Monday, May 4, 2015

Belajar Melihat Melalui Yang Hodoh.................



Bismillahirrahmanirrahim.....
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, dan Maha Bijaksana,

Entry kali ni untuk brainwash:


Brainwash
Bersedia?

Senarai benda yang tak syok yang pernah di temui dalam kehidupan...

1. kemalangan
2. pergaduhan
3. pengkhianatan
4. kesusahan hidup
5. tekanan bekerja dan belajar
6. percintaan.....eh??***
7-100...... macam-macam

Outcome dalam pembinaan sahsiah daripada point diatas:

1. behati-hati dan lebih kenal ragam kenderaan di jalan raya
2. mengenal hati-budi bukan sahaja kawan dan saudara...malahan Ummah!!
3. berhati-hati dalam memeilih orang yang dipercayai
4. bersyukur diatas nikmat walau untuk sepotong roti, atau secolek belacan... sedap woo
5. belajar kemahiran hidup....hahaha
6. eh eh eh..... serius.... eh...
7-100.... kuat mahir semangat dan lebih produktif......


Purpose Akhirat-dari point diatas juga:

1. redha tak motor kopak bila kemalangan?
2. bersedia tak memaafkan jika sahabat tersilap kata mahupun perbuatan?
3. bersabar tak dalam berlapang dada demi ukhuwwah walaupun pernah dikhianati?
4. redha atau tidak dengan rezeki yang Allah bagi setelah berusaha untuk meneruskan hidup?
5. sejauh mana berusaha sebelum tawakkal dalam menentukan urusan rezeki?
6. cinta Allah mengatasi segalanya atau cinta manusia?
7-100 : sejauh mana akhlak sebagai seorang muslim dipertahan dalam menempuh karenah manusia dan dunia?

Pengajaran entry ni:

Kita benci yang buruk, susah, menyampah, berat dan macam-macam lagi masalah yang menerpa. Namun, indahnya sekolah kehidupan yang Allah cipta, mendidik kita membina sahsiah yang lebih utuh dan hebat.....SYARATNYA, matlamat Akhirat mesti sentiasa yang pertama.... baru graf emosi kita stabil semula.... sekian untuk kali ini...


Belajar melihat melalui yang hodoh.........
Jazzakillah~