Thursday, February 3, 2011

Banjir???


Bismillah.....

Alhamdulillah, misi merantau semula ke kampung halaman, went smoothly...
teringat dialog beli tiket semalam....

"Kak, tiket balik johor esok ada?
"Ada....eh dik...bole ke balik Johor skarang ni? Kan ke Johor banjir skarang ni?"
"oh, yang banjir tu bahagian Labis dan Segamat... Alhamdulillah, Skudai tak kena"
"Ala....Johor jgk kan?"
"hehe...iya, Tapi kwasan je tak sama..."

Perasan sesuatu tak? Kita ni cepat sangat pukul rata semua benda yang kita tau....haha
Contohnya macam Mesir... Skarang ni tegah bergolak dek sebab kedegilan pakcik Mubarak tu.... Sorang sahabat bertanya dengan penuh concern....

"Kin, family dah balik ke dari arab? Skarang ni tengah bahaya kat sana... Takut betul tengok berita tu"
"Ha? Owh dah balik dah...Alhamdulillah selamat.. Oh yang pergolakan Mesir tu ye?"
"Hah! iye lah....Kat arab tu...."
"Itu Mesir kak, bukan arab saudi.. tak same tempat tu...."
"Alah ikin ni....Mesir pun arab jugak....lebih kuranglah tu..."

Ataupun contoh terdekat.....Mak...

"Dik, drama ape ni? Best sangat ke drama Jepun ni?"
"Ini drama Korea lah mak...."
"Same aje sepet mate nye... Semalam pun tengok drama macam ni jugak, drama cina kan...?"
"Aduh mak, semalam tu drama Jepun....."
"Samelah tu Cina ke Jepun ke Jawa ke....."
"Adeh bondaaaa saye ni.........."[*..*']

Moral: Ada antara kita yang agak sensitif dan teliti dalam mengetengahkan suatu fakta. Kalau ada yang salah cakap, kita jadi susah nak terima. Tapi kene ingat, yang tak semua orang di luar sana, yang mengetahui fakta sebenar, dan teliti seperti kita kan? Terangkan jika mereka mahu mendengar.... Kalau tidak, cukuplah sekadar mengambil jalan untuk tak berdebat....

Berkata Rasulullah s.a.w "Aku ialah pemimpin sebuah tempat di syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar" (Riwayat Abu Daud)

Berdebat yabg Rasulullah maksudkan ni, menegakkan samada kebenaran atau keegoan dengan kelantangan...kedua2 pihak mahukan kemenangan....Lebih baiklah diam... atau apa yg dikatakan sekarang sbagai "Act Professional".....
Haha....

Renung-renungkan....dan selamat Termenung..... hihihi

Jazzak