Tuesday, December 20, 2016

The Tongue-battle trophy

“Gigi dah berus Pit?” tegur abahnya sambil turun tangga. matanya melorot ke kemeja sekolah dibadan anaknya.

                “Dah!” ringkas jawab si anak.

“Abah dah cakap jangan pakai t-shirt warna lain selain dari putih kan? Tak elok nampaknya bila pakai baju sekolah tu!” agak tegang bunyinya…

                “Biarlah. Bukannya salah pun….” tegas nadanya

“Abah kata pergi tukar sekarang. Tak semenggah rupanya…!” si ayah mula nampak bibit-bibit tegas juga

                “Apa salahnya pun. Mana ada nampak sangat. Malas laah…lecehhh..”

“Pergi tukar sekarang. Abah tak suka. Abah kata tak suka, tak suka. Tak elok...”

Syafiq berlari menukar kemeja-T dalam kemeja sekolahnya. Benar. Memang lebih kemas dan lebih molek. Cuma wajahnya sahaja ketat, masih mahu mempertahan pakaian yang mula-mula dipakainya tadi. Abahnya menarik nafas lega, nenek memuji kerana cucunya tampak lebih segak dengan kemeja-t dalam berona putih yang sajak dengan kemejanya, Umminya pula berbisik perlahan…
“Dengar cakap Abah apa salahnya, bukan mudarat pun. Nak bertegang buat apa?”

Tegang suasana suatu pagi dahulu. Hingga hari ini masih terpahat dalam memori kerana semua yang berada di ruang dapur sahut menyahut dalam bisiskan tatkala si dua beranak mula bernada tegas. Tidak biadap, Cuma bertegas. Yang ayah, tidak senang melihat penampilan sekolah anak yang kurang segak, si ibu pula kurang selesa bila si anak berkeras dengan kemahuannya, dan si nenek cuba meredakan ketegangan dengan memuji jujur kebenaran kata si ayah bahawa cucunya nampak lebih kemas dengan mendengar nasihat ayahnya….

Chain reaction…….. kan?

Selingan Maksu:

“Apa salahnya Apit dengar cakap Abah? Bukannya abah suruh benda pelik-pelik”

                “Apa salahnya apit pakai baju oren dalam kemeja sekolah? Takda isu lah!”

“Kalau tukar pun tak salah kan? Hormat dekat abah. Tukar baju lain, bukan luka parah pun. Memang nampak lebih kemas pun”

                “Apit tak salah. Tu yang penting………………”  

                 ................*long silence*............

Betu Syafiq tidak bersalah…… dia pakai baju oren di dalam pakaian sekolahnya
Betul Abah pun tak salah……. dia hanya mahu memandang anak yang berpakaian kemas
Maksu, Nenek dan Umi lagi lah tiada kaitan….. sibuk kat dapur~


Cuma jika salah seorang berlembut sedikit, apa salahnya…… lebih-lebih lagi yang ,muda…… Tiada orang tua yang mahu mudarat datang kepada anaknya.... 
*hati ku berkata*


Note: Kini Syafiq dah besar. Lebih matang, lebih menyantuni, lebih toleransi dan banyak mengalah dalam perkara yang remeh-remeh, lebih menghargai ummi, abah, maksu dan neneknya.  

  


Thursday, December 15, 2016

Air Mata Akhir Zaman.................

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Akhir-akhir ini kita digemparkan dengan bom-bom dan kesengsaraan Aleppo di Syria. Kemudian tangisan Rohingya (sebenarnya dah lama), dan suatu masa dahulu, dengan tamparan kesengsaraan warga Somalia yang kurang bekalan makanan dan genocide umat Islam di Tak Bai. Allahu....................

Merentap jiwa dengan dua soalan viral ini. Terkesan....pilu....sedih....luka hati, jiwa, emosi, kemanusiaan...

Dahulu, kita digemparkan dengan kezaliman Taksin di tanah Tak Bai dengan kematian saudara kita diperkampungan Thailand. sudah lah dianak tiri, dibuli, dibunuh pula dalam bulan ramadhan beramai-ramai. Saya masih berada disekolah menengah ketika itu, turut terkesan dengan kezaliman yang memenuhi dada-dada akhbar ketika itu... sayu

Kemudian, pada ramadhan ketika berada di pengajian ijazah, direnggut pula dengan soalan yang diviralkan di post-post facebook, dimana datang soalan daripada seorang warga Somalia tentang ibadah puasa mereka di sana....

 "Apakah sah puasa kami disini yang tidak makan sahur, dan tidak pula berbuka ketika waktunya kerana ketiada makanan di sini............"






Dan tahun ini, gugur airmata melihatkan soalan seorang bapa yang mencari jawapan para ulama tentang,
Apakah dibolehkan bagi mereka di tanah Syria untuk membunuh isteri atau anak mereka sebelum mereka dirogol rejim Assad yang dilakhnat, dihadapan mata khalayak keluarga?!!!



Wallahi......seharian saya termenung meletakkan diri ditempat si isteri dan anak perempuan saudara-saudara kita disana.....

Bagai sampah maruah saudara kita diinjak-injak!!

***tiada kesimpulan.... hanya mendung tangisan yang berterusan*****


If there's anything you could do.... then do it... even just by sending prayers....


mungkin nampak sedikit, namun besar nilainya pada mereka...

Moga Allah memberi sebaik-baik tempat buat para pejuang, dan mereka yang syahid....
Kita yang aman, masih boleh menjadi syahid juga....


Note to self: Paling sedikit yang boleh kita lakukan...... jangan jauh dari agama, supaya kita faham sifir dunia....

Predicting The Author: Novella by "L"



Bismillah~

So I read this local book (pinjam dekat Mira, bila lah nak pi pulangkan ni!!) Beautiful: The monster within, written by local writer. The cover was superb. Even the synopsis was intriguingly previewed. So I dived in. The author insists to get recognition more on his or her writings more than name or gender he or she poses. Going by the content, language, emotions poured in this book, it somehow introduced me a female way of writing. Being able to define Islamic practice like typical malay muslim does, by the main character in it, simply conclude that this ‘L’ person is a malay-muslim individual. Not difficult to predict, but I’m not sure how true it is so far. Takda siapa yang boleh verify my thoughts ni.

There's another interesting words found in this book. The publisher's name is terfaktab.... utter it loudly and it surely sound like "The F*ck*d up!"...... Gee, what a name!

The story is about…… baca lah sendiri…haha

For sure, the plot is not very strong, but the way it was delivered was good. 

One thing I couldn’t forget is when the author telling stories about
this insignificant ‘Mohd’. How most malay muslim’s name were named after it. A name of a saint prophet placed on most men even sinners. And, okeylah. I’ll share some preview of the novel.

The novel is about common people, common family, common students whom behind all of those normal life and look, had lived within a very disturbing life. Disturbing sexual sex offenders preying on the main character, leading the monstrous side of him went out. Seeking revenge and kill.

That’s it. Baca sendiri.

It’s unfair to compare local writers and world best sellers book like Stephen King or John Grisham. But if anyone asking for stars, I might give one star out of five. 

p/s: Sharifah Abu Salim and Ramlee Awang Murshid could be an international best selling novelist….. if anyone could translate their work of art  without touching the content and value… those are author’s ultimate signature… sama level dengan John Grisham kot Ramlee Awang Murshid!!


Note to self: pornography feeds sex offenders and this was agreed by a real human trafficked victim in an interview on BBC channel!!

Thursday, December 8, 2016

Penangan Van Der Wijck.....

Bismillah,

Dua tiga hari ni Alhamdulillah, ralit betul membaca karangan pak hamka, “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck”. Pernah menonton lakon layarnya, cuma kepingin mau melihat penulisan aslinya. Memang rare orang yang dikenali dengan ketertinggian ilmu agama, menyulam madah cinta yang sangat puitis. Di sisipkan juga pada kata-kata pengarang bagaimana penulisan novella ini agak ditentang asbab gelaran ulama yang disandangnya. Namun diterbit juga penulisan ini.

Dulu ada juga teringin membaca novel dari luar, Cuma tembok bahasa yang agak tinggi menyukarkan pemahaman. Tetapi kali ni rasa nak baca jugak. Bersabar dengan tiap bait ayat. Lambat tapi boleh hadam Alhamdulillah.

Bukan takat hadam, beberapa watak utama dan sokongan agak ‘profound’ karakternya utamanya (Hayati dan Zainuddin)

Sangat lembut bahasanya, tetapi sangat kuat emosinya…..
Sangat tinggi cintanya, dan sangat tinggi tutur bahasanya….
Sangat tinggi ilmunya, namun sangat besar ujiannya….
Sangat aman hidupnya namun sangat keras adat yang harus ditunduk padanya…….
Tarikan utama, sudah tentu kias bahasa yang tinggi, dan kata-kata hikmah yang sangat halus dan high impact…


“Alam itu kadang-kadang bisu, dan kadang-kadang berkata, kadang-kadang muram dan kadang-kadang gembira rupanya. Semuanya itu bergantung kepada warna teropong hati yang melihatnya. Boleh pada suatu waktu kita datang kepada suatu tempat dengan hati iba, maka muramlah cahaya matahari dan lain kali kalau kita datang ke tempat itu juga, dengan hati yang gembira, dia akan gembira pula…….”

undang-undang hak cipta 1987- tarikh lahir gue dong ini~


Note: sudah-sudah, jatuh hati pula engku ini pada surat-suratnya si Zainuddin…. Parah!!

Haha…. Jazzk~

Tuesday, November 22, 2016

TROLL Tak Semerdu Mimpi



Bismillah~

Sambil-sambil nyanyi lagu playlist yang baru pasang dekat page ni, teringat zaman belajar dulu. Suka dok sumbat telinga dengan earphone, bernyanyi leka lagi lagha sambil-sambil ber-assignment  dan berangan...

Sebenarnya nak troll diri sikit,

Dunia ni memang umpama lagu nan indah yang kita dengar dengan earphone sambil menyanyi......

kita rasa indah..

macam nak nyanyi lagi dan lagi dan lagi....

hingga lah kita cabut earphone dan kawan kita datang dengan senyuman, dan tunjukkan rakaman video berdurasi 5 minit  masa kita nyanyi tadi....

'rasa nak berdarah telinga setelah mendengar seminit pertama rakaman suara sendiri........ maaf kawan' kini kusedari~

P/s: Most entertainer and entertainment business prefer fake beauty and imaginative way to deceive the audience to maximize their “profit-making-activity” as most human love beautiful lie than a painful truth….

 Note to self: Kehidupan ini umpama mimpi yang indah, dan kematian mengejutkan kita sedar darinya… Moga Allah izinkan kita sentiasa dalam kesedaran hakiki sebelum maut datang menerpa… Amin..

Agama mengeluarkan manusia daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat
Dr Hafizi Mohd Noor


Jangan marah abang pen-pineapple-apple-pen

Jazzak~

Friday, November 18, 2016

Tak Terbayangkan kan?



Bismillah~

Suatu petang angin sepoi-sepoi bahasa. Mak bancuh teh dan kami minum-minum sepetang bersama bonda bonding~

*tiba-tiba*

“Dik, mak macam tak dapat bayang macam mana ngko mengajo dik…” mak dan ayat oghang lamanya mula berborak

“Eh, kenapa mak tiba-tiba?”

“Entah. Mak tengok muka ngko ni macam pelik pulak kalau mengajo. Macam klako pun ada. Macam manalah ngko mengajo dik?”

“Macamana? Macam tu lah…. Hahaha” speechless but funny…… tak tau nak explain macamana, pasal mak buat muka kerut gitu… Takkan kita nak borak ngan mak stail cekgu cekgi pulak kat rumah kan?

*****************************************************************

To be honest, 

Saya juga tak pernah dapat bayangkan bagaimana mak besarkan kami (dua anak terakhir yang masih bersekolah, dari lima anak-anaknya) berseorangan tanpa ayah.

Mencari nafkah halal
Sumber Ehsan: Blog seni rupa
sendiri dengan perniagaan runcit yang dijaga berseorangan, hantar kami ke sekolah, uruskan makan pakai kami, menjaga keselamatan kami….

Belum campur kisah sebelum berniaga runcit lagi….

Mengusahakan dua kedai makan dengan naik turun bas dari Bandar ke Bandar. Tidur di kedai setiap hari. Menjaga kewangan dalam keadaan yang tidak tahu membaca dan menulis. Banyak lagi kisah-kisah yang sangat mecabar diceritakan ketika zaman mudanya…

Allahuakbar~

Banyak lagi al-kisah sejarah kitab zaman purba mak, yang hakikatnya payah untuk dicerna dek akal akan kehebatan ujian mak ni…. Melihatkan tubuh tuanya kini…….. tak dapat bayangkan kehidupan usia mudanya~

Terdapat gambar-gambar mudanya yang masih kini menjadi kenangan dan simpanan….
Sebagai bukti dulu mak gojes, cun melecun dan ada geng gadis kampung tersendiri…………….. hahaha~


note to self:
Sayangilah kanak-kanak kerana mereka  adalah masa silam kita,
Hormatilah orang tua kerana mereka adalah masa hadapan kita


Motivasi kehidupan daripada Al-Quran yang mampu menceriakan kita:

“Dan orang yang bersabar kerana mencari keredhaan Tuhan mereka, dan mendirikan sembahyang, serta menafkahkan dari apa yang Kami berikan mereka, secara bersembunyi atau terang-terangan; dan mereka menolak kejahatan dengan cara baik mereka itulah disediakan bagi mereka balasan yang baik”
(Surah Ar-Ra’d 13:22)

Jazzak~