Saturday, July 2, 2016

Pesanan Uncle Manikam Kalbu

Bismillah….

 *uncle Manikam lalu depan meja pameran kami dan mengutip sebentuk pin lampin di atas lantai jalan.

“Tengok ini pin, bernilai tau!”sambil matanya melihat kami.
“Bernilai ke uncle?”


“Semua benda pun mesti ada nilai punya…..” jawab uncle Manikam, penuh berhikmah sambil pin tadi disemat ke t-shirt berona peach- nya


“Nilai apa?” aku nak tahu sangat. Dah macam budak-budak tabiat aku.

“Sekarang awak tengok, ini pin tiada nilai kan pasal murah? Tapi kalau ada yang mau guna, nilai dia jadi tinggi kan?” confident betul ayat uncle


“Betullah uncle!” aku rasa macam nak tepuk tangan.

Apa yang menikam kalbu sangat?
 
Kita selalu ambil mudah perkara yang remeh bukan? Sehingga tanpa kita sedari, apa yang kita anggap remeh tu, menyusahkan kita di kemudian hari. Contoh terbaik macam syiling 5 sen...

Bila menyapu, tersapu duit syiling 0.05 sen, kita tak ralat pun kalau terbuang. Penyesalan yang amat bila lunch KFC berbekalkan sekeping sahaja  RM10, dan setelah di-tax harganya RM10.05. dan kita tiada syiling walaupun 5 sen. 

Itu dunia, macamana pula dengan kehidupan selepas mati. Bergantung dengan amalan adalah satu-satunya cara untuk kita selamat daripada azab Allah kan? Andainya terdapat sedikit amalan kita se-remeh pahala menyedekahkan senyuman, hatta pada bayi sekalipun ketika didunia, tetap akan kita pegang sekecil-kecil amalan itu kerana ianya mungkin besar dimata Allah dan mampu memberatkan walaupun sekelumit amalan baik kita, supaya terlepas dari azab neraka. Make sense?

Jom ubah mindset. 

Jika sekecil-kecil barangan bernilai kita ambil cabaran untuk simpan dengan sabar, moga sekecil-kecil amalan juga kita tidak remehkan. Jika semua barangan punya nilai tersendiri, maka jangan kita lupa, semua amalan kecil mahupun besar pasti ada juga nilainya di sisi Allah!


Uncle Manikam
Sequence terakhir perbualan petang tu….

“Itu, masa awak tahu ka? Orang cakap itu masa macam emas awak tahu ka? Betul ka ini macam?” Tanya uncle Manikam, ala-ala ujian oral peperiksaan pada aku.
                “Tahu. Betullah uncle. Masa macam emas. Mahal. Tak boleh ulang kalau sudah lepas” yakin jawapan aku.
“Sekarang awak tengok itu harga emas, kalau masa lama, dia bole turun harga kan? Jadi macamana itu masa sama macam emas? Tak samaaa….”
                “Ooo, emmm, am, hehe (apa pasal aku rasa jalan buntu nak jawab ni?)*******”

Jazzakilahh khoir uncle manikam kalbu ku~

No comments:

Post a Comment