Wednesday, January 23, 2013

Sebab semua orang kata……


Bismillah…..
Alhamdulillah…..setelah pelbagai kontroversi tentang ketibaan hari kehancuran pada 2012, we have reached 2013….

Dah masuk bulan January, dah nak dua minggu Rabi’ul awal pulak tu…..
Khamis ni pula, Maulidur Rasul…..

Allahukbar….. That was fast!

Untuk entry hari ni, I am looking forward to share what I’ve read few months ago….
Ingat tak zaman kita kecik-kecik dulu? Macam-macam peribahasa yang lahir daripada mulut orang-orang tua kita lantaran daripada pemerhatian mereka dalam kehidupan mereka ketika itu. Antaranya;
Musang berbulu ayam lah……
Menagguk di air yang keruh lah….
Tepuk air dalam dulang lah….
Macam-macam lah lagi…..
But there are two ‘peribahasa’ or idioms that captured my attention.

Peribahasa 1:

Melepaskan batuk di tangga…
Meaning: membuat kerja sambil lewa…

The misunderstand version: orang yang keluar dekat tangga dan batuk “uhuk uhuk”…lepastu masuk semula ke rumah tanpa menghiraukan apa-apa yang berlaku. Batuk tu sekadar lepaskan keterdesakan tekak yang sakit sahaja….. [puas juga cari kaitan antara batuk dan kerja sambil lewa ni, sebab batuk is not an action that can be controlled right? So, is there anyone out there yang batuk samba lewa? Batuk teruk ade la…. Mane ada yang batuk sambil lewa. You know what I mean?

The actual meaning and “wording” is:
“melepaskan batok di tepi tangga”….
See the word that I bolded? That is the actual word used in this idiom. “Batok” dalam peribahasa ini sebenarnya bermaksud tempurung kelapa yang pada zaman dahulu digunakan untuk mencuci kaki sebelum naik ke rumah. Maklumlah, zaman tu mana ada selipar atau kasut. Jadi, maksud melepaskan batok tu, adalah melepaskan tempurung kelapa selepas mencuci kaki. Sepatutnya, diletak semula elok-elok selpas digunakan, tapi, kalau dah kerja sambil lewa, asal boleh je…. Dilepaskan je “batok” tu di tepi tangga sampai jatuh…

Ha….. baru kena dengan maksud bekerja dengan sambil lewa.  
Pengajaran daripada the misunderstood idiom ni, hanya bermula dengan satu sahaja perkataan yang salah bukan? Sehingga mengubah keseluruhan maknanya….. jadi, berhati-hati menjaga bahasa kita, atau kita akan merosakkan peninggalan orang tua kita ini keika ianya sampai ketangan anak cucu kita…
Peribahasa yang lagi satu tu, kita bincang lain kali…. Hokey?

Sekarang ni pun dah banyak perkataan baru yang diubah suai sehingga berubah maknanya. Kekerapan penggunaan bahasa “baru” ini suatu hari nanti mungkin akan memaksa system bahasa untuk menerima ianya sebagai bahasa yang baru suatu hari nanti….. contohnya macam perkataan ‘siot’ dan sebagainya….. sekian…hihi…

p/s: I love to use the mix of English and Malay,  tapi itu tidak bererti kita merendahkan nilai rasa hormat kita terhadap bahasa ibunda kita right? As long as we know the proper way of using our bahasa, that should do it….. I guess…. What do you think?

[^_^]

Jazzak~

This is batok

No comments:

Post a Comment