Monday, June 13, 2016

TAK BUAT APA-APA TAPI ZALIM

Bismillah~

Bos: Awak dipecat!
Pekerja: tapi kenapa bos? Saya langsung tak buat apa-apa!
Bos: sebab tu lah awak dipecat!
Tiga dialog yang sangat lawak. Punch line direct. Tapi dalam masa yang sama, cuba renung dalam dalam. Apa yang kita nampak? 
  Kita Nampak bos yang sedang marah 
 Kita nampak juga pekerja yang tidak membuat salah apa-apa kan?
Nak cerita sebenarnya, yang kadang-kadang kebanyakan kita selalu rasa selagi kita tak buat apa-apa, kita tak salah. Betul tak? Tapi percaya tak kalau kita telungsuri kisah para sahabat dan orang-orang soleh, method ini lansung tidak pernah digunakan.
Antara pengajaran yang boleh dilihat dalam kisah orang-orang soleh:
Bila ternampak kesilapan, dibetulkan. Bila tanggungjawab terabai, diingatkan. Bila terlihat kejahilan, tarbiahkan. Bila sahabat dalam kesusahan, ambil berat dan bertanya. Bila tugasan terasa berat, sama-sama memapah dengan penuh keikhlasan. bila bekerja dalam kumpulan, bermesyuarat dan bekomunikasi cara berkesan untuk mengatasi masalah bersama-sama. Perasan tak? Tiada istilah ‘tak buat apa-apa’.

Image result for akhlak mulia

 Ada apa dengan ‘tak buat apa-apa’
Remeh kan? Tak buat apa-apa pun salah. Benar, bukan kita perlu buat segala-galanya Cuma, dalam keadaan tertentu, jika kita ‘tak buat apa-apa dalam kadar kemampuan kita, bererti kita mungkin menzalimi orang lain atau mungkin diri sendiri.

HAH? MENZALIMI?

Terkejut kan? Ok, kita rujuk pada masalah bos lawak kita atas tu. Kita rasa dia zalim pada awalnya kerana memecat pekerja yang tidak buat apa-apa langsung. 

Sekarang ubah perspektif anda pada dua baris dialog terakhir……

“Pekerja: tapi kenapa bos? Saya langsung tak buat apa-apa!
Bos: sebab tu lah awak dipecat!”
Apa akibat pekerja yang lansung tidak buat apa-apa dalam kadar kemampuannya. Kalau dikaji, pasti dia perosak kepada working cycle dan sekaligus menzalimi rakan sekerja yang harus menadah tugasan tanpa bantuan, sekaligus menganggu perjalanan urusan syarikat, sekaligus menjatuhkan prestasi dan keuntungan dan bertindak ‘tidak buat apa-apa’ dengan penuh tidak bertanggungjawab.
Image result for work stress


There are times, when “doing nothing or being ignorance” is equal to being cruel.

Kerap situasi ini berlaku tanpa kita sedari. Team mate yang tidak menymbang idea untuk assignment group, rakan sekerja yang mendiamkan atau menghilangkan  diri pabila meja rakan seunit dibanjiri tugasan selepas meeting, rakan-rakan sekerja yang menolak berkomunikasi secara matang kerana tidak mahu terlibat dengan tugasan tambahan ataupun saudara sesama islam yang sentiasa merasa selamat dan tidak mahu ambil berat isu ummah atau juga hartawan yang tamak dan tidak mahu berzakat (kira abai isu ummah la tu).

Kita “tidak buat apa-apa salah”, kita rasa kita dah cukup baik sangat dah….kan?

Benar, kita tidak melakukan jenayah…
Benar, kita tidak memarahi sesiapa…
Benar, kita tidak campur urusan orang lain…

Tetapi yang ingin saya tekankan adalah, sikap tidak buat apa-apa, berkaitan dengan tanggungjawab sebagai rakan, rakan sekerja, jiran, hartawan mahupun sebagai umat islam.


p/s: bukan suruh buat semua benda dan kepoh, Cuma ajak muhasabah supaya tak jadi zalim tanpa sedar

Jazzak~
 

 

No comments:

Post a Comment