بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Secara rasminya ingin mengumumkan hati ini sudah jatuh terjelupuk, tergolek berguling-guling hingga menangis dan ketawa.... jatuhhhhh~
Rare design dia! |
Dengan ini, secara rasminya pada tahun 2017, saya mahu mengisytihar diri ini sudah jatuh hati dengan bidang pendidikan walaupun energy di tahap 5% waktu balik sekolah. Mohon tidak tertipu dengan gambar hiasan diatas. Selingan sahaja, asbab designnya pun mencairkan hati nan banyak kolestrol ni.
Ironinya di zaman persekolahan dahulu, jemu bebenor dengan sekolah. Rasa dah tak sabar nak beredar dari tanah kelahiran ini untuk menghirup udara diperantauan. Nak jadi guru? Jauh api dari panggang, kerana pengalaman praktikal di sekolah dahulu bukanlah pengalaman yang indah. Menitis air mata melayankan sikap pelajar yang sedang meniti alam dewasa. Sikap dan lagak anak-anak muda yang sungguh memeritkan hati banyak melatih para pendidik untuk bersabar, dan membentuk suatu social skill baru untuk menghadapi mereka. Hati sudah bulat, tidak sabar dan tidak tahan!!
Tidak sungguh menyangka bahawa rancangan Allah menghantar diri ini ke tampuk para pendidik SEMULA berstatus sandaran beberapa kali dan kemudian part-time tutoring, membuahkan rasa cinta akhirnya.
Tidak sungguh menyangka bahawa rancangan Allah menghantar diri ini ke tampuk para pendidik SEMULA berstatus sandaran beberapa kali dan kemudian part-time tutoring, membuahkan rasa cinta akhirnya.
Bukanlah dari golongan hebat pandai, cuma nikmat mendidik itu, memang luar biasa!
Betul, tak tipu!
Dahulu mungkin dalam hati ini, jangkanya mendidik itu hanyalah sebuah profession yang boleh dilakukan sesiapa sahaja, namun, dari masa ke semasa, tanpa disedari semacam ada satisfaction yang tinggi sekiranya metod-metod baru yang digayakan ketika mengajar mula membuahkan hasil dan mencapai objektif DSKP...
Macam menjalankan kajian makmal gayanya~
Beberapa minggu lepas saya mula lebih tersentuh dengan hadith ini:
Dan kemudian, beberapa hari lepas, tersentuh lagi:
Ada yang bekerja sealiran dengan jurusan pendidikannya,
Akan tetapi, ada juga yang beralih arah.....
Guru sejarah saya juga berkelulusan Undang-undang, akan tetapi bergitu dalam minat mendidiknya...
Moral entry hari ni mudah....
Matlamat hidup, mesti mahu perhatian daripada Allah.... hadirkan sikap ini tidak kira apa jua profession yang diceburi....
Hatta profession menjual ais krim calong sekalipun! Uih sedapnya!
Mode: buru ais krim bermula esok!
Moga Allah beri kita kekuatan untuk "walk the talk"...
Jazzak~
No comments:
Post a Comment