamaah, salam rakaat akhir kekanan.... ternampak perut rakan yang sarat....

Salam kekiri..... nampak perut rakan yang juga sarat menunggu tarikh bersalin nan kian mendekat...

Allahu, bersolat diantara dua rakan yang sarat mengandung rupanya..... 

Curious, nampak wajah tenang dua mommy ni...

Sakit dak, Aida mengandung?
         "Biasalah, baru nak masuk nombor dua....." balasnya...

Amira macamana....?
         "Sakit juga... anak pertama, so tak faham banyak benda sebenarnya.."

Ooo...
 
Dulu, dah jadi amalan melawat rakan-rakan sedang berpantang,
Meremang bulu roma dengan kisah-kisah bersalin ni...
Beberapa ketika bersembang, Aida titip nasihat.... 

"Sakit mengandung dan bersalin ni, sakit yang seronok tau.... sakit, tapi bahagia... tak tipu... 
Jangan takut tau........."

Uniknya nasihat ni.... 


 Anak-anak itu rezeki. Mohon untuk tidak mengecilkan hati pasangan yang masih belum dikurnia anak..

Selain melawat rakan-rakan yang berpantang, ada juga rakan-rakan dikasihi yang menutup wajah, mengadukan kesedihan kerana belum dianugerah cahaya mata..... 

Kerana...
Pertanyaan-pertanyaan yang tidak masuk akal, seperti

"Bila kamu nak dapat anak ni?"

 menyakitkan mereka juga.....



No comments:

Post a Comment