Wednesday, July 20, 2016

Ashraf Menyelamatkan diri S.O.S



Bismillah~

So Ashraf ni budak baik, sopan, caring,  penyayang lagi aktif terlebih (bermusim la tapi). Kisahnya, Ashraf ni ada perangai. Dia sangat kreatif dalam membina alasan yang ampuh untuk menyelamatkan dirinya. Ampuhnya perisai yang dia bina umpama perisai Captain America. So dia selalu ada sedikit masalah kecil. Tengok macamana dia handle with care semua kesilapan-kesilapan dia......
This is Ashraff three years ago.... Budak baik, comel, sensitif lagi penyayang...

Ashraf! Kenapa pensel hari-hari hilang?
                Kawan kita patahkan!

Hari-hari ke?
                Ye…

Pensel warna?
                Kawan pinjam…

Pinjam pulak? Buku teks Sains mana?
                Tinggal bawah meja sekolah…

Ada homework mana boleh tinggalkan dekat sekolah. Seluar pulak koyak kenapa?
                Kita jatuh…kawan tolak…

Ni ada homework tak siap ni kenapa?
                Cikgu dah padam dekat papan whiteboard..

Pinjamlah buku kawan..
                Kawan semua tak bagi….

Apa yang dahsyat sangat kawan-kawan sekolah awak ni ashraf?
.......................no komen.........
…………………………………….kena pi skolah siasat nih…………………………………………………….


Amcam? Solid betul kan jawapan dia? 

Jazzak~

Mak dan Amway, Berpisah Tiada


Bismillah~

Semalam mak speaking mat salleh lagi.  

Kali ni Mak datang lagi dengan Amway. 
(cer-baca macam "Tora Datang Lagi...)

“Dik, si Ezzed dengan Mariam nak datang beraya malam ni”
                “Ye ke mak? Uish, nak stay sinilah. Lama tak jumpa Maryam”

“Tu lah, tadi katanya Amway….”
                “Amway? Kenapa dengan Amway? Diorang jual Amway dah ke sekarang? Mak nak beli ke?
“Bukan… Ezzed dengan Mariam tu Amway…”
                “Amway?”


*Okay sekarang firasat aku cakap, mak nak guna satu lagi vocab baru. Persoalannya apa dia? Come on puzzle wheel of fortune dalam brain aku berputar….!


“Bukan Amway. Alah ape tu panggil, tengah jalan nak datang sini….”
                “Ooooohhh…. On the way lah mak….”

“Haaaa! Tu lah mak nak cakap tu. On-der-wei….!!”
                “Amway tu yang Pavitra jual tuuu…” (jiran sebelah rumah jual Amway)
My lovely mom and her gran-daughter

Zasssssss…….mak muka merah pecah gelak bahak~


FYI, kini Amway ada jual Double X, saja nak lariskan Shalini. Eh, jualan produk Shalini~
Boleh contact Shalini kalau nak beli: 012-609 0735 (Penjual ni adalah sahabat baikku yang tadak kena mengena dengan jenakan diatas. Ya, dia memang kawan baik dan jual produk Amway... *PEACE*

Jzzak~

Saturday, July 2, 2016

OK Pembunuhan ini kelakar....



"Macamana nak matikan fon kau ni brader? Hang lah"

"Matikan? Ok, bunuh je dia. Kalau nak hang sampai mati pun boleh"


Catch maksud tak?
k bye.

Pesanan Uncle Manikam Kalbu

Bismillah….

 *uncle Manikam lalu depan meja pameran kami dan mengutip sebentuk pin lampin di atas lantai jalan.

“Tengok ini pin, bernilai tau!”sambil matanya melihat kami.
“Bernilai ke uncle?”


“Semua benda pun mesti ada nilai punya…..” jawab uncle Manikam, penuh berhikmah sambil pin tadi disemat ke t-shirt berona peach- nya


“Nilai apa?” aku nak tahu sangat. Dah macam budak-budak tabiat aku.

“Sekarang awak tengok, ini pin tiada nilai kan pasal murah? Tapi kalau ada yang mau guna, nilai dia jadi tinggi kan?” confident betul ayat uncle


“Betullah uncle!” aku rasa macam nak tepuk tangan.

Apa yang menikam kalbu sangat?
 
Kita selalu ambil mudah perkara yang remeh bukan? Sehingga tanpa kita sedari, apa yang kita anggap remeh tu, menyusahkan kita di kemudian hari. Contoh terbaik macam syiling 5 sen...

Bila menyapu, tersapu duit syiling 0.05 sen, kita tak ralat pun kalau terbuang. Penyesalan yang amat bila lunch KFC berbekalkan sekeping sahaja  RM10, dan setelah di-tax harganya RM10.05. dan kita tiada syiling walaupun 5 sen. 

Itu dunia, macamana pula dengan kehidupan selepas mati. Bergantung dengan amalan adalah satu-satunya cara untuk kita selamat daripada azab Allah kan? Andainya terdapat sedikit amalan kita se-remeh pahala menyedekahkan senyuman, hatta pada bayi sekalipun ketika didunia, tetap akan kita pegang sekecil-kecil amalan itu kerana ianya mungkin besar dimata Allah dan mampu memberatkan walaupun sekelumit amalan baik kita, supaya terlepas dari azab neraka. Make sense?

Jom ubah mindset. 

Jika sekecil-kecil barangan bernilai kita ambil cabaran untuk simpan dengan sabar, moga sekecil-kecil amalan juga kita tidak remehkan. Jika semua barangan punya nilai tersendiri, maka jangan kita lupa, semua amalan kecil mahupun besar pasti ada juga nilainya di sisi Allah!


Uncle Manikam
Sequence terakhir perbualan petang tu….

“Itu, masa awak tahu ka? Orang cakap itu masa macam emas awak tahu ka? Betul ka ini macam?” Tanya uncle Manikam, ala-ala ujian oral peperiksaan pada aku.
                “Tahu. Betullah uncle. Masa macam emas. Mahal. Tak boleh ulang kalau sudah lepas” yakin jawapan aku.
“Sekarang awak tengok itu harga emas, kalau masa lama, dia bole turun harga kan? Jadi macamana itu masa sama macam emas? Tak samaaa….”
                “Ooo, emmm, am, hehe (apa pasal aku rasa jalan buntu nak jawab ni?)*******”

Jazzakilahh khoir uncle manikam kalbu ku~