Thursday, February 20, 2025

Raudatus Sakinah dan Nowseeheart

 One random but significant thing about songs is that, they flip memories...

And this one particular Nowseeheart song stroked out a sad one. 

Raudatus sakinah bukanlah suatu institusi yang pencapaiannya ditunggu-tunggu perkembangannya. Unlike business, rumah ini bukanlah tempat yang menginginkan penambahan penghuni apatahlagi penambahan rumah ke dua atau ke tiga.

Menghabiskan lebih kurang setahun, menjalankan aktiviti berkala dengan adik-adik ini, seronok dan sedih dalam masa yang sama. Mereka mencari jalan pulang. jalan pulang kepada Allah. Ada yang ber ibu dan ayah dan ada juga yatim, ada yang kaya, susah, lembut, kasar... berwarna warni karakternya...

Ada yang berjaya bertemu jalan pualng, dan ada juga yang mungkin kembali atas ujian yang sama..

Melihat wajah-wajah bersih adik-adik ini dan ujian mereka menjadi ibu pada usia yang amat muda, mendatangkan sebak. Ujian kita mungkin tidak serupa, tapi kita tetap diuji...

Dan ujian mereka besar... dan kejayaan mereka juga amat besar sekiranya, mereka berjaya KEMBALI kepada Allah dengan sebenar-benar kembali...

-seorang gadis-

Siapa kita untuk menilai...?
Hate the action, but not the agent.... 

-anonymous forever repenting sinner-

Thursday, February 13, 2025

Ukhuwwah dan Iman orang-orang tua...

Bismillah~

Ketika masih bersedih dengan pemergian anak saudara tercinta, datang pula perkhabaran pemergian sahabat lama Ustazah Rahimah Harun, dipenghujung 2024... Sama-sama mendidik di SRIH suatu masa dahulu.

Terus memutar steering ke rumah Almarhumah Ustazah, seusai waktu kerja di Bandar Baru Uda. Ramai yang hadir awal, terutamanya sahabat-sahabat almarhumah yang sangat tidak asing. Makcik-makcik yang sangat dekat di hati.

Masing-masing,  sedang meluruskan jari tangan, membersihkan wajah, memusing katil supaya kedua kaki jenazah menghadap qiblat, ketika anak-anaknya semua masih sedang bersedih sambil membantu. Masih suam dan lembut tangan, tubuh dan wajah jenazah ketika disentuh... perlahan-lahan beransur sejuk.

"Di, kita cari bekas untuk sesiapa beri sumbangan ya" sambil menguis bahu Diana.. dah mula ada rakan-rakan yang hadir ingin memberi sumbangan ikhlas kepada keluarga..

Makcik Yasmin mula mencari bekas dan yang lain mula mencari yasin untuk dihulur pada yang hadir. Makcik Suwaibah masih dengan telefon, bertanya van jenazah di Masjid berdekatan. Yang lain masih bertanya tentang status laporan polis untuk membolehkan jenazah bergerak ke masjid dan dimandikan. Semuanya terus terusan disambut wanita-wanita tua ini dengan amat berhemah, dan kami rakan-rakan mentah ini menawarkan diri untuk apa-apa yang perlu. 

Makcik Nailah, Kak Zah, Makcik Su, Mkcik Yah, Ustazah Zurina, Mkcik Yasmin dan Makcik Ija..

Santun dalam perlakuan dan cekap dalam kelembutan. Kami melihat, tersentuh dan belajar tanpa diajar.... sehingga ke tapak pengebumian di penghujung hari... 

p/s: qudwah tanpa perkataan


_________________




Perempuan-Perempuan Berbudi Dalam Al-Quran by Syaari Ab Rahman & Nurul Suhadah Shuib

Thursday, February 6, 2025

Telling your age, without telling your age...

Owning a Facebook,
is like confessing your aging age..
Instagram, would minus a few years or so, of your age..

To NOT own a TikTok account, on the other hand, means...
You live deep in the jungle alongside one of those long-lost ancient tribes..

lol 

p/s: if you have blogs, add 10 more years of whatever age people predicted, when they know you have facebook!

sheeshhhhhhh!

This was NINE freaking years ago with Kak Aina back in Shah Alam.... gosh.. I am that OLD!!



___________________________





Teruntuk Langit Yang Bercanda by JIWA

Thursday, January 30, 2025

Bertemu bahu dengan perempuan tua...

Rejab semakin menghujung,
Syaban melambai-lambai,
Ramadan mula mengintai-intai,


Masih segar wajah seorang wanita tua.. bersolat bersebelahan pada tahun yang lalu.

Bersalaman, tangannya wangi, bila senyum dia juga membalas,

'Kamu duduk mana?' sapanya
          
       'Belakang surau ni je Makcik...'

Manis senyum simpulnya. Sebelah kirinya tersusun keperluan asasnya. Sebotol minyak angin, kain putih dan botol air. 

Kemas. 

Baliknya pula berjalan kaki, tidak mahu pula di hantarkan pulang.
Hadirnya penuh disiplin setiap malam...

Tapi,
Tidak bertemu lagi keesokan malamnya. 
Bukan kerana wanita itu tiada, tetapi
kerana diri sendiri tidak istiqamah ke sana... 

p/s:
Gagah yang muda berdiri beribadah dengan nikmat kekuatan,
Gagah yang tua berdiri dengan berkat keimanan...

__________________________





Perempuan-Perempuan Berbudi Dalam Al-Quran by Syaari Ab Rahman & Nurul Suhadah Shuib



Thursday, January 23, 2025

Jagar

 Bismillah~

Tugasan menjadi pengawal keselamatan adalah antara tugasan asas penting yang perlu ada dalam setiap bangunan yang besar, macam sekolah. Oleh kerana mereka ni berada di barisan hadapan, watak mereka adalah imej pertama pelawat dan staff yang bekerja di bangunan yang dijaganya. 

Macam-macam watak-watak yang susah nak di sorokkan.

Pakcik Adnan, rajin mengopi...

Pakcik Bahar, berjenaka tapi tak ketawa..

Abang Khai, rajin mengusung kunci di pinggang kesana sini..

Pakcik Nuar, rajin melambai..

Kak Ani, rajin main kutu..

My own sister, back in melaka, suka mukbang video call, waktu rehat makan..

Tapi,

Semuanya baik... 


Mungkin jawatannya tidak besar, tugasnya tak dilihat, wajahnya jarang di pandang....

Itu tidak mengurangkan nilainya, pada sesiapa pun..


p/s: orang paling miskin dalam dunia ni, pun masih ada haq untuk masuk syurga.. 

hanya amalan kita sahaja mengubah darjat kita di mata pencipta...





_________________

Buku Pilihan..

 

Jangan Ganggu Lepas Waktu Kerja, Boleh? Bagaimana Mengurus Kerjaya Agar Kehidupan Tidak Dirasakan Sia-sia




Friday, January 17, 2025

My Beloved Late Nephew...

 Kematian itu sentiada bersama dengan kita...

Bertahun-tahun Allah swt rezekikan kita kehidupan,

Puluhan manusia menjadi rezeki kita sebagai sebagai sahabat, keluarga, guru dan sebagainya...


Hari terakhir kita menghembuskan nafas terakhir, 

Kita dikembalikan pada Allah sekelip mata,

Hari yang sama kita dikebumikan tanpa menunggu sesiapa atau apa-apa pun


Yang diburu dalam kehidupan kita hakikatnya, hanyalah pengakhiran yang mulia..

Walau ratusan tahun pun kehidupan kita...

Itu sahaja hakikatnya yang kita mahu..


Tapi, usaha mendapatkannya, perlu ada...


Terpukul dengan pemergian insan yang disayangi pada tahun 2024..

Mengucup dahi buat kali terakhir anak saudara sulung yang amat disayangi..


Semoga Allah merahmatimu, Amirul Akmal bin Habibollah

Anak saudara sulung yang membesar seperti seorang adik kepada maksu,

Mewarisi semua beg-beg sekolah maksu,

Menemani sembang-sembang kosong maksu di meja makan,

Menjadi rujukan sirah maksu,

Menjaga nenek dengan penuh kasih sayang,

Menjadi suami yang baik buat isterinya yang dikasihi, ayah yang amat penyayang buat Fauzan, Aneem dan Afiya..

Dan anak yang soleh buat umi dan abah..


p/s: hingga ke saat ini, masih meniti di bibir keluarga dan sahabat handai, kebaikan mu~

Al Fatihah~



________________________






Redha: Memaknai Rasa Berserah Kepada Tuhan Tatkala Takdir Di Luar Kawalan by Irfhan Fitri

Tuesday, January 14, 2025

Sumpahan Favourite

Semua orang, ada minat pada sesuatu dalam membuat pilihan..

"Favourite".... term nya

Semua orang ada baju favourite

atau kasut favourite

atau t-shirt favourite

atau beg favourite

in my case,

tudung favourite… tudung sekolah lama… pakai pi kerja, dan pj dan weekend..

tapi tak perasan pula terlalu kerap guna..

Mak kata

“Dah takda tudung lain ke nak pakai? Tukar la tudung lain pulak”

“Mana ada selalu mak…”

Dialog setiap kali pakai tudung ni..

hingga suatu hari dengan taqdir Allah

‘HILANG’

Bila mak tau tudung tu hilang......

~malas nak habiskan cerita~

p/s: kalau suka berpada-pada. Kalau mak kita fed-up… nanti kena sumpahan hilang 🤣


______________________________

 


Mak, Siapa Allah? by Siti Aminah